Aidil Adha kami di rumah PIL di Rawang..
Tidak banyak aktiviti; sedari malam raya cuma makan, tengok TV, berbual dan ulang acara yang sama sampai bertolak balik ke Ampang petang tadi..
.Mengekek ketawa dengan Ayah Chik.. |
'Recharge battery' dengan Bibik Paridah.. |
Rayyan Ariff + Wan + His cousins |
Senyum memanjang.. |
The best part masa kami mula-mula sampai di Rawang, saya pimpin tangan Rayyan Ariff menuju ke pintu rumah PIL. Baru dua tiga langkah, Rayyan Ariff pusing balik ke kereta sambil nangis.. Terus dia mengatur langkah kecil ke arah ayahnya yang berdiri di tepi kereta sambil berkata, "Oomm.. Omm.. Omm.." Read: Vroom.. Vroom.. Vromm = Jom naik kete..
.
Nampak sangat sudah lama Rayyan Ariff tidak ke Rawang sehinggakan dia 'terlupa' itu rumah atuk dan neneknya.. Semenjak dia sakit tempohari, hanya atuk dan uwannya sahaja yang datang ke rumah kami.. Beberapa kunjungan kami ke Rawang sebelum ini juga adalah tanpa Rayyan Ariff kerana dia sedang sakit..
.
Dan setelah dia kembali sihat, kami masih belum berpeluang ke sana kerana hari sabtu seringnya dipenuhi dengan sesi terapi dan banyak waktu, ayahnya pula tiada pada hari ahad..
.
Pulang dari Rawang, kami singgah sekejap di rumah kakak ipar saya di Bangsar.. Sekali lagi, acara menjamu selera.. :P
.
Tiba sahaja di Ampang, masing-masing berehat seketika sebelum bersiap untuk ke rumah kakak saya di Kajang. Tatkala itulah saya perasan bahawa selsema Rayyan Ariff yang muncul semenjak tengahari tadi semakin teruk. Matanya merah dan kelihatan berair dan badannya mula dedar..
.
Terus sahaja saya memberikannya ubat dan menelefon kakak saya memaklumkan bahawa kami tidak dapat ke sana. Setelah seketika, tiada tanda-tanda ianya semakin OK. Malahan, mood Rayyan Ariff juga mula ke laut. Mungkin kerana tidak selesa.. Makanya tadi, saya tidurkan dia seawal jam 830pm.. Biar dia mendapat rehat yang secukupnya..
.
Rayyan Ariff dan ayahnya sama-sama kembali diserang demam selsema. Harapnya tidak berlanjutan.. Kalau tidak, segala sesi terapi akan terhenti seketika.. Hmm.. Tuan Kecik dan Tuan Besar ni nampaknya perlu mandi bunga.. :P
.
Tuan Besar memang liat mahu mengambil Vitamin C.. Tuan Kecil pula memang tidak sukakan Scotts Emulsion.. Iyelah, kalau sudah 4-5 jenis ubat dan vitamin setiap hari, jemulah dia.. Kalaulah dia sudah pandai mengambil chewing tablet.. Ok, kena carik air roselle untuk sang putera dan ayahnya..
.
Hmmm.. Mode sekarang; tak keruan!
10 comments:
Alahai kesian nya rayyan. musim kot jiey, sbb ainie pun selsema. tp, dah mula beransur pulih..ainie makan scott emulsion n vitamin taurine, masukkan dalam susu..klu bg cam tu, ermm alamat gamat la satu taman ni dgn suara merdu dia..hehehe..semoga cepat sembuh Tuan Kecil...
Ala best nya Ainie dh baik..
Ian tanak kalo campur susu..
tak diminumnya..
kalau bg terus, berperang la jwbnya..
huhuhuhu..
pening palo Jiey bilo Tuan kecik dgn tuan besar selsemo. harap2 cepat sihat.
Semoga kedua2 hero Jiey cepat sembuh...Amin
kak ayuzafina
encem laaa ian pakai baju melayu.. pheewiiiit...
Selamat hari raya jiey..
Aisya pun pagi raya semalam xsihat.Selsema dan batuk yang blh tahan teruk.Mata merah dan berair sentiasa (sampai org igt dia sakit mata)tp badannya xpula panas.Mgkn benar kata ju..musim kot.Moga anak-anak kita diberikan kesembuhan cepat dan kembali ceria.
semoga ian cpt sembuh...habib punya episod selsema last week...bg piriton skali trs ok....
jiey
alah siannya baca ...so how is he now??smg x melarat hdknya!!
ini la dia
bila anak/ayah sakit
si ibu pasti "sakit" sama
tp sakit si ibu sangat "puas" bila mereka sihat :-)
semoga tuan besor & tuan kecik beransur sihat..
Post a Comment