Monday, November 15, 2010

Kalo orang datang tak telefon dulu camner??

Harus saya gabra dan tak bukak pintu!! :P
Ataupun tunggu 15minit dulubaru bukak..
.
Hehhehe.. Sebabnya, tuan kecik suka buat sepah..
Merata rumah, serata ceruk..
.
Kalau apa yang dia tunjuk, sila la ambik n bagi kat dia kalo tanak dengar dia ngamuk..

Oops, handphone dikesan!!

Apa lagi, nangis la coz tak dapat handphone!! :P
Selepas siri kesakitan yang panjang, saya begitu menghargai keadaan Rayyan Ariff yang semakin melasak ini. Saya sendiri lupa bagaimana keadaannya sebelum dia jatuh sakit tempoh hari. Mungkin kerana tempoh sakit yang lama, membuatkan saya tidak dapat mengingati segalanya..
.
Waktu sakit yang berpanjangan tempoh hari juga bagaikan meletakkan harapan mustahil untuk Rayyan Ariff sembuh sepenuhnya dan kembali aktif seperti saat ini. Sejujurnya, waktu itu hati saya disaluti dengan pelbagai ketakutan dan minda ini sarat dengan pelbagai kemungkinan..
.
Syukur Alhamdulillah kerna permata kami kembali bersinar kini.. Terima kasih di atas doa semua.. =)

24 comments:

Rizziela said...

tak kisahlah jie rumah berselerak ke apa ke..yg penting anak kita suka dengan keadaan itu

Yerlah..dia tengah nak membesar..semua benda pun dia nak main

Hati gembira dapat tengok Ian kembali sihat seperti sediakala..semoga ALLAH sentiasa lindungi Tuan Ariff Rayyan

Anonymous said...

Rindu sgt kat rayyan..muah2.

salam


aunty ayuzafina

Fadzillah Kamarudin said...

alhamdulillah...

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh..banyaknya mainan ian.leh aisya tumpang main?hihihik.
Alhamdulillah..melihat kegembiraan dan senyuman pada wajah ian menggambarkan yang sesungguhnya dia sangat kuat berjuang dan insyaallah akan terus berjuang untuk hidup.Ian..go, go caiyok ye ian.you can do it!
ummmuah..kiss n hug untuk ian.

Nadiah Sidek said...

hehe..sama je la jiey. nasib la kalau org dtg mengejut. mujur juga duduk sini takde sape sgt yg nak dtg..ehe..

SURIA AMANDA said...

amboiii si kecik ni..pandai yer...x dapat brg dia nak..boleh baran..xmo la macam ni sayang..not gud la...mmuahs from acik Lisa..

produk ococ said...

syukurlah...nikmatilah saat2 manis ini sepuas2nya...

yatie chomeyl said...

tapo jiey, stended la rumoh ado anok kecik ..hero pulop tu, tetamu mesti pehe punyolah hehe

[ibuLUNAZALEA] said...

haaha..rumah kami pon saje je Jiey.
bru je kemas,pusing balik da bsepah dek kerja c Luna..ade je muka tak puashati die bl semua toys msuk lam bakul..
mula2 dlu agak segan,if ada tamu dtg..tp skrg redha aje,sbbnye rata2 g uma kwn2 yg ade anak baya2 anak kita,pon same juga..haaha..
kanak2 riang nk mbesar kot yea :)

Lynn Abd Latib said...

jiey

baru aje minggu lepas sms jiey tggl mana..at last dah 2 hari lynn berjiran dgn jiey..anak kecik masuk ward kat h.ampang..nanti,i/allah nak g jugak jupe jiey!smg ada kelapangan waktu..

Papa, Mama & Azra said...

Hehe Jiey. Ni kira semenggah gak lah. Si Azra kalau dah menyepah, segenap ruang termasuk bakul bawang pon dia letak kat tempat mainan dia. Haih. Sampaikan si papa complaint kata mama pun join sekali Azra menyepah rumah tak tolong kemas. Boleh? Sedangkan, time makan je sampai 2-3 kali mama nak kena mop lantai, belum lagi berperang suruh dia jalan hati2 sebab lantai licin. Tapi tu la, bila kat opis, rindu plak nak berdepan kerenah anak.

Mama Kembar Tiga said...

amboi rajinnya Rayyan mengemas, sampai tertungging kipas tu haaa hehehe... comei! betul tu jiey, biar lah umah 'kemas', janji itu hasil keja tangan Rayyan yg aktif. These really are priceless moments :-)

Cool said...

Jiey pernah rasa tak.. mcm... bila anak tak pandai buat sumthing lagi.. kita mcm nak sangat dia tau... tp bila dia dah tau... rasa mcm.. arghhhhhh tak bersedianya kita (mentally) nak layan tantrum dia.

MCm Anis.. "nak water" <---siap berguling-guling kalo lambat.

Norhanafizah Husain said...

Sampai kipas pn terbalik ye Jiey..betul2 lasak Ian ni..tapi tu yg best kan..

ICAZIESYIRA said...

Banyaknya toys ian. Ayesha cuma main yg dia suka je. yg lain, tinggal begitu saje :(

AIN NAZRI said...

go rayyan go rayyan.. i know you can be better.. membesar dgn sihat ye dik..

yu @ nurnie said...

jiey:
kadang2 kita selalu la merungut bila anak2 dok sepah sana sini... tapi, bila anak tak sihat, terus rasa... biar la dia nak sepah2 pas nie.. asalkan anak kita sihat! hehhee... semoga rayyan terus aktif dan sihat!

Kak Rose said...

Jiey, let ur tetamu know that ur tuan kecik is aktif n sihat, tu pasal bersepah segala ruang. otherwise x gini kan? Alhamdullilah dia sihat n happy with his own world of sepah2

Shida said...

alhamdullilah , shida senantiasa doakan rayyan dari jauh.. moga diberi kesihatan yang berkekalan..

Ibu Akidd said...

ian dah demok-demok!! tiuuttt!

Min said...

Alhamdulillah Jiey! suka tengok rayyan ariff aktif semula...

Cik Chuie said...

pasni ian amek hp men tekan no sape2 la nampaknye =p

Anonymous said...

iv
salam jiey
sweet la Ian ni..

yatthienuer said...

:-)
tak spendapat ngn huby pasal ni
me:tanpa janjitemu, dtg la sy trima ngan trbuka. Apa yg ada itu la yg dia dpt. Semak?setidaknya sy tau anak sy ok bila rumah semak
Huby:4 sure dia lari naik atas, smua org kna infom dulu sblm dtg