Semalam berlalu dengan tenang.. Terjaga sekitar jam 630am bersama Rayyan Ariff dan setelah seketika, menyambung tidur sehingga jam 9am.. =)
.
Jadual kami semalam hanya diisi dengan bermain-main, membaca buku dan sedikit senaman. Setelah itu, afternoon nap dari jam 2pm sehinggalah ke jam 4pm..
.
Apabila cuaca agak redup, saya membawa Rayyan Ariff ke kolam renang.. Kali ke-empat dalam masa seminggu..Alhamdulillah kerna Rayyan Ariff menyukai sesi berenang dan berada di dalam air.. Tiada lagi ketakutan kepada air kolam yang sejuk..Yang ada hanyalah senyuman dan gelak ketawa.. *Makanya, saya tidak lagi perlukan set kolam Mambobaby*.. =P
.
Happiness!! |
Cheeky smile.. =) |
Dan semalam juga saya sempat membawa Rayyan Ariff berbuai dan berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar kediaman kami.. Lenguh juga kerna Rayyan Ariff tidak mahu berhenti.. Tidak tahu penat. Dan dialah yang menjadi 'pemandu' dengan menarik tangin saya ke mana sahaja arah yang dirasakan perlu.. Dan untuk berbuai juga, dia tidak lagi ketakutan.. Malahan, saya tidak perlu memegangnya apabila dia mampu mengimbangi badannya sendiri.. Saya hanya perlu berjaga-jaga sahaja agar dia tidak jatuh.. ^_^
.
Momen-momen sebegini memang priceless! Bagaikan sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari.. Satu rutin yang penuh manfaat buat si anak.. =)
.
Pagi tadi hubby berbicara sendiri, "Ya Allah.. Cepat la Ian boleh jalan.." Saya yang terdengar cuma tersenyum sambil menyampuk, "Kalau dah boleh jalan, ayah jugak yang tak terkejar.."
.
Keinginan itu memang sentiasa ada.. Untuk melihat Rayyan Ariff mengatur langkah tanpa bantuan.. InsyaAllah waktunya akan tiba nanti.. =)
17 comments:
seronok tengok rayyan gembira . Rayyan nampak semakin sihat dan cerdik. Anank yang punya semangat juang yg kuat seperti mummy nya =) take care ;)
insyaAllah jiey. suatu hari nanti pasti Ian boleh berjalan dan berlari. kita doa sama2 eh.
rayyan sgt epi...nnti leh ajar adik dadif berenang ye syg..:)
Syoknyer Ian dapat berendam dalam kolam.
ian syg....
alhamdulillah ian semakin sihat, semakin bijak & smkin encem...senyuman yg cute..:) mama ian pun comey...:)
sronok tgk ian mandi dlam kolam tu...happy je dia yer...
mg ian sentiasa sihat ye nak...auntie doakan ian pasni bole berjalan yer....mmmuuahhh syg ian....
insyaAllah..masa tu akan tiba..:))
Wah..seronoknya hari minggu rayyan ariff. ye sgt2 priceless kan dapat memenuhi waktu2 terluang dengan momen2 indah sebegini :)
jiey, xsabar kan tgu mereka blh berjalan?pasti comel mereka jalan terkedek2 dengan pakaian yang smart/comel ;)Insyaallah, xlama lg ian pasti akan berjalan. Usaha lg ye ian.
wahh..ian cute dlm pool..comel je tgk pic die..insyaAllah kak jiey, kita doa rmi2 utk kesihatan ian...hug tuk ian..>:D<
comelnya rayyan...hope kak jiey lebih banyakkan aktiviti bersama Ian yer...itu dpt membantu proses perkembangan pembelajarannya..insyaalah
wah...priceless moment with ian kn..
salam..setiap kali menjengah blog ini..hati saya terusik..air mata bergenang dengan ketabahan jiey..kekuatan rayyan..
sesungguhnya ia menyedarkan saya atas kebesaranNya..
Jiey..saya doakan agar jiey,rayyan dan suami sentiasa dilindungi Allah sentiasa dan tabah menghadapi hari mendatang..semoga hari-hari akan datang adalah hari yang membahagiakan...
umur rayyan sama dengan umur anak
saya Rizqi..dan saya amat minat dengan nama rayyan..
peluk cium saya untuk anaknda rayyan...
sukanya... nak join jugak...!
Insya allah Ian bulih jale nanti. Kami pakat2 doake.
sabar Jiey, the time will come for sure... cuma x tau bila.... bukan setakat jalan malah berlari juga!
Insyallah....pasti tak lama lagi Ian akan pandai berjalan....Nampak kuatnya Rayyan dalam air tu
boleh lah abg aiman n danish tumpang pool kat rumah rayyan kan :)
aunty ayuzafina
salam..
dah lame aunty x leave comment utk progress ian kan..sebok la yang.. Hopefully ian cepat jalan ye..
Post a Comment