Sungguh, momentum untuk berbelog bagaikan berterbangan.. Ada waktu, idea bagaikan mencurah-curah.. Namun apabila tepaksa mengambil 'giliran' untuk menggunakan laptop kerna kedatangan adik saya yang menguasai, maka saya mengalah sahaja.. Niatnya mahu membalas segala hutang tag namun sepertinya tidak punya kesempatan untuk semua itu pada hari ini..
.
Dari segi kehidupan, kami masih dengan rutin harian seperti kebiasaannya.. Memohon agar segalanya dipermudahkan baik dari segi pekerjaan dan juga kehidupan peribadi.. Benar-benar memohon. *Mode berdebar-debar*
.
Speech therapy semalam.. |
Kesimpulan semalam; he's obedient. He's smart. He's delayed.. How can smart and delayed be mixed up together?? That's why my boy is one of a kind! =) |
After physiotherapy.. With his Auntie while mama is still talking to Sarjit! =) |
Tentang Mahyon? Hmmm.. Lately, bibik suka benar memanggil Rayyan Ariff dengan panggilan "Yon". Mungkin cuba memberi variasi pada nama manja Rayyan Ariff. Sejujurnya saya tidak suka!! Nama anak saya bukanlah Mahyon, maka tidak perlulah dipanggil sebegitu.. Sudahlah terjerit-jerit memanggil Yon, agaknya satu Pandan dan SDMC tertanya-tanya, apakah nama budak itu Marion? :P
.
Tapi itulah saya, tidak suka namun tiada inisiatif untuk menegur. Just so typical of me! Memang takde gaya boleh jadi bos kan? =P
.
Ok, perlu ke dapur aka office rasmi di hujung minggu..
6 comments:
apa ke halnyer bibik panggil gitu jiey..huhu..abes nama bakal menantu ina nih..sedap2 panggil rayyan..dipanggilnya yon..huhu..
hehe...ian dah jadi yon..tp still comel maaa.
bakpo panggil yon? mace2 bibik ni isk3x
dia tok reti nok sebut Ian tu kot. Jiey kena ajar molek nok pronounce namo Rayyan.
Salam,
Akak, tegur la bibik baik2. name anak kite sedap2 n ade makne kn? elok panggil dgn name sendiri. yg sedap di dengar n ade makna. panggilan tu pn doa kn. ape pn Ian tetap chumel n hensem. Kite doakn Ian sihat2 selalu. Peluk cium dari kte untuk Ian.
jiey, mama stuju sgt dgn UmmiQusyairi, panggilan tu satu doa. jiey slow talk laa dgn bibik bgtau camtu yer. Actually mama pernah tegur parents mama sendiri sbb panggil nickname Miey=fahmi, Ish=faris & Poji=fauzi, tp tegur secara elok laa bgtau niat mama pilih nama pendek utk diorang pun supaya senang dipanggil full, biar ada makna & jd doa setiap kali dipanggil. Alhamdulillah, parents mama faham & setuju lagi :-)
Post a Comment