Tuesday, November 30, 2010

Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM

Kali pertama ke klinik kerajaan bersama tuan kecik. =)
Bayaran pendaftaran? RM30 sahaja. Per visit hanyalah RM5. SDMC? Per visit adalah RM106. Tapiiii, kalau terapi pertuturan di sini, students will handle us.. Of course, with close monitoring by the speech therapist..
.
Kalau SDMC, tentulah dengan bayaran sebanyak itu, anak kita akan dikendalikan sepenuhnya oleh therapist. Therapist yang sama setiap minggu. Kalau rasa therapist itu tidak bagus, buatlah pilihan sendiri.. Itulah bezanya. Kuasa memilih di tangan kita kerana di hospital swasta, customers always right.. =P
.
Berpuas hati dengan lawatan kali pertama ini? Alhamdulillah.. Dan saya memilih untuk meneruskan dengan audiologist di sini berbanding SDMC tetapi tetap akan meneruskan terapi pertuturan di SDMC. 
.
Kesimpulan yang kami perolehi tadi ialah Rayyan Ariff menolak hearing aid nya kerana dia tidak selesa. Bukannya kerana alat itu menyakitkan dia. Itu kata mereka. Kerana jumlah pemakaian yang tersangat sedikit, maka dia masih tidak sukakan alat itu. Dia masih tidak menerima dan salah kami di situ kerana kurang tegas.
.
Hmm.. Tetapi seperti kata therapist Rayyan Ariff di SDMC, "Why is he rejecting it? Is it because he's not benefiting from it?"
.
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Kami tidak tahu kerna Rayyan Ariff masih belum bisa memaklumkan sendiri.
.
Menurut audiologist di SDMC tempoh hari, bacaan bagi tahap pendengaran Rayyan Ariff dengan alat itu adalah di dalam spektrum pertuturan. Maksudnya, dengan hearing aid itu, Rayyan Ariff mampu membangunkan kebolehan bertuturnya.
.
Pulang sahaja dari hospital tadi, kami cuba sedayanya mahukan dia memakai alat itu sepenuh masa kecuali masa-masa tertentu seperti tidur dan mandi. Namun peliknya, Rayyan Ariff tidak memberikan sebarang reaksi pada bunyi apabila dia memakai alat itu.
.
Dipanggil nama, tidak diendah.
Bertepuk tangan, tidak diendah.
Disuruh cium, tidak diendah.
Langsung tiada tindakbalas, berbeza sekali dengan di waktu dia tidak memakai alat itu. Lagi bagus tindakbalasnya.
.
Pelik. Serasanya, saya harus menghubungi audiologist tadi kembali esok hari. Sungguh saya tertanya-tanya. Bagaikan tidak logik kalau dikatakan dia tidak bertindakbalas kerna dia tidak 'biasa' dengan alat itu. Tertarik  atau berpaling kepada bunyi adalah lumrah kepada sesiapa pun yang dapat mendengar dengan baik. Seperti mana yang ditunjukkan Rayyan Ariff sewaktu kami mengenakan alat itu di awal waktu dulu.
.
Hmm.. Soalan yang sama berputar, "Bermanfaatkah alat itu untuknya?"
.
Namun seperti kata audiologist tadi, selagi pendengarannya berada di dalam spektrum pertuturan, dia mungkin tidak memerlukan koklear implan. Harapnya begitulah. Tidak perlulah menanam lebih alatan di dalam badan Rayyan Ariff. Cukuplah dengan apa yang ada.
.
Di klinik ini, ada satu rasa nyaman yang menyelinap ke jiwa saya. Sense of belonging. Di sini, rata-rata pengunjungnya adalah anak yang bermasalah pendengaran dan pertuturan. Melihat alatan kecil di telinga mereka bukanlah satu kejanggalan. 
.
Tiada mata yang memandang alat yang tergantung di telinga anak kami dengan penuh tanda tanya dan simpati. Yang ada hanya kami, mereka-mereka yang terpilih..
.
Selesa. Nyaman.
.
Dan didepan kaunter pendaftaran sewaktu kami masih menunggu, ada sepasang suami isteri yang mengendong anak mereka. Asyik berbicara tentang implan koklear yang akan diadakan  pada anak mereka dalam beberapa hari lagi dengan audiologist yang bertugas.
.
Bibir saya tersenyum. Kerna saya saksikan harapan pada wajah mereka. Harapan yang sama yang saya letakkan pada Rayyan Ariff iaitu mahu dia mendengar dan bertutur dengan baik. InsyaAllah..
.
Wearing his hearing aid; Speech therapy - 20.03.2010 @ SJMC

13 comments:

Min said...

didoakan semuanya baik buat si comel Rayyan Ariff... mother is usually the best doctor...:)

Bicara hati ibu aisya said...

jiey..
saya pun masih tertanya-tanya tentang perkara yang sama.aisya juga seperti ian; bila memakai hearing aid dia xnak memberi sebarang respond.buat endah xendah je bila dipanggil sedangkan ketika xmemakai hearing aid, dia akan menoleh bila dipanggil.pelik sekali..bingung memikirkannya.saya sedang menanti ujian sebenar tahap pendengaran aisya 27/12 ini di HTAR.moga-moga keputusannya bagus.amin..

jie said...

ian cute dan super comel (hehe nak ckp gak)!!!!
dan moga ian terus membangun.. auntie doakan..amin

Norhanafizah Husain said...

HUKM better than GH..but private MC is better than HUKM..aisy pernah fail hearing screening waktu lahir & klinik ni la kami refer after 2 months.

Hati Jiey cakap apa?Ian dengar atau tak kalau tak pakai hearing aid?Kadang2 naluri ibu dan kata hati tu lebih tepat dari segala alat ujian...

Eliss said...

harap2 Ian tak perlu apa-apa jua.Amin.nanti bleh nyanyi sama2 dengan nuha.

UmmiAQs said...

Salam..
Akak, kte ske btol tgk muke Ian.. Chumel sangat.. hehe.. Semoga Ian Sihat2 selalu...

Intan and The Boys said...

insyaallah nanti Ian boleh mencapai tahap pendengaran seperti kita. bak kata jiey, dia boleh humming lagu yang slalu jiey nyanyikan dia kan? kita kagum oo...

babe, kita belajar wat protected entry pon dari blogger ceera. ni kita beri link entri dia eh. dia ajar complete ni.

http://c33ram00n.blogspot.com/2009/03/tutorial-protection-entry.html

Lynn Abd Latib said...

jiey

bersabarlah..i/allah usaha jiey xkan sia2!!

Mawar said...

salam, sy pun pernah bw anak ke sini, masalahnya nak Q tggu nama di panggil tu lama sgt, skrg ni sy dh buat speech thrpy di shah alam, moga ian sntiasa sihat

produk ococ said...

senyumannya sangat comel

the triplets said...

alat tu cam tak berfungsi jer, alya hari tu buat ujian pendengaran, fail, tapi bila kat umah ok jer...kalu suruh pergi cari baju, nak g jalan, cepat jer dia pergi, maksudnyer dia dengar...ian pun ok tu...mungkin tak payah pakai kot,mungkin alat tu menyumbatkan telinga ian...so cute ian

transformed housewife said...

betul kata yg lain2. kena dengar juga instinct Jiey sendiri.

Asz said...

jiey ... sya setuju ngan min, mother always the best doctor ... coz kita yg lebih arif & tau ttg anak kita, kita yg sentiasa bersama dia, jadi kita tau kalau sesuatu yg x kena ngan anak kita ...

and its true, i felt the same way too di HUKM ... i've been to GH before this, bkn nk kata x elok, tp terlampau ramai patient dan masa menunggu yg lama, jadi saya ambil keputusan utk buat sume terapi ammar di HUKM, termasuk audio & ophthalmology appt di HUKM ... so far so good, they are more detail in doing things & bersungguh2 ... utk dpt the next appt pon x payah tunggu lama kalau dirasakan perlu ...

anw, i hope for the best utk Ian as always and as for u, keep on doing what u think best for Ian ... i salute u for this ... :))