Saturday, November 20, 2010

Have faith in God and have faith in him..

Petang semalam, ketua jabatan saya bertanya tentang keadaan Rayyan Ariff sewaktu kami sedang berbual kosong.. 
.
"He's doing good.. Pulling himself up, climbing on us, he's just everywhere.." Saya menjawab sambil tersenyum..
"Good to hear that.." Dia juga tersenyum lebar..
"But I dont think he'll be walking anytime soon.. He's still having problem in balancing himself.. Could be due to his hearing problem.."
"Well, you'll never know.. Just have faith in him and in God as well.."
.
Dan malam semalam, sewaktu saya mahu menidurkan Rayyan Ariff, saya meletakkan dia di atas katil saya dengan beberapa alat mainannya dan bantal yang dikepung sekeliling katil.. Saya berlari ke dapur sebentar untuk menyiapkan susunya. Dalam beberapa saat itu, saya terdengar tangisan Rayyan Ariff..
.
Pantas saya berlari ke bilik sambil tangan memegang botol kosong yang masih belum terisi susu, dalam kegusaran yang dalam, takut dia jatuh.. Kerna saya tahu, Rayyan Ariff bisa turun sendiri dari katil namun dia punya kecenderungan untuk jatuh kerna dia tidak tahu cara untuk turun perlahan-lahan ke posisi duduk. Tambahan pula, dia masih belum tegak berdiri sendiri...
.
Dan apabila tiba di bilik, telahan saya tepat. Rayyan Ariff telahpun turun dari katil.. Saya memerhati dari muka pintu. Hanya beberapa langkah dari tempat Rayyan ARiff berdiri.. Dengan tangan yang masih berpegang pada bahagian tepi katil, Rayyan Ariff mengatur langkah dengan perlahan dan cermat. Dari bahagian tengah katil, dia sudah tiba ke hujung katil..
.
Saya memerhati dengan rasa yang berbaur.. Gembira, teruja, syahdu, semuanya berbaur.. Sebaik melihat saya berada di belakangnya, Rayyan Ariff melepaskan pegangan tangannya dan menolak badannya ke arah saya..
.
I have a cruising baby!! Gembira?? Tak terkata!!
Syukur Alhamdulillah..
.
Sekadar gambar hiasan.. He was 18 months old in this photo..
Namun untuk sesuatu yang baru bermula, saya tidaklah begitu mengharap untuk melihat dia berjalan dalam waktu yang terdekat ini. Kerna ianya bagai satu kebiasaan, apabila dia menunjukkan sesuatu kebolehan yang baru, kami harus menunggu untuk seketika waktu sebelum dia kembali mahu melakukannya semula..
.
Yang ada hanyalah kami untuk terus memberi rangsangan kepadanya.. Dan pagi ini, sudah dua kali saya "memaksa" Rayyan Ariff untuk menyusur katil kami kembali. Kali pertama, langsung dia tidak berganjak dan cuba untuk memanjat katil. Percubaan kali kedua setelah beberapa jam kemudian, barulah dia 'setuju' untuk mengatur langkah..
.
Itulah cabaran untuk berdepan dengan anak seperti Rayyan Ariff. Namun bagi kami, alah bisa tegal biasa.. =)

12 comments:

Unknown said...

gud to hear this.. semoga rayyan terus bersemangat utk terus menyusur/ berdiri tegap & berjalan.... ;)

Unknown said...

tahniah ian...terharu sungguh membacanya....

transformed housewife said...

Go Ian go. tumpang seronok bila baca Ian dah bulih mula berjln sikit2.

Min said...

Alhamdulillah... sonoknye dengar berita ni!!!

Marsha~ said...

Syukur alhamdulillah... tapi kan rayyan, auntie tak terkejut pun sbb aunti yakin rayyan mesti boleh jalan tak lama je lagi.. kuruslah mama kamu pasni sayang oooiii.. heheheh

Jue-Isteri_Ibu said...

tahniah ian..harap2 ian terus berusaha..

Ummimusa said...

I bet you already thought of what I'm about to say a 1000 times before, but I'm going to say it anyway in a form of a true story...

once, somebody who is going through a rough phase in life asked me, "I have only wanted good for these people all my life, but why do the same people that I love so much give me 'so much pain'? Why is all this happening to me?

I told that person, nothing happens without Allah's permission, and life is about being tested by Allah for our faith. Allah is testing you because Allah wants to give you a huge reward, which is the eternal Paradise filled with happiness and nothing short of only happiness....

Reading your entry tonight, I feel almost jealous of you. Because it is so easy for you to feel grateful for every progress in his development, which to some or most people, may not be a reason for them to thank Allah for.....

once again, thank you very much for sharing your stories with us...

Mama Kembar Tiga said...

Alhamdulillah, seronoknya mama baca nih. InsyaAllah, nothing is impossible for Rayyan. Abih laa Jiey nnt tuan kecik dah leh jalan, lagi laa dia rajin 'mengemas' umah tu kang hehehe

zura_habibhaariz said...

tahniah ian..i'm proud of you son:-)

Yasmin Nabilah.. said...

Wah..seronoknya...Tak sabar nak rasa perasaan itu untuk Nabila nanti..

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..seronok dgr berita nih.Teruskan usaha ye ian.aisya pun baru tatih pegang2.lom pandai balance badan lg.nnti, leh jalan pegang tangan sama-sama ngan aisya yeh.hihihi..Moga anak-anak ini dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan.

linda said...

alhamdulillah...tahniah ian syg...seronok sgt dgr cite ni...smg iab terus kuat ye...insyaAllah, auntie yakin ian pasti bole berjalan, berlari....:)
mmuuaahhh...syg ian...doa auntie sentiasa untuk ian & family...aminn..