Monday, November 29, 2010

My very special little boy..

Kerna hari sabtu En.Hubby tidak dirumah dari pagi hingga ke malam, maka secara sukarelanya dia mahu menggantikan waktu yang hilang bersama Rayyan Ariff pada hari ahad. Saya meminta En.Hubby membawa Rayyan Ariff ke taman permainan kanak-kanak di KLCC kerana saya sukakan buaiannya. Selamat untuk anak kecil terutamanya yang masih dalam peringkat menyeimbangkan diri seperti Rayyan Ariff.
.
Sewaktu kami sampai, buaian semuanya penuh. Penuh sabar, Rayyan Ariff berdiri tidak jauh dari buaian itu sambil tangannya dituntun saya. Sebaik sahaja kanak-kanak yang berada di dalam buaian itu turun, terus sahaja Rayyan Ariff menarik tangan saya menuju ke arah buaian yang kosong itu. Comel. Sekurang-kurangnya dia tidak berebut.
.
Sewaktu Rayyan Ariff sedang berbuai, datang seorang anak kecil bersama kakak dan ayahnya. Pantas kakaknya meluru ke arah buaian kosong di sebelah Rayyan Ariff. Melihat kepada kakaknya yang sedang berbuai, anak kecil itu turut sama mahu berbuai. Dia terus sahaja datang ke arah kami dan meminta untuk menaiki buaian yang diduduki Rayyan Ariff.
.
Memandangkan Rayyan Ariff baru sahaja beberapa minit di atas buaian itu setelah lama menunggu. Lantas saya nyatakan kepada anak itu di dalam senyuman.. "Sekejap yea dik..".. Namun anak itu tetap menggesa walaupun beberapa kali dilarang ayahnya. Kerna tidak mahu dikatakan berebut dengan anak kecil, tambahan pula beberapa kali Rayyan Ariff cuba untuk turun dan saya dilihat memaksa, maka saya memberi penerangan kepada ayah itu tanpa dipintanya.
.
"He's a special child. Tu yang kena berbuai tu.. Good for balancing to help him walk.."
"Oh, is it? Sorry yea.." Dan kali ini lelaki itu kembali memanggil anaknya dengan lebih bersungguh-sungguh. Mungkin kasihan kepada Rayyan Ariff.
.
Namun apabila anak itu berdegil, saya mengalah dengan menurunkan Rayyan Ariff. Lagipun, ada banyak lagi permainan lain yang boleh diteroka Rayyan Ariff.  

My very special child..
 
A smiling face.. =)

Satu perkara yang saya sukakan tentang taman permainan di KLCC ini ialah palang besi di atas. Rayyan Ariff saya dirikan dengan berpegang kepada besi tersebut dan saya pula berdiri beberapa langkah darinya. Setelah itu, saya 'memaksa' Rayyan Ariff berjalan ke arah saya.
.
Alhamdulillah, Rayyan Ariff semakin bagus melangkah. Yang membanggakan saya, apabila Rayyan Ariff sendiri tahu bagaimana untuk secara bergilir-gilir memegang palang besi tersebut bagi membolehkannya berjalan ke arah saya. Lebih menggembirakan, dia juga berani untuk naik ke bahagian yang lebih tinggi pada palang tersebut.
.
Itulah Rayyan Ariff kami. Lebih mobile kini. Contohnya apabila kami sama-sama bergolek di katil, beberapa kali tubuh kecil itu memanjat badan saya. Bukan hanya itu, apabila kami sedang duduk di sofa sewaktu menonton TV, tangan kecilnya pantas berpaut pada lutut kami untuk bangun.. Comel sekali.
.
Berbalik kepada cerita di KLCC, beberapa kali Rayyan Ariff menjadi perhatian beberapa pengunjung di situ. Saya tidak pasti dari segi mana mereka tertarik menegur Rayyan Ariff.. Melambai-lambai kepadanya.. Adakah mereka memandangnya sebagai budak comel yang sedang sibuk meneroka? Atau pandangan simpati kepada seorang anak istimewa yang sedang senget-senget mengatur langkah dengan anak mata yang sesekali juling apabila dia cuba memberi fokus kepada objek yang jauh dihadapan..
.
Paling memberi getar di hati ini apabila seorang anak yang berusia 5 ataupun 6 tahun berhenti berjalan hanya beberapa langkah dari Rayyan Ariff, dan memerhatikannya bagaikan sedang menonton TV. Penuh tanda tanya. Tersentuh sungguh hati ini..
.
Walaupun dia hanyalah seorang anak kecil, namun saya cukup merasa bersalah pada Rayyan Ariff. Saya tidak mampu melindunginya dari menjadi tatapan kanak-kanak lain. Dan cukup pasti, suatu waktu nanti, saya juga tidak mampu untuk melindungi dia dari diejek oleh kanak-kanak lain dek kerana kekurangannya.. Hmm.. Tidak mengapa. Dunia memang 'keras'! Makanya, saya harus melatih Rayyan Ariff untuk terus berhati kental.. InsyaAllah.. =)
.

Dan kami meninggalkan KLCC sewaktu jam menghampiri pukul 640 petang.. Mahu mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu maghrib.. Old school bukan? :P 

16 comments:

yatie chomeyl said...

gitulah yg muloh ma ore raso bilo ado yg kato abe ore 'cacat'. muloh ma akan pertahanakn abe ore dn kami adik beradik pun di latih gitu jugop. abe ore pun di latih utk jd samo jah mace ore lain..alhamdulillah, lo ni ab eore meme 'normal' jah mace ore2 lain... hang in there mokcik...abe Ian will make u proud everyday :)

AIN NAZRI said...

takpe kak. Rayyan pasti kuat menghadapi dunia yang kejam kat luar sana. kita terapkan budaya positive kat dia. mungkin kanak2 tu ada perasaan ingin tahu lebih.

suka tgk perkembangan rayyan yang makin baik.

Shida said...

seronok shida tgk rayyan bermain.. susah nak jumpa buai yang mmg sesuai utk budak2 yang belum pandai imbangkan badan. go rayyan auntie pasti tak lama lagi rayyan akan berjalan..

Bicara hati ibu aisya said...

Hihihi..so cute ian.
Gud goob.chaiyok-chaiyok ian...

p/s: jiey, aisya pun selalu diperhatikan kalau kat taman sebab dia masih xpandai berjalan..hanya mengengsot.especially kalau orang tanya umurnya.xperlah, mungkin mereka memandang kerana kecomelan anak-anak kita kan?huhuhu (masuk bakul angkat sendiri) think positif.

Mama Kembar Tiga said...

jiey, kalau mama kat situ, mama pun akan berenti & tgk rayyan for 2 reason:
1) rayyan cute!
2) kagum dgn kesungguhan rayyan berusaha, bukan semua kanak kanak sekuat rayyan tau, he's truly special :-)

ieda said...

jiey..jgn risau @ rasa bersalah bila ada yg memerhati rayyan.setiap yg berbeza pastinya menarik perhatian tak kira dewasa @ kanak2.percayalah bahawa kanak2 tidak akan mengejek andai dia tak diajar berbuat begitu.saya yakin mereka sekadar ingin tahu.kemudian jika diasuh mereka akan rasa simpati.

teacher bonda said...

sokong dgn statement mama kembar 3..
ian mmg cute..
tringin bebeno terserempak dgn korg..
Insyaallah kalo blk Kl nnt,nk sgt terjumpa ian..

go ian go!

zura_habibhaariz said...

bestnya baca entry kak jiey..makin lama ian makin improve..pasnie dh nk leh berjalan plak...hmm psl berebut mainan tu bdk2 mmg xpaham walaupun anak kita special macam mana skalipun...sbb tu ibu bapa yg perlu masuk campur menegur kan...walaupun anak kecil lama kelamaan mereka akan paham...bknnya anak kita yg special ajer kena mengalah sebab anak kita tak berapa pandai main...tak penah lagi bwk habib ke taman KLCC...pasnie leh ar cuba:-)
*Gud luck kak jiey...lama dh tak ketemu*

Eliss said...

mungkin semua orang kagum dengan semangat dia tu yang berenti tengok.
positif laa jiey :p
oghe pun jarang duk luar rumah sebelum maghrib.

mamasofea said...

comel...

Lynn Abd Latib said...

jiey;

he is ur miracle baby & he will show the world the miracle to have u as mommy ;)nothing is impossible by having u as mommy..trust me..he will walk some day :) pray hard for that moment !!

Hanis Azla said...

comelnya rayyan.. tentu sekali dia akan jd anak yg kuat sbb ada ibu bapa yg kuat menyokongnya.. Salam kenal

mama lynn said...

awk.......
sempat baca kisah anak awk rayyan..... awk bruntung memilikinya.. sy masih blum ada rezeki memiliki cahaya mata lg tau......itu yg sy doakan siang mlm

yatthienuer said...

u shud be proud there jiey
at least u not hiding him :-)

LadyBird said...

Salam akak :)..
bgsnye rayyan..
akak, disamping latihan fizikal tu, akak kene pantau keadaan tulang belakang dia..
bimbang jika mengalami scoliosis..

leya_zaini said...

dear.... was so proud with ian's achievement. bravo ian sayang. i do believe u must feel d same way too.... so hapee to see his improvemnt. bout y they r looking?? act me myself... i did look n smile to them... but dear.... my intention never to insult them or to make them feel their difference but what i meant was a support. to give them strength though it is only a smile.... n prayers for them to have a better life. maybe for the kids.... as wat other fren said.... they wont picking on those who unfortunate if no one ever teach them to do that. so what every parents should teach their kids is to have tlc with their special fren n help each other... not looking at them as sumtg to be watched.... n then laugh.... x wory dear. pls x keep in heart.... if this kid been educated well... i believe ian will always be their best fren...