Tuesday, November 30, 2010

Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM

Kali pertama ke klinik kerajaan bersama tuan kecik. =)
Bayaran pendaftaran? RM30 sahaja. Per visit hanyalah RM5. SDMC? Per visit adalah RM106. Tapiiii, kalau terapi pertuturan di sini, students will handle us.. Of course, with close monitoring by the speech therapist..
.
Kalau SDMC, tentulah dengan bayaran sebanyak itu, anak kita akan dikendalikan sepenuhnya oleh therapist. Therapist yang sama setiap minggu. Kalau rasa therapist itu tidak bagus, buatlah pilihan sendiri.. Itulah bezanya. Kuasa memilih di tangan kita kerana di hospital swasta, customers always right.. =P
.
Berpuas hati dengan lawatan kali pertama ini? Alhamdulillah.. Dan saya memilih untuk meneruskan dengan audiologist di sini berbanding SDMC tetapi tetap akan meneruskan terapi pertuturan di SDMC. 
.
Kesimpulan yang kami perolehi tadi ialah Rayyan Ariff menolak hearing aid nya kerana dia tidak selesa. Bukannya kerana alat itu menyakitkan dia. Itu kata mereka. Kerana jumlah pemakaian yang tersangat sedikit, maka dia masih tidak sukakan alat itu. Dia masih tidak menerima dan salah kami di situ kerana kurang tegas.
.
Hmm.. Tetapi seperti kata therapist Rayyan Ariff di SDMC, "Why is he rejecting it? Is it because he's not benefiting from it?"
.
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Kami tidak tahu kerna Rayyan Ariff masih belum bisa memaklumkan sendiri.
.
Menurut audiologist di SDMC tempoh hari, bacaan bagi tahap pendengaran Rayyan Ariff dengan alat itu adalah di dalam spektrum pertuturan. Maksudnya, dengan hearing aid itu, Rayyan Ariff mampu membangunkan kebolehan bertuturnya.
.
Pulang sahaja dari hospital tadi, kami cuba sedayanya mahukan dia memakai alat itu sepenuh masa kecuali masa-masa tertentu seperti tidur dan mandi. Namun peliknya, Rayyan Ariff tidak memberikan sebarang reaksi pada bunyi apabila dia memakai alat itu.
.
Dipanggil nama, tidak diendah.
Bertepuk tangan, tidak diendah.
Disuruh cium, tidak diendah.
Langsung tiada tindakbalas, berbeza sekali dengan di waktu dia tidak memakai alat itu. Lagi bagus tindakbalasnya.
.
Pelik. Serasanya, saya harus menghubungi audiologist tadi kembali esok hari. Sungguh saya tertanya-tanya. Bagaikan tidak logik kalau dikatakan dia tidak bertindakbalas kerna dia tidak 'biasa' dengan alat itu. Tertarik  atau berpaling kepada bunyi adalah lumrah kepada sesiapa pun yang dapat mendengar dengan baik. Seperti mana yang ditunjukkan Rayyan Ariff sewaktu kami mengenakan alat itu di awal waktu dulu.
.
Hmm.. Soalan yang sama berputar, "Bermanfaatkah alat itu untuknya?"
.
Namun seperti kata audiologist tadi, selagi pendengarannya berada di dalam spektrum pertuturan, dia mungkin tidak memerlukan koklear implan. Harapnya begitulah. Tidak perlulah menanam lebih alatan di dalam badan Rayyan Ariff. Cukuplah dengan apa yang ada.
.
Di klinik ini, ada satu rasa nyaman yang menyelinap ke jiwa saya. Sense of belonging. Di sini, rata-rata pengunjungnya adalah anak yang bermasalah pendengaran dan pertuturan. Melihat alatan kecil di telinga mereka bukanlah satu kejanggalan. 
.
Tiada mata yang memandang alat yang tergantung di telinga anak kami dengan penuh tanda tanya dan simpati. Yang ada hanya kami, mereka-mereka yang terpilih..
.
Selesa. Nyaman.
.
Dan didepan kaunter pendaftaran sewaktu kami masih menunggu, ada sepasang suami isteri yang mengendong anak mereka. Asyik berbicara tentang implan koklear yang akan diadakan  pada anak mereka dalam beberapa hari lagi dengan audiologist yang bertugas.
.
Bibir saya tersenyum. Kerna saya saksikan harapan pada wajah mereka. Harapan yang sama yang saya letakkan pada Rayyan Ariff iaitu mahu dia mendengar dan bertutur dengan baik. InsyaAllah..
.
Wearing his hearing aid; Speech therapy - 20.03.2010 @ SJMC

Hidup umpama roda, bukan selalunya kita di atas

Sudah banyak jatuh bangun yang saya lalui disepanjang laluan perjalanan kerjaya saya. Alhamdulillah, di dalam usia yang muda, saya telah diberi peluang untuk membangun di sebuah organisasi yang gah dan pastinya ujian-ujian saringan yang saya lalui untuk berada di organisasi tersebut juga bukan mudah..
.
Dan saya pernah diberikan merit kecemerlangan sewaktu di sana. Namun prestasi kerja saya sedikit demi sedikit terganggu dengan kisah peribadi yang bukan sedikit dugaannya. Kesakitan demi kesakitan yang saya lalui cuba saya tangani sebaik mungkin, namun banyak waktu, saya tewas..
.
Dan demi menyusun kembali aturan kehidupan dan menguruskan segalanya tentang Rayyan Ariff, saya akur bahawa saya harus bercuti tanpa gaji selama setengah tahun. Dan syukur ke hadrat Illahi kerna dalam tempoh waktu setengah tahun itu, banyak perkara baru yang dicapai Rayyan Ariff. Malahan, dalam seumur hidupnya, perkembangannya paling pesat di saat saya berada disampingnya sepanjang waktu pada saat itu..
.
Badan yang semakin tegap hasil usaha mama dan all the therapists..
Dan di saat saya perlu kembali bekerja, saya tinggalkan Rayyan Ariff yang sedang pesat berkembang.. Lalu menjadikan perkembangannya kembali perlahan. Saya tidak pasti mengapa momentumnya menurun.. Kerna sepanjang tempoh setengah tahun itu, bukanlah seratus peratus fokus saya terletak pada Rayyan Ariff. Kerna banyak yang mengganggu seperti kesakitan dan perayaan. Mungkin kerana saya ibunya, maka dia memilih untuk lebih membangun bersama saya..
.
Berat hati saya untuk kembali bekerja. Namun kekangan kewangan dan bebanan hutang yang bertambah tidak memberi banyak ruang buat kami untuk memilih.. Dan sekembalinya saya bekerja, fokus terhadap tanggungjawab di pejabat juga terlaksana sebaiknya.. Saya cuba memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga.. InsyaAllah..
.
Namun, sebelum tibanya saya ke posisi sekarang, sudah banyak kedengaran 'burung'  yang berkicau.. 
"Huh, asyik cuti sahaja.. Mana aci.. Pergi fisio anak seminggu sekali.."
"Hmm.. Ada hati ke nak menambah anak kalau macam ni? Anak sorang keje pun tak betul.."
.
Banyak lagi kicauan sang burung. Dan ini cerita tahun-tahun lalu.. Saya diam. Saya senyum. Saya biarkan burung itu berkicau semahunya. Kini, di saat segalanya terletak cantik, burung itu diam sahaja.
.
Terkini, burung itu juga diuji dengan caranya tersendiri.. Meletakkan dirinya juga sama seperti apa yang pernah saya lalui suatu waktu dahulu.. Itulah, hidup ini umpama roda, tidak selalunya kita diatas. Dan saya bukannya bertepuk tangan dengan kisah kamu, saya cuma mengingatkan diri sendiri tentang hukum karma.. Mengingatkan diri sendiri agar tidak tertawa dengan kesakitan orang lain..
.
Kasihan sang burung itu kerna kicauannya tidak lagi sepadu dulu.. Dan hari ini, saya bercuti lagi untuk ke Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan, HUKM. Temujanji pertama buat Rayyan Ariff di hospital kerajaan.. =)
.
Jangan dirisaukan tentang pekerjaan, kerna apabila saya bercuti di sebelah pagi, bermakna saya akan bekerja lebih masa di sebelah petang. Untuk menggantikan apa yang terkurang.. OK tak si burung? :P
.
P/s - Kad OKU memberikan keistimewaan kepada Rayyan Ariff sekiranya ke hospital kerajaan yakni tiada caj akan dikenakan. Namun ironinya, saya tidak tahu dimana saya simpan kad itu!! *sigh*.. Owh takpe, bayar dulu, dan claim sahaja pada organisasi yang memberikan kemudahan medical tanpa limitasi itu.. :P

Monday, November 29, 2010

My very special little boy..

Kerna hari sabtu En.Hubby tidak dirumah dari pagi hingga ke malam, maka secara sukarelanya dia mahu menggantikan waktu yang hilang bersama Rayyan Ariff pada hari ahad. Saya meminta En.Hubby membawa Rayyan Ariff ke taman permainan kanak-kanak di KLCC kerana saya sukakan buaiannya. Selamat untuk anak kecil terutamanya yang masih dalam peringkat menyeimbangkan diri seperti Rayyan Ariff.
.
Sewaktu kami sampai, buaian semuanya penuh. Penuh sabar, Rayyan Ariff berdiri tidak jauh dari buaian itu sambil tangannya dituntun saya. Sebaik sahaja kanak-kanak yang berada di dalam buaian itu turun, terus sahaja Rayyan Ariff menarik tangan saya menuju ke arah buaian yang kosong itu. Comel. Sekurang-kurangnya dia tidak berebut.
.
Sewaktu Rayyan Ariff sedang berbuai, datang seorang anak kecil bersama kakak dan ayahnya. Pantas kakaknya meluru ke arah buaian kosong di sebelah Rayyan Ariff. Melihat kepada kakaknya yang sedang berbuai, anak kecil itu turut sama mahu berbuai. Dia terus sahaja datang ke arah kami dan meminta untuk menaiki buaian yang diduduki Rayyan Ariff.
.
Memandangkan Rayyan Ariff baru sahaja beberapa minit di atas buaian itu setelah lama menunggu. Lantas saya nyatakan kepada anak itu di dalam senyuman.. "Sekejap yea dik..".. Namun anak itu tetap menggesa walaupun beberapa kali dilarang ayahnya. Kerna tidak mahu dikatakan berebut dengan anak kecil, tambahan pula beberapa kali Rayyan Ariff cuba untuk turun dan saya dilihat memaksa, maka saya memberi penerangan kepada ayah itu tanpa dipintanya.
.
"He's a special child. Tu yang kena berbuai tu.. Good for balancing to help him walk.."
"Oh, is it? Sorry yea.." Dan kali ini lelaki itu kembali memanggil anaknya dengan lebih bersungguh-sungguh. Mungkin kasihan kepada Rayyan Ariff.
.
Namun apabila anak itu berdegil, saya mengalah dengan menurunkan Rayyan Ariff. Lagipun, ada banyak lagi permainan lain yang boleh diteroka Rayyan Ariff.  

My very special child..
 
A smiling face.. =)

Satu perkara yang saya sukakan tentang taman permainan di KLCC ini ialah palang besi di atas. Rayyan Ariff saya dirikan dengan berpegang kepada besi tersebut dan saya pula berdiri beberapa langkah darinya. Setelah itu, saya 'memaksa' Rayyan Ariff berjalan ke arah saya.
.
Alhamdulillah, Rayyan Ariff semakin bagus melangkah. Yang membanggakan saya, apabila Rayyan Ariff sendiri tahu bagaimana untuk secara bergilir-gilir memegang palang besi tersebut bagi membolehkannya berjalan ke arah saya. Lebih menggembirakan, dia juga berani untuk naik ke bahagian yang lebih tinggi pada palang tersebut.
.
Itulah Rayyan Ariff kami. Lebih mobile kini. Contohnya apabila kami sama-sama bergolek di katil, beberapa kali tubuh kecil itu memanjat badan saya. Bukan hanya itu, apabila kami sedang duduk di sofa sewaktu menonton TV, tangan kecilnya pantas berpaut pada lutut kami untuk bangun.. Comel sekali.
.
Berbalik kepada cerita di KLCC, beberapa kali Rayyan Ariff menjadi perhatian beberapa pengunjung di situ. Saya tidak pasti dari segi mana mereka tertarik menegur Rayyan Ariff.. Melambai-lambai kepadanya.. Adakah mereka memandangnya sebagai budak comel yang sedang sibuk meneroka? Atau pandangan simpati kepada seorang anak istimewa yang sedang senget-senget mengatur langkah dengan anak mata yang sesekali juling apabila dia cuba memberi fokus kepada objek yang jauh dihadapan..
.
Paling memberi getar di hati ini apabila seorang anak yang berusia 5 ataupun 6 tahun berhenti berjalan hanya beberapa langkah dari Rayyan Ariff, dan memerhatikannya bagaikan sedang menonton TV. Penuh tanda tanya. Tersentuh sungguh hati ini..
.
Walaupun dia hanyalah seorang anak kecil, namun saya cukup merasa bersalah pada Rayyan Ariff. Saya tidak mampu melindunginya dari menjadi tatapan kanak-kanak lain. Dan cukup pasti, suatu waktu nanti, saya juga tidak mampu untuk melindungi dia dari diejek oleh kanak-kanak lain dek kerana kekurangannya.. Hmm.. Tidak mengapa. Dunia memang 'keras'! Makanya, saya harus melatih Rayyan Ariff untuk terus berhati kental.. InsyaAllah.. =)
.

Dan kami meninggalkan KLCC sewaktu jam menghampiri pukul 640 petang.. Mahu mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu maghrib.. Old school bukan? :P 

Sunday, November 28, 2010

Momentum yang hilang, rutin dan dia bukan Mahyon!

Sungguh, momentum untuk berbelog bagaikan berterbangan.. Ada waktu, idea bagaikan mencurah-curah.. Namun apabila tepaksa mengambil 'giliran' untuk menggunakan laptop kerna kedatangan adik saya yang menguasai, maka saya mengalah sahaja.. Niatnya mahu membalas segala hutang tag namun sepertinya tidak punya kesempatan untuk semua itu pada hari ini..
.
Dari segi kehidupan, kami masih dengan rutin harian seperti kebiasaannya.. Memohon agar segalanya dipermudahkan baik dari segi pekerjaan dan juga kehidupan peribadi.. Benar-benar memohon. *Mode berdebar-debar*
.
Speech therapy semalam..

Kesimpulan semalam; he's obedient. He's smart. He's delayed.. How can smart and delayed be mixed up together?? That's why my boy is one of a kind! =)

After physiotherapy.. With his Auntie while mama is still talking to Sarjit! =)
Tentang Mahyon? Hmmm.. Lately, bibik suka benar memanggil Rayyan Ariff dengan panggilan "Yon". Mungkin cuba memberi variasi pada nama manja Rayyan Ariff. Sejujurnya saya tidak suka!! Nama anak saya bukanlah Mahyon, maka tidak perlulah dipanggil sebegitu.. Sudahlah terjerit-jerit memanggil Yon, agaknya satu Pandan dan SDMC tertanya-tanya, apakah nama budak itu Marion? :P
.
Tapi itulah saya, tidak suka namun tiada inisiatif untuk menegur. Just so typical of me! Memang takde gaya boleh jadi bos kan? =P
.
Ok, perlu ke dapur aka office rasmi di hujung minggu..

Thursday, November 25, 2010

Not in the best health and mood ~Ke laut!!

Down with flu~
Me
Hubby
Rayyan Ariff
.
Sudah lama tidak ke swimming pool.. =(

Mood menjunam ke laut..
Too many things..
Penat..
Sesiapa pun bisa berkata, La Tahzan..
Tapi ada waktu hati juga ada suramnya..
Yang penting, kaki tidak pernah berhenti melangkah..
Hmm.. Perlu merangka semula kehidupan..
Agar tidak terkeluar dari landasan perjuangan..
InsyaAllah..

Tuesday, November 23, 2010

Pesan seorang bibik yang jantungan..

Pesan bibik, "Kak, nanti jangan ditinggal Rayyan seorang dalam katilnya ya.. Takut saya.."
"Kenapa?" Bertanya.
"Aduhhh.. Dia udah berdiri di dalam katilnya.. Saya risau dia jatuh.. Jantungan saya dibuatnya. Mahu memanjat keluar dia.."
.
*Smile*
Alhamdulillah..
.
Budak terror buat sepah..
Budak manja selalu minta dukung..

Cubaan merebut keju dari tangan mama.. =)

Monday, November 22, 2010

My determined self-feed-little boy..

Looks like someone is busy enjoying his dinner..
.

Why is he half-naked?? Because this determined-self-feed-little boy spilled the whip potato all over his baju..


Then, he got distracted by his toy, his favourite toy.. Yes, he's so into cars..


He knows that all he needs to do is to throw away his spoon and food.. Dont worry about the mess, Mama is around..
.

Then, he's all set to happily 'observed' the cars again because he needs to make sure that all cars are moving.. =)
.
P/s - She's still not letting go.. And so do I.. I wish things are just 'ordinary'.. No preference at all.. =(

Sunday, November 21, 2010

Mencari dan masih mencari.. Namun belum ketemu..

Sudah lama saya mencari anak yang punya diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff, namun belum ketemu.. Tidak adakah blogger di Malaysia yang punya anak dengan diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff? Terlalu 'rare' kah kondisi ini? Atau mereka memilih untuk tidak bercerita?
.
Seingat saya, hanya pernah sekali saya menemui anak yang punya diagnosis yang sama, itupun di dalam akhbar tabloid, Harian Metro.. Namun anak itu meninggal pada usianya dua tahun..
.
Setelah itu tiada lagi. Blogger mommies? Belum pernah. Kalau dari laman blog anak-anak mat saleh, sudah seringnya.. 
.
Kenapa saya mencari? Sejujurnya, untuk dijadikan kayu ukur.. Untuk melihat bagaimana adik beradik anak itu yang lain.. Kerna saya mahu tahu, percentage of re-occurence cases di dalam anak-anak yang lahir setelah itu. Dan saya juga mahu tahu, apa yang dicapai oleh anak itu setelah usia mereka menjejak ke angka yang lebih tinggi..
.
Majoritinya, severely handicapped. Gusar di situ. Tapi saya tahu bahawa saya harus berpegang bahawa pencapaian setiap anak adalah berlainan.. Namun yang melegakan, di dalam kesemua kes itu, adik-beradik mereka yang lainnya lahir sebagai anak tipikal. Tiada re-occurance. 
.
Saya maklum, fakta ini bukan jaminan.. Namun saya perlu sedikit ruang untuk merasa lega.. 
.
NICU day 3

Saturday, November 20, 2010

Have faith in God and have faith in him..

Petang semalam, ketua jabatan saya bertanya tentang keadaan Rayyan Ariff sewaktu kami sedang berbual kosong.. 
.
"He's doing good.. Pulling himself up, climbing on us, he's just everywhere.." Saya menjawab sambil tersenyum..
"Good to hear that.." Dia juga tersenyum lebar..
"But I dont think he'll be walking anytime soon.. He's still having problem in balancing himself.. Could be due to his hearing problem.."
"Well, you'll never know.. Just have faith in him and in God as well.."
.
Dan malam semalam, sewaktu saya mahu menidurkan Rayyan Ariff, saya meletakkan dia di atas katil saya dengan beberapa alat mainannya dan bantal yang dikepung sekeliling katil.. Saya berlari ke dapur sebentar untuk menyiapkan susunya. Dalam beberapa saat itu, saya terdengar tangisan Rayyan Ariff..
.
Pantas saya berlari ke bilik sambil tangan memegang botol kosong yang masih belum terisi susu, dalam kegusaran yang dalam, takut dia jatuh.. Kerna saya tahu, Rayyan Ariff bisa turun sendiri dari katil namun dia punya kecenderungan untuk jatuh kerna dia tidak tahu cara untuk turun perlahan-lahan ke posisi duduk. Tambahan pula, dia masih belum tegak berdiri sendiri...
.
Dan apabila tiba di bilik, telahan saya tepat. Rayyan Ariff telahpun turun dari katil.. Saya memerhati dari muka pintu. Hanya beberapa langkah dari tempat Rayyan ARiff berdiri.. Dengan tangan yang masih berpegang pada bahagian tepi katil, Rayyan Ariff mengatur langkah dengan perlahan dan cermat. Dari bahagian tengah katil, dia sudah tiba ke hujung katil..
.
Saya memerhati dengan rasa yang berbaur.. Gembira, teruja, syahdu, semuanya berbaur.. Sebaik melihat saya berada di belakangnya, Rayyan Ariff melepaskan pegangan tangannya dan menolak badannya ke arah saya..
.
I have a cruising baby!! Gembira?? Tak terkata!!
Syukur Alhamdulillah..
.
Sekadar gambar hiasan.. He was 18 months old in this photo..
Namun untuk sesuatu yang baru bermula, saya tidaklah begitu mengharap untuk melihat dia berjalan dalam waktu yang terdekat ini. Kerna ianya bagai satu kebiasaan, apabila dia menunjukkan sesuatu kebolehan yang baru, kami harus menunggu untuk seketika waktu sebelum dia kembali mahu melakukannya semula..
.
Yang ada hanyalah kami untuk terus memberi rangsangan kepadanya.. Dan pagi ini, sudah dua kali saya "memaksa" Rayyan Ariff untuk menyusur katil kami kembali. Kali pertama, langsung dia tidak berganjak dan cuba untuk memanjat katil. Percubaan kali kedua setelah beberapa jam kemudian, barulah dia 'setuju' untuk mengatur langkah..
.
Itulah cabaran untuk berdepan dengan anak seperti Rayyan Ariff. Namun bagi kami, alah bisa tegal biasa.. =)

Friday, November 19, 2010

Duduk bertenggek di tepi katil..

Pukul 1230am, masih bertenggek tepi katil main kipas!
.

Pagi ni, Mama jadi Zombie..
:P

Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya korban..

Aidil Adha kami di rumah PIL di Rawang..
Tidak banyak aktiviti; sedari malam raya cuma makan, tengok TV, berbual dan ulang acara yang sama sampai bertolak balik ke Ampang petang tadi..
.
Mengekek ketawa dengan Ayah Chik..

'Recharge battery' dengan Bibik Paridah..

Rayyan Ariff + Wan + His cousins

Senyum memanjang..
The best part masa kami mula-mula sampai di Rawang, saya pimpin tangan Rayyan Ariff menuju ke pintu rumah PIL. Baru dua tiga langkah, Rayyan Ariff pusing balik ke kereta sambil nangis.. Terus dia mengatur langkah kecil ke arah ayahnya yang berdiri di tepi kereta sambil berkata, "Oomm.. Omm.. Omm.." Read: Vroom.. Vroom.. Vromm = Jom naik kete..
.
Nampak sangat sudah lama Rayyan Ariff tidak ke Rawang sehinggakan dia 'terlupa' itu rumah atuk dan neneknya.. Semenjak dia sakit tempohari, hanya atuk dan uwannya sahaja yang datang ke rumah kami.. Beberapa kunjungan kami ke Rawang sebelum ini juga adalah tanpa Rayyan Ariff kerana dia sedang sakit..
.
Dan setelah dia kembali sihat, kami masih belum berpeluang ke sana kerana hari sabtu seringnya dipenuhi dengan sesi terapi dan banyak waktu, ayahnya pula tiada pada hari ahad.. 
.
Pulang dari Rawang, kami singgah sekejap di rumah kakak ipar saya di Bangsar..  Sekali lagi, acara menjamu selera.. :P
.
Tiba sahaja di Ampang, masing-masing berehat seketika sebelum bersiap untuk ke rumah  kakak saya di Kajang. Tatkala itulah saya perasan bahawa selsema Rayyan Ariff yang muncul semenjak tengahari tadi semakin teruk. Matanya merah dan kelihatan berair dan badannya mula dedar..
.
Terus sahaja saya memberikannya ubat dan menelefon kakak saya memaklumkan bahawa kami tidak dapat ke sana. Setelah seketika, tiada tanda-tanda ianya semakin OK. Malahan, mood Rayyan Ariff juga mula ke laut. Mungkin kerana tidak selesa.. Makanya tadi, saya tidurkan dia seawal jam 830pm.. Biar dia mendapat rehat yang secukupnya..
.
Rayyan Ariff dan ayahnya sama-sama kembali diserang demam selsema. Harapnya tidak berlanjutan.. Kalau tidak, segala sesi terapi akan terhenti seketika.. Hmm.. Tuan Kecik dan Tuan Besar ni nampaknya perlu mandi bunga.. :P
.
Tuan Besar memang liat mahu mengambil Vitamin C.. Tuan Kecil pula memang tidak sukakan Scotts Emulsion.. Iyelah, kalau sudah 4-5 jenis ubat dan vitamin setiap hari, jemulah dia.. Kalaulah dia sudah pandai mengambil chewing tablet.. Ok, kena carik air roselle untuk sang putera dan ayahnya..
.
Hmmm.. Mode sekarang; tak keruan!

Tuesday, November 16, 2010

Macam2 cerita : Tentang keluarga, kawan, cara up traffic blog dan remaja hari ini..

Tajuk dah cover semua. Banyak pula yang berlaku hari ini. Dan semalam pun, banyak cerita yang tak enak ditonton dan dibaca..
.
Cerita semalam,
Cerita Uncleseekers dan Mantan Permaisuri Agong Siti Aishah. Huh, dalam masa sehari, traffic blog boleh up sampai 190,000++ visitors.. Hehehhe.. Ni cara yang sesuai untuk up kan traffic blog. Pendedahan Cinta Syhhh dengan VVIP rupanya, bukan cerita anak sakit atau anak meninggal.. :P
*Acik tanak komen, kang kena ISA, esp bab2 aib orang ni..*
Cerita remaja lempang pengemis.
Cerita remaja dok bercium mulut di khalayak, depan Pavilion lagi.
Hmm.. Risau pula bila tengok Rayyan Ariff... Minta dijauhkan..
Mungkin ini hikmahnya kejadian Rayyan Ariff istimewa sebegini.. Agar dipelihara dari perkara sedemikian.. =)
.
Cerita hari ini,
Cerita keluarga, cerita kawan, cerita anak-anak..
Harap-harap, segalanya boleh di'sterika' agar tidak kusut dan berkedut..
Aminnn..
.
Semalam juga,

Saya 'bersilat' di dapur..
Niatnya untuk santapan keluarga Littlehumblelynn..
Namun belum ada rezeki untuk bertemu..
=)

Tapi mujurlah Nasi goreng kunyit seafood dan ayam goreng rempah ini tidak terbuang..
Licin dek penangan Mak Eiy, Mama Biey, hubby, bibik dan saya..
Alhamdulillah..
Tiada pembaziran..
.
Selamat berhari raya korban buat semua..
*Sedang mencongak bentuk pengorbanan sepanjang tahun ini*
=)

Monday, November 15, 2010

Kalo orang datang tak telefon dulu camner??

Harus saya gabra dan tak bukak pintu!! :P
Ataupun tunggu 15minit dulubaru bukak..
.
Hehhehe.. Sebabnya, tuan kecik suka buat sepah..
Merata rumah, serata ceruk..
.
Kalau apa yang dia tunjuk, sila la ambik n bagi kat dia kalo tanak dengar dia ngamuk..

Oops, handphone dikesan!!

Apa lagi, nangis la coz tak dapat handphone!! :P
Selepas siri kesakitan yang panjang, saya begitu menghargai keadaan Rayyan Ariff yang semakin melasak ini. Saya sendiri lupa bagaimana keadaannya sebelum dia jatuh sakit tempoh hari. Mungkin kerana tempoh sakit yang lama, membuatkan saya tidak dapat mengingati segalanya..
.
Waktu sakit yang berpanjangan tempoh hari juga bagaikan meletakkan harapan mustahil untuk Rayyan Ariff sembuh sepenuhnya dan kembali aktif seperti saat ini. Sejujurnya, waktu itu hati saya disaluti dengan pelbagai ketakutan dan minda ini sarat dengan pelbagai kemungkinan..
.
Syukur Alhamdulillah kerna permata kami kembali bersinar kini.. Terima kasih di atas doa semua.. =)

Sunday, November 14, 2010

Cukuplah sekadar dia jadi "orang".. Pandai urus diri.. =)

Sesi fisioterapi Rayyan Ariff semalam dipenuhi dengan pelbagai cerita yang saya dan Sarjit kongsikan. Ada air mata, ada senyuman dan ada gelak ketawa.. Sungguh saya bersyukur kerna tuhan menghantar wanita yang penuh keihklasan itu ke dalam hidup kami untuk membantu Rayyan Ariff..
.
Dan semalam, kami bercerita tentang keperluan anak istimewa mempunyai adik beradik agar suatu masa nanti mereka punya tempat bergantung apabila ibu dan bapa mereka sudah kembali ke rahmatullah..
.
Saya terdiam, dan saya nyatakan bahawa saya mahu usahakan segalanya untuk Rayyan Ariff. Saya mahu apabila saya tiada suatu masa nanti, dia punya daya untuk menguruskan diri sendiri.. Saya mahu dia punya asa untuk bekerja dan menyara hidupnya sendiri.. Dan tidak bergantung kepada sesiapa.
.
Saya tidak mengukur tahap kejayaan itu pada jawatan yang disandangnya kelak. Untuk Rayyan Ariff, saya katakan padanya, dia tetap insan yang berjaya di mata saya walaupun dia sekadarnya bekerja sebagai pam attendan di stesen minyak sekalipun. Bekerja sebagai kerani di syarikat-syarikat kecil sekalipun. 
.
Kerana kejayaannya yang paling besar ialah untuk hidup. Walaupun pelbagai prognosis buruk diberikan kepadanya, namun dia masih bernafas sehingga kini dan terus-terusan berusaha untuk memperbaiki kualiti hidupnya. Itulah kejayaan.
.
Makanya, saya tidak kisah dan tidak mahu terlalu berfikir.. Cukuplah sekiranya dia mampu menguruskan diri sendiri suatu masa kelak.. InsyaAllah..
.
Rayyan Ariff @ SDMC Rehab Centre ~ 12.11.2010
"Once, there was this parents who told me that they dont mind if their son just work at 7 Eleven, as long as he's not depending on others..."
.
Saya tersenyum apabila mendengar kata-kata Sarjit. Kerna itu jugalah yang ada di dalam fikiran saya. Untuk Rayyan Ariff hidup berdikari suatu waktu kelak.. Dan seandainya pencapaiannya melebihi apa yang saya gariskan, Alhamdulillah.. Itu bonus buat kami.. =)
.
"I'm not worried about Rayyan. He's one smart boy.. And I can even tell you that sometimes, he's even smarter compared to some normal child. If not in all angle, at least in certain area.." Jawab Sarjit sambil tersenyum..
.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat anak kecil ini.. Buat Rayyan Ariff.. Aminnn..
.
Kami meninggalkan Rehab Centre sewaktu jam menunjukkan pukul 530pm.. Dan apabila Rayyan Ariff meninggalkan Auntie Sarjit dengan lambaian selamat tinggal dan flying kiss, wanita itu tersenyum bangga dan melambai gembira.. 
.
Terima kasih kerana menghantar wanita ini kepada kami Ya Allah..

Friday, November 12, 2010

Untuk sebotol ubat demi seorang anak..

Semalam, dari pejabat saya terus memandu ke Bahagian Kecemasan SDMC, hanya untuk mendapatkan sebotol Clonazepam. Clonazepam adalah ubat untuk mengawal serangan sawan Rayyan Ariff. Kerna itu, ubat yang dibancuh setiap dua minggu itu adalah sangat penting untuk tubuh kecil itu..
.

Pic : Google image.

Keadaan jalanraya agak teruk semalam. Saya terpaksa berpatah balik ke pejabat untuk mengambil GL yang tertinggal padahal sudah separuh perjalanan saya memandu, keadaan hujan dan jalan yang sesak juga menjadi faktor utama kepada kepenatan yang memuncak. Sudahlah sudah dua hari saya mengikuti kursus forensic accounting di pejabat, terpaksa pula berpenat sebegini.
.
Saya juga maklum bahawa ubat itu mengambil masa untuk dibancuh. Pasti lama menunggu di hospital.

Dan seperti jangkaan, saya tiba di rumah jam 11.15 malam iaitu sewaktu Rayyan Ariff sudah tidur. Lalu hati berbisik, alangkah indahnya kalau Rayyan Ariff bebas dari sawan sepenuhnya. Dan waktu yang saya habiskan di jalanan dan di hospital semalam pastinya dapat saya manfaat di rumah, bermain-main dengan putera tercinta. Alangkah..
.
Namun ini janji tuhan dengan kami. Siapa tahu, berkat doa dan usaha yang tidak pernah putus, suatu masa nanti Rayyan Ariff tidak lagi perlu bergantung kepada dadah itu.. InsyaAllah..
.
*Mode penat, sakit kepala mahu tidur!*
=(
P/s - Siapa tahu kat mana boleh easily ambik Clonazepam? Klinik area umah kami tak boleh coz this is controlled medicine. Kalau tahu, share ek..

Wednesday, November 10, 2010

Seharian bersama Rayyan Ariff yang 'sibuk'

Bila banyak alat permainan, tahap 'kesibukan' Rayyan Ariff juga semakin bertambah.. Semua benda mahu disentuh.. Semua benda mahu dicubanya.. Lagaknya seperti anak lain yang gemar bermain dan meneroka.. Semua yang ditunjukkan oleh anak kecil ini harus diambil dan diberikan kepadanya.. Kalau tidak, meledaklah tangisnya..
.
Manjanya memang menjadi-jadi.. Dihempas badan kecilnya ke badan kita dan dia juga boleh menjadi sangat ekstrem dengan menarik-narik rambut dan memukul-mukul kita hanya apabila kemahuannya tidak dituruti. Dan saya, tidaklah selalu tunduk kepada kemahuannya.. Agar dia tahu bahawa dia tidak selalunya akan menang.. :P
.


He's not really interested in pretend play with this cooking set.. =(

Among his favorite..



All time favorite la neh.. Kipas..

Beralih ke bead toys.. He's really good at this.. =)
video
Sebenarnya, sebelum saya sempat rakaman ini, Rayyan Ariff sedang asyik 'mendodoi' anak singa itu dengan humming sound yang sama kami gunakan padanya setiap kali kami mahu menidurkannya.. Namun sebaik saya merakam, dia sudah berhenti.. *kena cuba lagi next time.. :P*

InsyaAllah, we'll trying to seek for 2nd opinion on Rayyan Ariff's hearing loss. "You need to prove to them that Rayyan will benefit from the program. If not, they wont accept him.."

Saya tahu maksud ayat itu. Dan saya cukup yakin, Rayyan Ariff has lots of potential in him. Whatever programme that you have, please do include him.. He's just like any other normal child.. Just that, he's progressing at a slower rate.. But considering his brain formation, I do think that he's one of a kind! =P

Okeh, it's for you to assess and for us to work harder!

Tuesday, November 9, 2010

Ini medan saya, bukan Kampung Medan ataupun Medan, Indonesia.. :P

“Wan, I read in the newspaper yesterday, about a boy with the same diagnosis with Rayyan.. He’s five years old now..”

Dan apabila teman sepejabat yang merangkap supervisor saya itu bercerita lebih lanjut, saya dapat meneka apa masalah anak itu dan pastinya, walaupun sesetengah keadaannya sama dengan Rayyan Ariff, namun terma dan penyebabnya adalah sesuatu yang berlainan..

“Hmm.. I think the boy is having hemorrhage in the brain or something which caused it to happen.. It’s pretty much different from Rayyan because for Rayyan, it started to happen from day 1 when he was formed. From the moment I conceived. So, how’s the boy’s condition? I presume he’s doing good, right? Since you said it happened after birth.. Must be doing better than Rayyan..” Saya membalas sambil tersenyum.

“Not really actually. He’s severely impaired that he’s on a wheel chair now. And when I look at him, I was thinking how lucky Rayyan is.. For him to be able to reach this far with pretty much the same condition..” Jawab teman itu lagi.

Saya tidak rasa Rayyan Ariff lebih bertuah berbanding anak itu. Kerna pada tahap mana pun pencapaian seorang anak, adalah menjadi tanggungjawab ibu dan ayahnya untuk menerima seadanya. Untuk sentiasa membuka ruang membantu si anak selagi terdaya. Dan saya rasakan, pastinya ibu dan ayah anak itu sudah mencuba sehabis baik untuk anaknya. Dan saya yakin, mereka juga bahagia dengan kehidupan mereka bersama anak itu  kerna takrif kebahagiaan adalah terlalu subjektif untuk dinilai.

Tiada yang lebih besar selain daripada mensyukuri nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT. =)

Kehidupan kami seharian adalah biasa-biasa sahaja. Menyusuri jalanan takdir yang telah ditetapkanNya dengan sebaik mungkin. Kami melihat setiap pencapaian Rayyan Ariff adalah kerana kurniaan dariNya. Makanya, saya merasakan diri ini masih terlalu banyak kekurangan untuk dijadikan contoh. Masih belum layak. Lagipun, masih banyak perkara yang belum dicapai oleh Rayyan Ariff terutamanya dari segi kebolehan bertutur dan berjalan.

Walaupun dengan peningkatan yang ditunjuk Rayyan Ariff, ianya masih belum bisa menjadi penentu apakah Rayyan Ariff mampu berjalan sendiri suatu masa nanti. Kerna menurut neuro surgeon Rayyan Ariff, “Even if he has strong feet and knows how to take steps, he still won’t be able to walk if he doesn’t able to balance his body..”

Lagi pula, yang berusaha itu Rayyan Ariff sendiri. Bukan kami. Kerna itu saya rasakan saya tidak punya banyak kisah untuk diceritakan seandainya mahu ditemu ramah di media. Bercerita di blog pastinya berbeza dengan bercerita di dada akhbar..

Blog inilah medan saya untuk bercerita tentang kehidupan. Tentang kisah kami yang tidak seberapa. Juga medan pertemuan untuk saya dan ibubapa yang berada di atas landasan takdir yang sama. Dan seandainya kisah kami semua ini mampu menjadi inspirasi buat yang mengikuti, tiada lafaz selain dari Alhamdulillah yang mampu saya ungkapkan kerna pernah satu ketika, di saat saya mencari harapan, tiada tempat yang saya temui melainkan ketidapastian. Dan seandainya ibubapa yang melalui perkara yang sama dengan saya menemui ‘harapan’ mereka di sini, sekali lagi saya bersyukur kepadaNya.

Namun seperti yang saya katakan, hanya blog inilah medan saya buat masa ini.

P/s – Kawan2, kalau ada sesiapa di kalangan parents to a special needs child yang sudi di temuramah oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka, sila email saya di freaky_gurlz@yahoo.com . Superkids’ family, any takers? Mokcik Jiey pemalu sket, tolong promote jer.. :P

Glamour y'all.. Cam MommyLyna ni.. =)

Gambar contoh adalah cilok dari blog MommyLyna, tak semestinya akhbar di atas yea.... =)

Saya mahu 30 jam sehari, bolehkah?? *Mode penat*

Subhanalllah.. Tempoh waktu 24jam sehari bagaikan tidak mencukupi untuk segala aktiviti.. Hmmm.. Segalanya bagaikan tidak terkejar. Banyak yang ingin saya kongsikan namun kekangan masa menjadi penghalang. Tambahan pula, waktu benar-benar terisi dengan keletah Rayyan Ariff yang semakin lasak..
.
Apabila saya mendengar teman-teman mengeluh tentang keadaan rumah yang hanya sebentar sahaja kemasnya kerna anak kecil yang suka membuat sepah, kini saya mengerti apa maksudnya. Kerna Rayyan Ariff juga di dalam fasa yang sama. 
.
Alhamdulillah.. Dia kini semakin rajin meneroka ke serata ceruk rumah. Dari ruang tamu ke bilik hujung. Dan seterusnya ke bilik tidur utama, bilik bibik dan pastinya kamar mandi juga menjadi sasaran anak kecil ini sambil mulutnya tidak lekang menyebut, "Aiirrr.."
.
Habis tong sampah tunggang terbalik.. Set jati anggur saya juga berselerak menjadi mangsa tolakannya. Itu tidak termasuk barang mainannya. Memang rumah kami bagaikan kapal pecah andai dibiarkan Rayyan Ariff mengganas.. =)
.
Namun yang penting, dia sihat.. Alhamdulillah..
.
Hari jumaat yang lalu, jadual saya dipenuhi dengan aktiviti mencari baju, tas tangan, tudung dan kasut baru untuk dipakai ke majlis makan malam Suruhanjaya yang akan diadakan pada hari jumaat nanti.. Bukan hanya saya, hubby juga tidak terkecuali mencari pakaian dan kasut yang sesuai.. Hmm takmahu kalah! Petang jumaat, sempat juga kami menyelit membawa Rayyan Ariff berenang lagi.. Syukur kerna kini dia cukup gemar berenang berbanding sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari..
.
Hari sabtu pula, kami penuhi temujanji dengan therapist Rayyan Ariff dan kunjungan singkat ke Port Dickson. Niatnya, mahu menanam Rayyan Ariff di dalam pasir seperti di dalam gambar ini;
.
9 months old @ Chenang Beach, Langkawi

Namun niat kami tidak kesampaian kerna keadaan pantai yang dipukul ombak kuat. Tambahan pula, pantainya agak kotor. Mungkin di lain waktu kami perlu membuat perancangan yang lebih teliti dengan menempah chalet yang mempunyai private beach.. =)
.
Hari ahad pula, hari kami bermula dengan membawa Rayyan Ariff ke barber kerana rambutnya sudah panjang benar.. Hmm baru lagi kami botakkan rambut budak comel ni, cepat benar rambutnya memanjang! :P
.
Misi memotong rambut gagal kerana Rayyan Ariff tidak memberikan kerjasama. Tambahan pula, biasanya kami memilih untuk menggunakan mesin sahaja, makanya lebih mudah. Namun kali ini apabila saya meminta untuk rambutnya 'digunting', jadi ianya sangatlah mencabar.. Sengaja saya tidak mahu rambut Rayyan Ariff dimesin kerna tidak mahu dia 'kurang' handsome di majlis Mama Biey nanti.. :P
.
Jenuh nak pegang.. Melawan.. Tukang pegang = Saya+hubby+mamak tukang gunting.. :P
Pujuk dengan gula-gula.. OK sekejap.. :P
Seterusnya kami ke majlis resepsi pihak lelaki teman baik saya aka Mama Biey kepada Rayyan Ariff.. Majlis berlangsung dengan meriah dan Biey seperti seringnya, memang sentiasa cantik..
.
Reunion with old friends.. Masing2 siap ngan 'henbeg'.. Ada jugak yang still solo.. Auntie Chah, thanks for duit raya.. Suko Ian..
Awie, aku takyah pesan coz aku tau ko akan jaga Biey baik2.. =)

Rayyan Ariff memang tak mahu diam.. Walau mata sudah mengantuk yang amat! :P
Petangnya pula, saya bertungkus lumus di dapur memasak untuk keluarga Biey. Sengaja saya mengundang mereka untuk makan malam di rumah kami memandangkan bukannya selalu mereka turun dari Kota Bharu.. Dengan bibik yang bercuti dan hanya tiba di rumah selepas maghrib, memang saya kelam kabut memasak dan dan dalam waktu yang sama, menguruskan Rayyan Ariff seorang diri.. Saat saya di dapur, Rayyan Ariff pula sibuk 'mengemas' serata rumah.. Memang penat! :P
.
Runsing sungguh di hati kerna risaukan masakan yang mungkin terkurang garam atau gula kerna keadaan yang kelam kabut.. Namun Alhamdulillah, 'keluarga' saya ini makan bertambah-tambah.. Mujurlah lauk yang dihidang kena dengan selera mereka.. Ayam goreng rempah, sambal ikan bilis tempoyak, ikan pedas, tomyam dan sayur campur yang saya masak habis semuanya..
.
Itulah cerita weekend kami. Penat, namun dikelilingi insan tersayang adalah terapi terindah. Dan detik bersama Rayyan Ariff sangatlah berharga.. Tambahan pula dia kini cukup nakal dan suka bergurau..  Mengekek-ngekek tawanya.. Priceless!!

Thursday, November 4, 2010

Lagenda Mokcik Laser kembali (Tak habis-habis lagi Jiey?)

Tajuk ala-ala entri Jiji. :P

Hmm.. Mokcik Laser kembali lagi. Panas betul telinga dibuatnya. Kalau boleh mahu lari sejauh yang mungkin, namun di setiap perjumpaan keluarga pasti akan ada Mokcik Laser kerana dia adalah ahli keluarga. *sigh*

Sepanjang majlis berlangsung, saya cuba mengelak untuk berbual secara langsung dengan Mokcik Laser kerana tidak mahu menjadi sasarannya. Lagi pula, rasa hormat itu masih tinggi.

“M ada kawan ni, masih bujang tapi umur dah 43 tahun. Dia takut nak kahwin, ye la kalau pregnant nanti risky.. Takut anak macam mana nanti.. Doktor ada bagitahu, kemungkinan dapat anak down syndrome atau berpenyakit tinggi..” Cerita Kak M pada Mokcik Laser.
“Alahhh.. Cakap kat dia apa nak risau.. Tu haaa.. Jiey tuh, mengandung muda-muda pun anak sakit jugakkk!!” Jawab Mokcik Laser sambil mulutnya dimuncungkan pada saya yang berdiri di sebelah Kak M.

Aikkk??? Nama saya pulak yang dia petikkkk.. Mokcik.. Mokcik.. Apalah dosa saya dengan Mokcik? Anak rusa nani, baru kembang ekor.. Lallalala.. Ehhh, termenyanyi pulak..

Selang beberapa ketika selepas itu, Mokcik Laser menghampiri saya pula, “Jiey tahu tak, kat rumah Mokcik ada sorang yang ada masalah macam Jiey. Doktor suruh buang la masa mengandung tu sebab nanti susah nak jaga. Lepas tu dia buang la..”

“Oh ye ke??” Saya menjawab sekadar berbasa basi.

“Iye la.. Bila Mokcik cerita pasal Rayyan, dia pun tanyalah Mokcik macam mana keadaan Rayyan. Mokcik bagitau la dia, ada lagi.. Panjang umur.. Tapi tu la.. Memang susah nak jaga.. Asyik pergi spital jer.. Berjalan apa semua pun belum lagi.. Rumit la..”

Adoii la Mokcik Laser, tak perlulah bersusah payah menceritakan kesusahan saya menjaga anak saya sendiri. Bukannya saya minta Mokcik jagakan anak saya. Kalau bermalam di hospital sekalipun, bukan Mokcik yang dating temankan. Apa yang susahnya di pihak mokcik?


Budak lasak yang banyak akal, tangan kanan tekan butang mainan.. tangan kiri pegang remote astro..

Beralih kepada bead toys..

Main newspaper pulak.. Memang tak terlayan.. :P
Setiap perkara bergantung kepada kita untuk melihatnya dari sudut mana. Kalau kita melihatnya dari sudut positif, positiflah dia. Kalau kita memandangnya sebagai negative, negatiflah jadinya.

Alhamdulillah, tidak susah menjaga Rayyan Ariff di sepanjang usianya. Semenjak kami membawanya pulang dari hospital sewaktu dia berumur 45 hari, hanya pada usia 9 bulan dia diserang demam. Kali pertamanya. Dan sepanjang dua tahun lebih ini, baru beberapa bulan yang lalu kami melalui episode kesakitan yang berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Adillah kejadian tuhan itu. Kalau sudah diberikan kesihatan selama dua tahun, takkanlah kami tidak boleh diuji dengan kesakitan selama dua bulan? Tuhan itukan maha adil.. Hanya Dia yang mengetahui hikmah disebalik segalaNya.

Dan kalau setiap kunjungan kami ke hospital untuk temujanji doctor, sesi terapi pertuturan, fisio dan carakerja, dan stimulasi berterusan dilihat sebagai kepayahan, itu adalah pilihan kami. Pilihan kami untuk melihat Rayyan Ariff pulih dan berdiri sebaris dengan anak-anak seusianya.

Boleh sahaja kami memilih untuk membiarkan dia membangun sendiri.. Cepat, cepatlah.. Lambat, lambatlah.. Tidak perlu terapi. Tidak perlu bertemu doctor. Orang dulu-dulu pun tidak ada semua ini.. Namun itu bukan cara kami. Biarlah kami dilihat ‘bersusah payah’ untuk Rayyan Ariff kerna kami mahukan yang terbaik untuknya..

Saya akui, di sepanjang perjalanan yang panjang ini, kami telah melalui seribu satu pengalaman. Kesakitan, keperitan dan juga KEBAHAGIAN. Kami cukup maklum bahawa masa hadapan akan tetap menuntut kesakitan, keperitan dan air mata daripada kami, namun kami redha.. Kerna ini adalah takrif kebahagian buat kami..

Walau ribut yang bakal melanda suatu masa nanti, kami tetap tahu, apabila ribut itu reda, kami akan kembali tersenyum dan melangkah. Selagi diizinkanNya, InsyaAllah.

Tuesday, November 2, 2010

Bangun, bangun dan terus bangun wahai anakku, Rayyan Ariff..

Apabila Dia mengurniakan hujan, pasti di sebalik awan mendung kan ada pelangi yang menjelma bersama mentari yang kembali menyinar..

Pada suatu ketika Rayyan Ariff pernah dikatakan tidak dapat melihat, namun semalam dia cuba mengambil seekor semut hitam yang berjalan di lantai.. Kecil dan halus. Apabila percubaannya gagal, dia menolak semut itu ke tepi dengan hujung jarinya sambil mulutnya tertawa girang.

Terima kasih di atas kurniaan mentari ini Ya Allah.

Pada suatu ketika Rayyan Ariff pernah dikatakan tidak dapat mendengar, kelmarin saya tunjukkan sebuah kereta mainan kepadanya dan berkata, “Car! Vroom.. Vroom.. Vroom..”

Dan dia memandang saya sambil meniru, “Oom.. Omm.. Omm..” Comel dan manja ajukannya.

Terima kasih di atas kurniaan pelangi ini Ya Allah..


Anak yang gemarkan buku; membelek dan tertarik pada gambar.. :-)

Pabila suatu ketika Rayyan Ariff diramalkan mungkin akan hanya berbaring seumur hidupnya, kelmarin juga, dia bangun dengan sendirinya..

video

Sudah lama dia mampu bangun.. Namun bezanya kali ini, dia tidak lagi memerlukan tangan kami sebagai ‘sumber keyakinan’.. Jika sebelum ini kami perlu menyentuhnya hatta dengan sebatang jari sekalipun agar dia merasa ‘selamat’ untuk bangun, kini tidak lagi.. Dia semakin kuat dan berani.

Terima kasih di atas kurniaan terindah ini Ya Allah..