Saturday, July 16, 2011

Air mata itu~

Baru sahaja selesai menidurkan Rayyan Ariff. Menidurkan Rayyan Ariff bukanlah bermaksud saya harus menepuk-nepuk pahanya sehingga tertidur. Cukup sekadar berbaring di sebelahnya sehingga dia terlena. 
.
Dalam keadaan matanya yang beberapa kali terbuka dan tertutup sebelum terlelap, saya memandang wajah putih bersih itu dengan senyuman. Comel. Beberapa saat selepas itu, dia sudah nyenyak.. "Tidur yea.. Kul 2 kita nak gi Subang pulak.." Bisik saya perlahan.
.
Berulang alik dari Ampang ke Subang untuk sesi-sesi terapi Rayyan Ariff memang memenatkan. Jikalau ada 2 sesi yang jaraknya agak jauh, penatlah juga kami berpeleseran tanpa hala. Banyak waktu, Rayyan Ariff saya tidurkan di sofa lobi hospital sambil mata saya melilau melihat orang yang lalu lalang.. Hendak ke rumah saudara mara ataupun kawan-kawan, bagaikan tidak enak. Takkanlah setiap minggu mahu tercongok di rumah orang walau ada sahaja yang mengundang..
.
Lantas saya dan hubby berkira-kira untuk mencari rumah di kawasan sana. Di dalam perkiraan kami, mahu Rayyan Ariff bersekolah di tempat yang sama dengan Alisya. Bila tahu Nabila juga sudah di sana, makin bersemangat rasanya. Namun tidak pasti bila impian ini akan terlaksana kerna dalam keadaan saya yang berbadan dua dan En.Hubby yang masih berdengkot jalannya, susah pula kalau mahu memikirkan urusan pindah randah ini..
.
Semuanya berkisar pada Rayyan Ariff. Sekolah dia. Hospital dia. Tempat penjagaan dia. Semuanya tentang dia. Sekali lagi saya memandang wajah tidurnya yang tenang.. Di usia 3 tahun, dunia meletakkan piawaian bahawa dia sepatutnya sudah mampu berjalan dan bercakap. Namun dia masih tidak bisa. Lalu tergolonglah dia di dalam kategori anak istimewa ataupun orang kurang upaya..
.
Makanya, semua perkara harus berkisar tentang dia.. Teringat saya pada sebuah cerita tentang anak istimewa berkerusi roda yang dipaparkan minggu lalu. Pada satu saat, si abang melepaskan amarah pada si adiknya bahawa semua kesusahan keluarga mereka adalah kerana dia.
.
Jumlah yang besar daripada sumber kewangan harus diperuntukkan untuk si adik. Semua perkara harus di dahulukan tentang si adik. Apabila si adik mengadu sakit kepala walau cuma sedikit, masing2 sudah mula kelam kabut untuk membawa adik ke hospital Mereka juga tidak dapat menikmati percutian keluarga yang sebenar juga kerana si adik. Paling menyentuh rasa, apabila si abang berkata, "I wish you were never born!"
.
Tapi itu di saat marah abangnya. Pada satu saat di mana ada yang menyebut tentang kekurangan si adik, si abang bersuara dan mempertahankan, "You shouldn't said things like that. You will never know the feeling of having a family member that survived. A family member that can live after going through such trauma!"
.
Semoga Abang Rayyan Ariff dan Puteri RA juga akan sering mendokong satu sama lain di kemudian hari.. Semoga adik akan memahami mengapa keperluan abang perlu sentiasa diperhatikan.. Semoga..
.
Putera hati kami.. :-)

6 comments:

Rizziela said...

Wah..bakal dapat puteri...syoknya..tahniah y er jie

Kak Aya said...

kita selalu nampak kekurangan...sebenarnya banyak kelebihan di sebaliknya...

sedih baca entry ni....

salam kenal dr kak aya.

Mamanurin said...

syahdunyatgk rayyan tidur, sangat mulus..ohhh jiey rasa pilu jgk dgn citer ttg seorang kasih seorang abag yg amarahnya melanda, ttg marahnya bila adik yg kekurangan dicaci..rasa nak peluk sgt

Noina said...

pernah satu ketika dulu, ina terfikir untuk tidak memberikan adik pada Nabila. Kerana kata-kata si abang itulah. Ina takut mereka adik beradik tidak dapat menerima kehadiran Nabila.

Namun, bila difikirkan semula, mengapa perlu negatif sedangkan ina belum pun melaluinya. bertul tak jiey?

Jiey, mmg susah bila nak berulang alik KL Subang. Tapi bila melihatkan dia buat macam2 kat sekolah, rasa penat tu hilang. Dan ganti rasa bahagia sangat-sangat. rasa pengorbanan itu berbaloi...:)

aziekz said...

sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL...semoga anda tabah..tahniah,,akan dapat baby lagi..

Tika said...

mudahnya Rayyan tidur ek.. good boy betul! hehe

panel hospital ek tu jiey?

Apa nama cerita tu jiey? tajuknya?? Cerita Melayu ke inggeris? Awal tahun haritu saya ada tertengok cerita tentang budak autisme.. memang khusyuk jadinya hehe

Hmm.. anak2 saya pun selalu gak kami berkomunikasi tentang ini. Adakala lahir juga perasaan cemburu pada mereka. Tambah si Aimy yang kecil, selain dia istimewa...dah pastilah yg kecil yg meruntun perhatian kerana banyak perlu dibantu hehe.

Suami dan anak sulung saya, ada juga menyatakan mereka nak anak/adik lagi.. nak boy pula sementelah semua girls kan.. Tapi tu laa.. kerisauan tahap tertinggi bila mengingatkan keperluan tumpuan pada Aimy dan kakak2nya. Skrng nipun dah asyik kelam kabut.. apatah lagi kalau ada baby lagi.. huhu .. Tapi kalian muda lagi.. jangan takut, jangan putus asa... Teruskan usaha, teruskan niat dan hajat murni itu.. insyaAllah Allah memberkati kalian...

Jom la skol dengan nabila, leh jumpa Aimy juga ;)