Wednesday, July 13, 2011

Tentang maid dan babysitter~

Banyak yang berlaku tentang pembantu rumah saya namun di atas dasar menganggap dia sebagai ahli keluarga, saya hanya berkongsi dengan sesetengah teman sahaja. Namun kali ini, hati terbuka untuk bercerita tentang pembantu rumah aka bibik setelah membaca coretan Mummy Nadime Alanna.
.
Tidak pernah saya bayangkan bahawa saya akan mengambil orang asing untuk tinggal bersama keluarga saya, apatah lagi menjaga anak yang masih bayi. Sewaktu saya masih mengandungkan Rayyan Ariff, kami telah berbincang dan mengkaji pilihan yang ada, lantas bersetuju untuk menghantar anak yang bakal lahir nanti ke rumah pengasuh yang juga merupakan jiran sebelah rumah kami.
.
Namun tuhan mempunyai perancangan yang berlainan untuk kami. Dengan keadaan Rayyan Ariff, kami terpaksa membuat rombakan ke atas keputusan yang telah diambil sebelum ini. Setelah dibenarkan keluar daripada NICU pada usia 45 hari, saya menyambung cuti dan memilih untuk menjaga Rayyan Ariff sendiri. Mencapai usianya 3 bulan, ibu saya pula dating dari kampung untuk mengambilalih tugas menjaga Rayyan Ariff sehinggalah ke usianya mencapai 4 bulan.
.
Untuk tempoh waktu itu, ibu saya hanya menjaga Rayyan Ariff pada waktu siang sahaja kerana setibanya saya di rumah, Rayyan Ariff akan berada bersama saya sepenuhnya. Saya cukup takut ibu saya tidak mendapat rehat yang secukupnya lantas saya memang tidak membenarkan dia ‘memegang’ Rayyan Ariff pada waktu malam.
.
Memasuki bulan Ramadhan, ibu saya punya kesukaran untuk terus menjaga Rayyan Ariff kerana memikirkan ayah di kampung yang pastinya susah untuk bersahur sendiri. Setelah berbincang, kami sepakat untuk membenarkan Rayyan Ariff dibawa pulang ke kampung agar ibu saya boleh terus menjaga Rayyan Ariff sepanjang bulan Ramadhan tersebut. Sungguh saya tidak percaya pada orang lain melainkan ibu saya yang sudah ‘terbiasa’ dengan Rayyan Ariff.
.
Saat itu, setiap minggu saya dan suami akan pulang ke kampung untuk menjenguk ‘jiwa’ kami di sana.
.
Setelah Aidil Fitri berlalu, kami membawa Rayyan Ariff pulang dan di atas permintaan ibu mertua, Rayyan Ariff kami titipkan di bawah jagaan beliau sementara kami ke tempat kerja. Berulang aliklah kami setiap hari dari rumah mertua di Rawang.
.
Genap 2 minggu di sana, ibu saya dating lagi ke rumah kami untuk menjaga Rayyan Ariff. Waktu itu, Rayyan Ariff sudah berusia 7 bulan. Setelah sebulan lebih di bawah jagaan ibu saya. Adik perempuan saya yang sedang bercuti sekolah pula datang bertugas untuk menjaga Rayyan Ariff selama sebulan. Menjelang usianya 9 bulan, kami mulai yakin untuk menghantar Rayyan Ariff ke rumah pengasuh.
.
Pengasuh yang sebelum ini yang sudah bersetuju untuk menjaga Rayyan Ariff sewaktu saya bertanya di saat usia kehamilan mencecah 5 bulan tidak dapat menjaga Rayyan Ariff kerana waktu itu, dia sudah punya 2 anak kecil dan bayi di bawah jagaannya. Lantas kami memulakan pencarian sekali lagi.
.
Pada mulanya, kami mendapat maklumat tentang seorang wanita yang sudah punya dua anak. Anak-anaknya sudah besar dan kerana bosan, dia teringin untuk menjaga bayi. Kerana kebosanan, anak India di depan rumahnya pun sanggup dijaga sekiranya diberi peluang. Kami kenal wanita ini. Atas dasar ‘kenal’, saya menghubungi wanita ini untuk bertanya sama ada dia sudi menjaga Rayyan Ariff atau pun tidak.
.
Pada mulanya, riaknya biasa sahaja. Sudi tanpa bersyarat. Namun setelah mengetahui Rayyan Ariff adalah anak istimewa, mulalah nadanya lari.. 2 atau 3 hari kemudiannya, dia mula bertanya tentang keadaaan Rayyan Ariff. Apa penjagaan istimewa yang dia perlu? Apa perhatian khusus yang dia perlu? Saya jawab tidak ada. Kerna menjaga Rayyan Ariff sama sahaja dengan menjaga anak-anak lain. Malahan, anak ini tidak pernah demam hinggalah dia menjejak ke usia 9 bulan!
.
Syarat daripada wanita itu mula bertambah. Katanya, harga tidak kurang daripada RM300 sebulan dan kami tidak boleh lewat mengambil Rayyan Ariff sekiranya tidak mahu dikenakan caj tambahan. Toiletteries juga perlu disediakan dan tidak boleh menggunakan barangan selain daripada jenama Johnson n Johnson. Dan beberapa perkara lagi.. Namun yang pasti, setiap kali pengakhiran SMSnya, pasti akan ada satu ayat berbunyi, “Saya hanya menolong kamu, taka de niat lain. Kalau kamu jumpa ada orang lain yang  mahu menjaga anak kamu, pergilah kepada orang itu.”
.
Itulah ayatnya yang sering diulang-ulang. Pada saya, jelas sekali dia tidak mahu menjaga Rayyan Ariff bukan? Hati saya sedikit tercalar. Namun saya redha. Kalau orang tidak sudi, mengapa perlu diharapkan lagi.
.
Setelah itu, kami meletakkan Rayyan Ariff di rumah seorang makcik di taman berdekatan. Senyumannya bagai dipaksa setiap kali kami menghantar Rayyan Ariff. Setiap kali kami menjemput Rayyan Ariff bukan dia yang memberikan Rayyan Ariff kepada kami. Begitu juga setiap kali kami menghantar Rayyan Ariff, bukan dia yang menyambut anak kami. Sama ada suaminya atau pun anaknya. Dia sentiasa tidak ada, atau sibuk di dapur dan juga di bilik air.
.
Beberapa perkara lagi yang tidak perlu saya kongsikan di sini mendorong kami untuk tidak menghantar Rayyan Ariff ke sana. Agak kurang ajar kerana kami tidak memaklumkan kepadanya tentang keputusan kami. Terus membawa Rayyan Ariff pergi begitu sahaja tanpa sepatah kata. Mungkin kerana hati sedikit terguris. Walaupun hanya 2 minggu Rayyan Ariff di sana dan banyak waktu bukanlah seharian, saya tetap memberikan RM200 sebagai bayaran di atas perkhidmatannya.
.
Saat itu, kami sudah punya bibik. Di awal kehadiran bibik, segalanya cemerlang. Dari tugas menjaga Rayyan sehinggalah ke acara mengemas rumah. Baju kerja sudah siap bergosok untuk tempoh berbulan.. Hati siapa yang tidak senangkan?
.
Kini, sudah bertahun pembantu yang sama bersama kami. Ada pasang, ada surutnya. Jangan diminta dia memasak untuk kami kerna lauknya hanyalah ayam goreng dan kacang buncis goreng sahaja. Bekalan baju ke pejabat, hanya digosok apabila perlu. Setelah saya meminta dia menggosok banyak baju sekaligus agar senang saya membuat pilihan, barulah dia buat. Itu pun ada juga waktu yang mana dia tidak mengikut arahan saya.
.
Setiap bulan, dia akan bercuti selama dua hari untuk ke rumah suaminya yang dikahwini hujung tahun yang lalu tanpa pengetahuan kami. Katanya ke rumah kakak angkatnya dan hanya beberapa ketika yang lalu barulah dia mengaku. Itu belum di kira lagi dengan mahu naik gaji, mahu pulang ke Indonesia setiap tahun, sibuk menonton sinetron dan berbual di luar rumah bersama security guard. Belum lagi diceritakan perihal dia yang konon-kononnya hamil pada saat yang sama dengan kehamilan saya kali ini. Macam-macam hal kalau mahu diperincikan.
.
Namun sesuatu yang membuatkan saya terus mengambil dia bekerja adalah  kerana kasihnya pada Rayyan Ariff. Dengan dia, Rayyan Ariff besar kepala. Dipukul dan dicubitnya bibik sesuka hati kerana wanita itu tidak pernah marah padanya. Setiap kali Rayyan Ariff jatuh sakit, dialah yang akan turut menangis bersama saya. Adakalanya, lebih emosi daripada saya!
.
Pada saya, biarlah kami yang menahan rasa selagi Rayyan Ariff dapat menumpang kasih sayang daripada orang asing sementara saya tiada di rumah. Tidak dapat saya nafikan, waktu paling gembira untuk dikenang adalah di saat saya bercuti tanpa gaji dan hanya ada saya, hubby dan Rayyan Ariff di rumah. Tenang dan membahagiakan. Namun apalah saya..
.
Hanya padaNya saya memohon agar Rayyan Ariff terus di dalam lingkungan rahmatNya tidak kira siapa yang menjadi penjaganya, di rumah atau di sekolah.. Aminnn

Di awal kedatangan bibik..
.
 Dia membesar di tangan bibik..
.
Lihat pandangan kasih itu.. :-)

13 comments:

Jiji said...

benda-benda gini yg patut seorang ibu utk "naik" gaji kan.. its not easy to deal with our emotion kan... nak tinggal salah.. tak tinggal salah... semua pecaturan... hanya doa saja yg mampu dibekalkan (dan roti lebih bila anak mogok takmo mkn nasi)heheh

Mrs. Simplicity said...

bibik is always will be a bibik. ewah, mcm aku ada bibik. tp aku suka bila ko tak panggil bibik ko dengan nama 'bibik'. kan??

MAMAFAWWAZ said...

harap bersabar yer jie...Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk rayyan....

Bicara hati ibu aisya said...

Setiap percaturan ada hikmah disebaliknya.Kita hanya merancang namun yang menentukannya adalah Yang Maha Kuasa.Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.Jiey dah melakukan yang terbaik buat rayyan ;)

Adinina said...

setuju with your decision..yg penting ialah dia sayang rayyan..mmg selama sy ikut blog ni saya nampak dari gambar2 atau cerita2 jiey esp. bile rayyan sakit, yg bibik tu sgt sayangkannya..hal2 yg lain tu terpaksa la tolerate kan..(*tapi kalau dpt yg sayang rayyan & x buat hal, lagi OK kan?*)..hakikatnya mmg susah nak cari bibik yg fit all our criterias..

attyfir said...

sapa pun org itu ..yg penting dia dpt menyayanyi rayyan seikhlas hatinya..

kty doakan yg terbaik buat jiey & family.amin

aliza said...

bibik... mula2 panggil nama.. tp dia naik 'lemak' pas tu panggil bibik pun sama gam.. dah 4 kali tukar bibik..

AIN NAZRI said...

betol cakap akka.. demia nak makan hati pon xpe.. as long as dia sayangkan rayyan dan sudi jaga rayyan dgn kasih sayang, kita dah syukur sgt2... jgn laa ada kes di mana..kita kuar keje, anak kat rumah di pijak2 bibik.. lagi sakit jiwa di buatnya..

*ain pon masih mencari dan keliru tuk dapatkan pengasuh baby dalam perot ni lepas dia lahir..

Lynn Abd Latib said...

jiey

ttp beruntung kerana ada seorg bibik yg penyayang..

lyn masih mencari jugak bibik..x tahu mana hala lagik

Anonymous said...

Think think think ! Be in her situation.Married,pregnant maybe?Surely her perspectives changes, naluri seorang ibu wanting better life for her child.So the demands will surely excalates with pressure from her other half.Taking into considerations her contributions before, why not have a heart to heart,woman to woman talk ?If the demands are too much, then its time to look for other options!Regards!

Jiey^Mien said...

Dear Anon,

Thanks for the reminder and Alhamdulillah, so far, I've never forgotten on the thinking part..

We always knew she has a boyfriend and keep on advising her to go a proper route i.e. get legally divorce from the first marriage in Indon and be legally re-married with the new husband.

But she chose to kahwin sindiket with no paper, nothing.. We only came to knw about it a few months after that..

And when she knew her period was due, she took lots of jamu and ate lots of inappropriate food because she was worried that if she's pregnant, she cannot work and cannot send money to her teenage children from her previous marriage.

Who's not doing the thinking part here? If something happens to her, we would definitely be liable since she's living under our roof.. :-)

And yes, when she thought she's pregnant, her work was effected as she claims that she cant carry heavy things, let alone Rayyan Ariff..

During that 2 months mens-due-period, I asked her to do 3 times UPT and brought her to a gynea twice.. Just imagine, me being in early stage of pregnancy with all the morning sickness and hubby being sick, need to deal with such situation.. But since we treat her as a family member, a must is a must..

It turns out to be pre-menopause syndrome. You can roughly imagine her age if she's having this syndrome right? But who are we to give comment at what age a human need to stop conceive kan?

Yes, me and the maid have options. I can opt for another maid and pray that she'll turn out to be as loving as the one. She can also opt for another employer who can give her a descent pay, balik kg paid trip every year, yearly bonus etc like what we gave, but she chose to stay with us.. And we chose to still have her around.. So tolerate la kat situ kan?

Cheers!

Intan and The Boys said...

nak buat macam mana kan jiey. kes jiey lebih kurang sama ngan kita pasal pengasuh ni. takpe. nanti kita share lain ok.

kita pon setuju ngan jiey. yang penting dia dahulukan anak kita.

Tika said...

Hmmm kita alami masalah lebih kurang sama.. cumanya, saya sampai ke sudah tak jumpa babysitter.. terpaksa bergantung dgn nursery. Bila ambil maid pula.. masalah lain pula timbul. Tapi tu laa.. dia tak seperti maid Jiey, masih setia NAK BEKERJA... Kami ni maid yg tak setia. Kami terima dia seadanya, sanggup pendam duka demi Aimy.. tapi sudahnya, dia balik bercuti dan terus tak balik-balik. Tiada nak ucap selamat tinggal ke, halalkan makan minum ke.. semuanya terus lenyap. Tapi Allah tu Maha Mengetahui.. setelah dia pergi, barulah kami tahu belangnya. Memang dia baik, rajin dan kerjanya bagus dan cekap.. Dia sayang Aimy, sangat sayang.. tapi dalam sayang, dia lebih utamakan nak berborak dan mengunjung kawan sampai alpa dan terlupa mengira kebajikan Aimy.

Apa pun, hikmahNYA cukup besar.. baguslah dia balik.. insyaAllah ketentuan Allah pada apa yg berlaku dan rezeki Aimy sekarang, insyaAllah yang terbaik buat Aimy.

Jadi saya amat bersetuju jawapan jiey kepada Anonymous tersebut. KEBENARAN, KENYATAAN, dan itulah HAKIKATNYA..!

So jiey... tawakal saja pada Allah setelah usaha dan doa kita panjatkan.. insyaAllah Allah sentiasa melindungi si istimewa..
Yang terbaik pasti miliknya.. aminnn