Melalui Rayyan Ariff saya banyak belajar dan bersifat lebih mengambil tahu..
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor kanak-kanak ataupun pediatrician tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor mata ataupun ophthalmologist tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor bedah neuro ataupun neurosurgeon tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor telinga ataupun ENT tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor neuro ataupun neurologist tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang audiologist tidak rasmi..
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang physiotherapist tidak rasmi..
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang occupational therapist tidak rasmi..
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang speech therapist tidak rasmi..
Paling besar, bersama Rayyan Ariffm saya belajar menjadi seorang yang lebih sabar dan mencintai setulus jiwa..
.
Saya hanyalah seorang graduan bidang kewangan yang mengkhusus di dalam bidang analisa pelaburan dan seterusnya berkhidmat di sebuah badan berkanun yang mana saya lebih didedahkan dengan undang-undang dan penguatkuasaan tentang sesebuah pasaran ekonomi..
.
Segala terma perubatan yang ada di dalam minda saya kini merupakan perkataan asing yang tidak pernah saya ambil peduli. Namun untuk Rayyan Ariff, saya terpaksa ambil tahu. Untuk Rayyan Ariff, lidah saya mula lembut apabila menyebut pelbagai terma berbelit-belit itu.. Namun ilmu saya masih cetek. Teramat cetek..
.
Umum maklum, diawal kehadirannya, kami dimaklumkan bahawa Rayyan Ariff punya kemungkinan yang tinggi untuk tidak dapat melihat dan mendengar setelah gagal di dalam ujian saringan yang dilakukan oleh para doktor sewaktu dia di NICU dahulu..
.
Saat itu, setiap kali saya menyusukannya dan dia merenung jauh ke wajah saya, hati ini ibarat ditusuk sembilu penuh bisa.. Saya tidak tahu apa imej yang terhasil di penglihatannya.. Nampakkah dia wajah ibunya? Nampakkah dia raut wajah insan yang melahirkan dia? Atau sekadar renungan kosong yang tidak punya apa-apa erti?
.
Tempoh waktu yang sangat menyakitkan untuk dikenang..
.
Waktu berlalu dan pengesahan sudah pun dibuat oleh doktor pakar bahawa penglihatan Rayyan Ariff adalah baik. Namun melihatkan matanya yang semakin ketara julingnya, pasti wujud pelbagai persoalan di kotak fikiran.. Tambahan pula, untuk seorang anak kecil dengan keadaan yang istimewa, tiada ujian yang dapat memberikan jawapan yang bersifat definitif.
.
Lantas saya berbincang dengan neurologist Rayyan Ariff untuk melakukan ujian tidak rasmi ke atas Rayyan Ariff sementara menantikan pertemuannya dengan pakar matanya pada bulan Januari tahun hadapan.
.
Yang pertamanya, untuk menentukan sama ada dia nampak ataupun tidak. Apa yang saya lakukan ialah dengan mengoyakkan kertas tisu putih sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. Seterusnya, cebisan kertas tisu ini saya letakkan di atas kertas berwarna putih. Hasilnya, dia dapat mengambil setiap satunya cebisan kecil itu.. Alhamdulillah..
.
Yang kedua, untuk melihat sama ada dia mempunyai penglihatan berganda / bertindih dek kerana matanya yang juling.ataupun tidak. Apa yang saya lakukan ialah meletakkan kismis di atas piringnya untuk Rayyan Ariff makan sendiri. Dan saya bersama ayahnya menjadi pemerhati sama ada tangannya tepat mengambil kismis tersebut ataupun sedikit tersasar kerana koordinasi tangan dan mata yang tidak baik disebabkan juling yang mengakibatkan double vision.
.
Hasilnya? Mula-mula, sebiji kismis yang diletakkan di piring 'selamat' diambil dan dimasukkan ke mulut dengan jayanya. Seterusnya, dua biji kismis yang diletakkan berdekatan di antara satu sama lain, masih berjaya diambil dan dimasukkan ke mulut dengan kemas. Seterusnya, hasil yang sama tetap ditunjukkan walaupun pelbagai cara saya menyusun kismis tersebut.
.
Terakhirnya, saya meletakkan dua biji kismis yang dijarakkan, dan apa yang dilakukan oleh Rayyan Ariff adalah mengambil kedua-dua kismis tersebut secara serentak dengan kedua-dua tangan kiri dan kanannya sebelum dimasukkan ke dalam mulut!
.
Saya dan ayahnya ketawa mengekek melihat aksinya. Melihat kepada gerak dan perilaku Rayyan Ariff, mungkin dia tidak punya penglihatan bertindih.. InsyaAllah...
.
Hero hati kami pagi ini yang sibuk menelaah majalah keretanya.. Tak habis-habis ngan kete.. :-)
10 comments:
pengorbanan untuk seorang anak.kena jadi doktor tak rasmi dalam hidup.ok le tuh.at least,dapat ilmu baru =)
sangat chomell......rayyan..mamafawwaz adore you
seorg ibu mmg jd doktor tak rasmi utk anak2. tapi dlm kes Jiey ni, extra sbb Jiey meme keno tahu banyok perkaro.
good job abe Ian *bravo*
Jiey...ayu pinjam kaedah jiey ni untuk aisya yer.Mata nya pun kerap nampak juling kebelakangan nih.
Tomeinya abg ian pakai baju melayu biru tuh.Nampak matured.Hihihik
kiutnya tatap muka Ian pepagi nie.. suka suka.. semoga Ian sihat selalu
samaler kita..graduan finance- tp lynn specialist utk audit..
kerana anak..semuanya kita boleh jadi..malah kdg2 kita menjadi joker tgh2 malam semata2 nak menidokan dia..
terharu tgk pic rayyan tgh menyusu tu, tapi tumpang rasa happy & syukur bila baca ttg his good eyesight & geram giler tgk pic encem boy berbaju melayu biru tu. hugs & kisses utk tuan kecik yg encem tu yer :-)
encemnya pakai baju melayu....
siap dengan kaki nengok keter tu.. ehehehe teringat abang najmi dulu camni juga, kalau naik keter, becok mulut dia nyebut... loweeeyy loweeyyy (lori)
Ian terer la! auntie bangga!!!
:)
tak sabar nak tunggu adik Ian lahir. mesti Ian sayang sangat2 kat adik dia nanti.
Post a Comment