Thursday, July 21, 2011

Anak saya yang istimewa dan sisi gelap seorang ibu~

Sebenarnya, saya mahu bercerita tentang sesi terapi Rayyan Ariff pada hari Sabtu yang lalu, namun mood agak 'lari' kerana video yang saya cuba upload tidak berjaya sampai ke sudah.. *sigh*
.
Rayyan Ariff, dia berada di dalam liganya yang tersendiri.. Istimewa dengan caranya yang tersendiri. Apa lagi yang boleh saya katakan untuk sebuah kelahiran yang penuh keajaiban tersendiri. Melalui pengalaman di alam rahim, proses kelahiran dan proses pembesaran dengan kisahnya yang tersendiri. Memang banyak sendirilah! :P
.
Untuk satu saat yang mana kami dimaklumkan bahawa anak kami tidak akan panjang umurnya atau mungkin hanya hidup dengan cara sebatang 'sayur', segala yang kami ada hari ini adalah bonus. Sesuatu yang tidak sepatutnya kami dapat namun menjadi milik kami. Itulah cara kami melihat Rayyan Ariff.
.
Namun lumrahnya manusia, pasti ada sahaja sifat, "Alangkah bagusnya jika dia begitu.. Alangkah baiknya jika dia begini.." Dan lebih banyak lagi "kalau" dalam kehidupan..
.
Untuk sesi fisioterapi bersama Auntie Sarjit, Rayyan Ariff masih seorang anak kecil yang lebih banyak 'bermain' daripada melakukan terapi.
.
"When he crawls, he does this thing of lifting up his legs.. I dont know what it is, but it looks funny.. I cant stop laughing everytime seeing him did that.." Seperti biasanya, saya mengambil kesempatan bercerita dengan Sarjit.
.
"You mean like this?" Tanya Sarjit kembali sambil menunjukkan aksi yang sering dilakukan Rayyan Ariff.
"Yup.." Saya menjawab pendek.
"Owh, this is what we call "The Bear". It's OK, The Bear is good.. It shows that he's moving to another stage of trying to stand up from crawling position.. We want The Bear.. It's a progress." Terang Sarjit panjang lebar sambil tersenyum girang..
.
Bear crawls position.. Pict: Google image
Untuk sesi terapi pertuturan pula, seperti selalunya Rayyan Ariff, 'anginnya' berubah setelah dikenakan hearing aid. Dan sungguh, saya sendiri tidak selesa melihat senario itu kerana bagaikan ada yang tidak kena dengan alat itu. Mungkin saya perlu membawanya untuk di servis sekali lagi.. Atau mungkin juga ear mould perlu ditukar lagi..
.
"You see, his cognitive skills is in accordance to his actual age. The fact that he's delay, is not in all area.. The only shortage here is his communication ability.. I think his speech is greatly effected by his hearing. Most probably, if he wears his hearing aid all day long and manage to have a good hearing, he would have develop so much vocab already by now.. He has certain abilities just like any other 3 years old child.." 
.
A recognition and a criticism at the same time. :-)
.
Di sinilah zahirnya sisi gelap saya sebagai seorang ibu. Ramai yang mengatakan saya seorang yang kuat dalam menyaksikan kesakitan seorang anak. Namun tidak selalunya saya menang. Banyak waktu, emosi saya menguasai akal dan saya tewas dengan tangisan seorang anak.
.
Saya benci dengan hakikat saya terpaksa mendengar tangisan Rayyan Ariff setiap kali mengenakan hearing aids padanya. Pada saya, ianya bukan sekadar penolakan yagn biasa. Mungkin ada kesakitan yang tidak kita ketahui. Mungkin ada kebingitan yang tidak kita maklum.
.
Kerana kecewa dengan senario ini, saya sendiri yang menghentikan temujanji Rayyan Ariff dengan audiologistnya.. Mereka 'memandang' saya sebagai tidak bersungguh dan tewas dengan tangisan Rayyan Ariff, sedangkan pada firasat saya, ada sesuatu yang mengganggu anak kecil itu setiap kali alat itu diletakkan.
.
Sumpah, sekali mereka mahu melihat perkembangan pada pertuturan Rayyan Ariff, seribu kali, malah sejuta kali saya sebagai ibunya mahu menyaksikan detik itu! Namun ada waktunya saya tewas dan saat ini, saya masih di dalam kekalahan itu. InsyaAllah, saya akan meneroka sesuatu yang lain untuk Rayyan Ariff dan kembali menyambung temujanjinya dengan audiologist..
.
Menjadi ibu kepada Rayyan Ariff, bermaksud saya perlu mengutip sisa-sisa kekalahan untuk disulam menjadi pemangkin semangat memulakan langkah yang baru. Itulah istimewanya Rayyan Ariff yang Dia kurniakan buat saya..
.
Paling terharu, bila speech therapist Rayyan Ariff mengatakan kemahiran kognitif Rayyan Ariff adalah selari dengan usianya.. Kemahiran kofnitif merupakan kebolehan seseorang untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Kemahiran kognitif termasuklah aktiviti seperti menyelesaikan masalah dan berimaginasi..
.
Besarkan rahmat tuhan buat Rayyan Ariff? Anak yang sama yang lahir hampir tanpa sel otak.. Maka saya sebagai ibunya, perlu terus meneroka jalan untuk menyinarkan lagi potensi anak ini. Semoga dipermudahkan jalan olehNya.. Aminnn..
.
Permainan terbaru Rayyan Ariff.. Yes, it's for 6 years and above.. :-)
.
Untuk permainan di atas, ia sebenarnya dapat membantu kemahiran motor Rayyan Ariff. Untuk anak-anak normal, mungkin kita hanya perlu menunjukkan cara untuk memasukkan plastik berbentuk seakan syiling itu sahaja. Namun untuk Rayyan Ariff, saya perlu menunjukkan cara memegang plastik tersebut dan seterusnya memasukkan ke dalam lubang yang kecil itu sebaiknya, termasuk seni untuk mengalihkan jarinya.. Spesifik kan?
.
Alhamdulillah, proses pengajaran ini tidaklah terlalu lama sehingga adik saya mengatakan, "Eh dah boleh buat?Takdelah delay sangat ehh.. Cepat la jugak pick up nyer.." Yes, that's my miracle boy..
.
Sama juga dengan sign language.. For example, sekali kita tunjuk sign "tidur", dia dah boleh ikut.. And it's really funny to see how he put his two small hands to his cheek in his own way, sebagai lambang "tidur"..
.
Oh, how I wish that his hearing is good so that he can develop better.. :-)
*Meh kita pakat amin sama2.. Who knows, another miracle yang Allah SWT bagi dekat Ian..* 
:-)

14 comments:

Fadzillah Kamarudin said...

aminnnnn...

Unknown said...

kagumnya dengan akak dan rayyan.. pernah terbaca kisah sorg budak yg doktor sahkan telinga dia takde lubang masa lahir.maksudnya tak boleh dengar sepanjang hayat.. bapak budak sgt positif dan sentiasa bagi galakan dan latihan pendengaran utk budak tu..

miracle nya..budak tu boleh jugak dengar sikit2..dan dengan alat bantuan dengar dgn lebih jelas lagi..

semoga akak dan rayyan akan lebih tabah..insya allah..dengan kekuatan yg akak ada..rayyan akan membesar dengan didikan dan kasih sayang yg takde tandingannya.

MAMAFAWWAZ said...

insya -Allah

Lid R said...

Salam,

Terharu baca kegigihan ibu... Memang Rayyan Ariff istimewa dan ibunya juga seorang wanita kuat yang istimewa.

Aminn.. untuk doa buat rayyan..

yatie chomeyl said...

angkat tangan dan Ameen kan doa jiey ni *ameeen*

SARIPAH BAKAR said...

salam singgah, setiap anak ada kisahnya...

KILA said...

Salam Jiey..
Semoga Allah memudahkan segala urusan Jiey dalam membesarkan Rayyan. Semoga Rayyan akan menjadi anak yang sempurna dari segala segi. Tabahlah..Kesusahan kita hari ini akan memudahkan kita hari esok..

Ada quote yang saya pernah baca tapi saya cari balik dah tak jumpa.. "Secomel mana pun semua bayi di dunia..hanya ada 1 bayi yang paling comel iaitu anak kita.."
Betulkan?

I adore you..

Tika said...

Wah baguslah Rayyan ada kogbitif yang baik. Aimy pun saya rasa sama.. Cumanya dia jarang nak bekerjasama. Kami pun ada beli toys itu lewat tahun lepas. Aimy cuma mahu masukkan 2-3 coins.. dan lepastu diterbalikkan semua bagi coins berterabur haha. Dia memang suka begitu, box atau bakul mainan pun dia buat begitu.. sebab dia nak kan bekasnya.

TAHNIAH Rayyan.. Rayyan hebat laa.. kagum auntie... Ni kalau betul caranya, leh jadi genius walau dikatakan delay atau ada masalah itu ini.. Teruskan usaha jiey & rayyan!

mamalisa said...

Salam,

First time masuk sini. Tersentuh jiwa membaca kegigihan ibu dan Rayyan utk terus hidup. Teruslah kuat ibu, teruslah berusaha demi anak tercinta. Dalam payah, sematkanlah di dada sekurang-kurangnya masih mampu memeluk tubuh kecil itu sepanjang hari sedangkan ada seorg ibu di sini yg sentiasa merindui anak istimewanya yg telah pergi ke syurga Allah buat selamanya. Bersykurlah dalam payah anda, masih byk nikmat Allah berikan dan teruslah berdoa moga Allah terus memberikan nikmat itu buat si Abang Rayyan :)

salam perkenalan dan kiss to Rayyan ...

Mamanurin said...

Alahamdulillah jiey, seronok baca entry ni. Rayyan yg cute sungguh bersemangat! Waaaaa go rayyan go rayysn go rayyan, biarkan ibu terus berbangga dgn rayyan! Insyallah Jiey, mama senantiasa mendoakan yg terbaik utk rayyan..amin amin amin

Anonymous said...

Adik teruskan mengajar rayyan sign language.... Jgn delay.. He needs the have a means to communicate and if hearing is still a work in progress with no real improvement.. Then he needs to have an alternative..

ain zuraini said...

salam..ape nama tajuk lagu pertama dlm blog jiey ni yek??

amataresu said...

special child is the most precious and remarkable gift from Him ^_^

jiji said...

rindu le pulak dengan budak mata comel tuh! Jiey ohhh jiey mari kita ber-playdate@!~