Unit kediamannya menghadap ke arah kolam renang yang kelihatan biru dan jernih dari kejauhan.. Di arah yang sama, jelas kelihatan taman permainan mini yang dilengkapi buai, papan gelongsor dan beberapa permainan lain..
.
Setiap pagi dan petang, kolam renang yang kebiruan itu tidak pernah sunyi dikunjungi anak-anak kecil dan orang-orang dewasa.. Mereka kelihatan riang dengan gelak tawa yang memenuhi ruang udara, dengan senyuman yang memenuhi wajah..
.
Di satu sudut balkoni rumahnya, dia hanya mampu memandang ke arah keriangan itu.. Mencuri pandang melalui tiang-tiang besi berwarna putih balkoni, sambil tangannya tidak lepas menggenggam besi-besi tersebut..
.
Tiada siapa yang dapat menebak apa yang ada difikirannya.. Tiada siapa yang dapat mentafsir jauh pandangannya.. Dan dia sendiri tidak mampu meluahkan rasa yang tergumpal di hati dan mindanya..
.
Mungkin, dia sedang berkira-kira untuk menyertai keriangan itu seandainya dia mampu berjalan sendiri..
Mungkin, dia sedang berkira-kira mahu turut berenang-renang seandainya dia mampu meminta agar di bawa ke sana..
Namun dia tidak mampu, dia anak OKU yang lahir penuh kekurangan..
Dia tidak bisa untuk meminta apa lagi menzahir keinginan di hati..
Kerana dia anak OKU..
Hanya berharap pada simpati mereka yang mengerti..
Terutama ibunya..
Namun banyak waktu, bukan ibunya yang menjaganya..
Bukan ibunya yang berada disampingnya saban detik..
Terabaikah dia? Mungkin..
.
Dia dan pandangannya~
.
Kamu, kasih ini terlalu tinggi untuk diucap.. Cinta ini terlalu agung untuk diungkap.. Maaf andai tidak selalunya keinginanmu dapat dipenuhi.. Maaf. Maaf kerana melepaskan dirimu di bawah jagaan orang asing..
.
Seribu kekesalan.
Sejuta kemaafan.
.
Seribu kekesalan.
Sejuta kemaafan.
8 comments:
SubhanaAllah.... Sayunya hati..
akak jgn laa cakap mcm tuh.. sedey plak ain.. takpe Ian paham situasi akak.. yang perlu terus bekerja dan menyediakan segala keperluannya.. seandainya kita di beri pilihan, pasti semua ibu ingin duduk kat umah dan membesarkan anak2 mereka dengan tangan dan asuhan sendiri tanpa melepaskan anak pada org asing.. namun tu semua hanya impian kak.. realitinya tak mcm tu.. insyaAllah Ian tetap dapat yang terbaik dari akak
bg sy, kami OKU (org kelainan upaya).. kami tidak akan sesekali membebankan org yg kami syg, terutama ibu bapa kami.. krn kami bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yg memahami kami. kami bersyukur diberi nafas oleh-Nya utk diberi ujian kpd mereka yg bergelar mukmin.. tidak lengkap iman seseorg itu melainkan dia diuji dgn dugaan dr Tuhannya.. andai 1 hari nnt ian boleh bercakap dan berfikir, sudah pasti apa yg sy fikir, dia akn fikirkan jua.. maaf kpd semua yg merasa kami ini hanya membebankan kalian.. kami tidak meminta, malah ini sudah tersurat di suratan takdir kami.. kami menerima dgn redha.. bgitu juga ian..
kak jie...sayu sgt :'( syg ian byk2....muahhhhhhh
jiey
kita ibu yg selalu rasa bersalah pd anak2 kita..apalah daya yg kita ada bila hidup dibawah kapitalis..kita ini survivor jiey..
tp mencari rezeki itu suatu ibadah jugak kan..
kak Jie, sayunye suya baca..
Ian, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menghargai kasih ibu dan ayah :)
ya allah kakjiey sayunya chinta...
jiey, sebak bace entry ni...:(
insyaAllah jiey, ian pasti fham keadaan jiey....
Post a Comment