Tuesday, July 12, 2011

Yes, I'm addicted to my son~

Honestly, sape yang tak addicted dengan anak sendiri kan? :-)
.
Semenjak kehadiran Rayyan Ariff, aktiviti sosial saya memang berkurang, termasuklah upacara berdating bersama Encik Suami tercinta (BTW, Happy befday bang!).
.
Untuk saat berjimba bersama-sama BFFs, saya biasanya akan menjemput mereka makan-makan di rumah. Kalau mahu minum di luar(which is sangat jarang!) , biasanya hanya pada hari Jumaat malam. Sebabnya, hari Sabtu dan Ahad saya ada sepenuh masa untuk bersama putera hati. Kuranglah sedikit rasa bersalah di situ.
=)
.
Sebolehnya, saya tidak mahu meninggalkan Rayyan Ariff untuk satu tempoh yang lama kerna pada saya, selain daripada jam 8am-8pm untuk bekerja, Rayyan Ariff tidak akan faham bahawa saya 'perlu' berada di tempat lain selain daripada rumah.
.
Kali pertama saya meninggalkan Rayyan Ariff untuk tempoh yang lama adalah sewaktu usianya 4 bulan. Saya menghantar Rayyan Ariff ke kampung untuk dijaga oleh emak saya kerna dia tidak dapat datang ke KL kerana waktu itu adalah bulan puasa. Setiap minggu saya akan pulang bersama suami untuk melepas rindu kepada putera hati kami itu.
.
Hari pertama saya meninggalkannya, dia menangis dengan tangisan yang cukup syahdu apabila menjelang waktu maghrib kerana itulah kebiasaan waktu untuk saya tiba di rumah. Setelah diletakkan sehelai kain batik yang punya bau badan saya barulah dia berhenti menangis. Sungguh saya menyesal dengan tindakan meninggalkan dia di sana namun saya tidak punya pilihan dan pada saya, hanya ibubapa sayalah calon terbaik untuk menjadi penjaga sementara Rayyan Ariff memandangkan dia masih terlalu kecil.
.
Rayyan Ariff belajar erti perpisahan untuk kali keduanya sewaktu saya mengambilnya pulang ke KL di saat dia sudah terlalu rapat dengan atuknya. Tangisan anak kecil itu mengiringi perjalanan pulang kami. Saat itu, kami di Rawang buat seketika kerana ibubapa mertua saya mengambil alih tugas menjaga Rayyan Ariff untuk seketika. Saat yang sukar kerana sepanjang malam, Rayyan Ariff akan menangis dan berjaga.. Dia hanya diam di saat kami memperdengarkan rakaman suara Atuk KBnya sahaja. Rapat benar hubungan atuk dan cucu.
.
Seminggu lebih berlalu, barulah Rayyan Ariff kembali OK dan kembali menjadi seorang bayi yang sangat senang di jaga.
.
Seterusnya, saya meninggalkan Rayyan Ariff untuk 1 malam sebelum memulakan cuti tanpa gaji yang mana saya pulang ke kampung untuk sehari semalam sahaja. Tiada ragam dari anak kecil itu kerana jadualnya juga dipenuhi dengan terapi pada hari Sabtu..
.
Seterusnya, sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan teman baik saya di kampung. Teman sama-sama menangis dan teman sama-sama ketawa. Teman yang setia di sisi dari dahulu hingga kini. Kenapa Rayyan Ariff tidak ikut bersama? Kerna dia baru sahaja sembuh daripada episod kesakitan yang panjang lantas saya pulang berseorangan.. :-)
.
Hari pertama, dia baik-baik sahaja.. Namun masuk petang hari kedua, dia mula mengetuk-ngetuk pintu bilik saya meminta saya membuka pintu sambil menyebut Mama. Rindu. Saya tahu itu rindu.
.
Manalah bisa saya berpisah lama dengan permata jiwa yang satu ini setelah setiap indikasi kerinduan yang dia berikan kepada saya di setiap waktu kami berpisah. Kerna itu, saya kegusaran sewaktu dimaklumkan bahawa saya terpaksa ke Perak di atas urusan kerja selama 5 hari pada hujung bulan nanti..
.
Walaupun bilik hotel yang disediakan adalah tersangat selesa dengan dua katil Queen, bibik menunjukkan reaksi kurang senang kerana tidak mahu tidur sebilik dengan Mr. Hubby pada waktu malam. Lagi pula, apabila saya perlu bertugas, takkanlah saya mahu meninggalkan mereka berdua di dalam sebuah bilik. Usah kata bibik, En. Hubby pun tak ingin! Mahu mengambil sebuah lagi bilik, kos akan meningkat.. Ditambah pula dengan bilangan hari di sana. Lagipun, lemak la bibik sebuah bilik mewah untuk dirinya sahaja.. :P
.
Setelah berbincang, kami berkira-kira untuk  menyewa sebuah rumah ataupun homestay yang mana budget yang harus dikeluarkan untuk penginapan adalah RM700++. Masih lagi tinggi namun sekurang-kurangnyanya kami akan mendapat sebuah rumah.. :-)
.
Namun setelah perbincangan lebih lanjut dilakukan, En. Hubby bersetuju bahawa dia sahaja yang akan menjaga Rayyan Ariff yang mana hanya kami bertiga yang akan ke sana. Lagipun, saya hanya bertugas untuk 3 hari sahaja. Oh, lega apabila memikirkan saya tidak perlu berjauhan dengan cinta hati saya.. :-)
.


.
So, bolehlah Mama bekerja dengan tenang dan Ayah & Anak pula, bercuti-cuti Malaysia.. :-)
Bibik? Tunggu Atuk dan Nenek daripada KB.. Diorang nak datang umah sebab ada kenduri kat sini hari Ahad nanti.. :-)
Kesian jugak bibik tak dapat berjimba dengan suami dia kat Shah Alam eventho cuti.. Takpe la.. Sesekali.. :-)

11 comments:

AIN NAZRI said...

happy besday jugak tuk Encik Tuan Besar...

ooo Abg Ian nak g bercuti ye hujung bulan nie.,. seronoknya.. semoga Ian enjoy sambil mummy dia keje..

Marsha~ said...

sesekali tinggal bibik pun bagus jugak... bermesra lah kamu bertiga sepuasnye.. esok2 nanti dah berempat.. heheh

Mrs. Simplicity said...

perak katne? meh dok umah mak aku. f.o.c! :D

baya said...

Jiey, I pun addicted to my son, although ramai yang kata anak i mcm ni, anak i mcm tu.. so? anak I kan hehehehe hug and kisses to my handsome rayyan darling ;)

Lynn Abd Latib said...

JIEY

lyn pun kalo o/s ..kalo boleh nak angkut anak2 sekali..mmg x leh nak tggl lama..anak kecik tuh masih menenen..

transformed housewife said...

knur tak pernah lg kena tinggalkan anak2 (maksudnya bermlm di tempat lain). rasanya kalau terpaksa tinggalkan diaorg pun mesti rindu kat diaorg mace Jiey jugok.

Syafinaz said...

Salam jiey,
Ni yg dikatakan situasi kos lepas ni.Hehehe!

Berjauhan dgn cinta hati mmg suatu yg amat perit.

Apapun,selamat bercuti : )

Tika said...

samalah kita.. sebagai ibu, kuat perasaan bersalah nak meninggalkan anak walau untuk beberapa jam cuma. Nak berseronok tanpa anak pun tak sampai hati, rasa bersalah meninggalkan... Tapi kadang terpaksa keraskan hati. Tapi bila balik tengok mukanya, tetap rasa bersalah huhu...

mama akid said...

alhamdulillah..settle masalah...

=)

* HeeBum and HaeBi * said...

macam pernah tgk je hotel ni.. hehe.. Lumut ye..
Welcome to Perak akak :)

Bicara hati ibu aisya said...

Ehmm..akhirnya ada penyelesaian terbaik.Kan lebih seronok pergi bertiga.Hihihi..
Ayu pun setiapkali terpaksa keluar daerah hati pasti tak keruan.Masuk je petang hari pertama berjauhan mulalah hati sarat kerinduan.Dapat dengar suara, airmata mulalah tak tertahan.Hahaha..'cembeng' sungguh ibu nih kan?