Tuesday, May 5, 2009

Hari ulang tahun perkahwinan kami..

Sewaktu hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dahulu, tiada apa yang istimewa yang mampu kami lakukan. Banyak rancangan yang kami fikirkan pada awalnya, tapi satu pun tidak terlaksana kerana hubby dimasukkan ke wad akibat acute bronchitis. Berkampunglah kami di sana. Dan saya pada waktu itu, sedang sarat mengandungkan Rayyan.
.
7 bulan usia kandungan. Saat itu, kami sudah dimaklumkan terdapatnya kemungkinan saya perlu menjalankan pembedahan segera sekiranya keadaan bayi bisa membahayakan diri si ibu. Sepanjang hubby di wad, saya menumpang tidur di rumah teman-teman baik saya. Itulah akibat apabila takut memandu. Terpaksa menyusahkan orang lain.
.
Ibubapa mertua saya menawarkan saya untuk tinggal bersama-sama mereka. Tapi saya menolak. Tidak mahu menyusahkan mereka untuk berulang-alik dari Rawang ke KL setiap hari. Mereka pula tidak bisa meninggalkan rumah di Rawang kerana sesuatu hal.
.
Kebetulan, abah dan abang saya berkursus. Jadi mereka tidak dapat menemani. Adik lelaki saya pula sedang berhempas-pulas menghadapi peperiksaan akhir semester. Mujurlah ada teman-teman yang sudi membantu. Saya memilih utk tinggal sementara bersama mereka kerana jarak rumah mereka yang berdekatan dengan LRT.
.
Selama hampir seminggu hubby di hospital, setiap hari saya akan ke hospital untuk menemaninya. Ada juga hari yang saya tidak bisa bercuti. Jadi saya akan bergegas ke Pusrawi dari pejabat. Sangat perit kalau dikenangkan waktu itu. Dengan kandungan yang semakin membesar, emosi yang tidak stabil, perasaaan 'keseorangan' dan memikirkan hubby di wad, mudah sekali untuk saya menitiskan air mata.
.
Pernah, sewaktu di dalam teksi menuju ke Pusrawi, pemandu teksi tersebut bertanya, "Mahu buat pemeriksaan kandungan ke?" Tanpa dapat di kawal, segala-galanya terhambur keluar dari mulut saya, dari cerita hubby membawa kepada cerita baby dan juga, kesusahan saya hanya kerana takut untuk memandu.
.
Pemandu teksi itu betul2 tidak keruan melihat saya yang teresak-esak di kerusi belakang.. Serba salah wajahnya. Kalau diingatkan kembali, kelakar pun ada. Apabila saya ceritakan pada hubby, dia juga turut ketawa, "Nasib baik bukan Bob Teksi Tunai tu.. Kang tak pepasal isteri abang glamour sebab masuk astro sambil nangis2.."
.
Setiap malam juga, bersama teman-teman, saya akan pulang ke rumah saya sekejap bagi mengambil apa-apa barang keperluan saya atau barang yang di pesan oleh hubby.
.
Itu cerita setahun yang lalu. Dan saya benar-benar berterima-kasih kepada teman-teman yang menghulurkan pertolongan. Terngiang-ngiang di telinga saya apa yang teman saya, Fadia katakan sewaktu dia menjemput saya di Pusrawi pada jam 11 malam, selepas habis waktu melawat " Ko nangis yea tadi? Ko boleh la share dengan aku kalau ko rasa apa2.. Mati-mati aku ingat ko sedang berbahagia. Maklumlah.. Nak sambut Rayyan.. Aku betul2 tak tahu pasal baby ko smpi la Kak Aida bgtau tadi.."
.
Kala itu, di kalangan teman-teman, hanya segelintir sahaja yang mengetahui. Bukan saya tidak mahu bercerita. Tapi kerana saya tidak mahu Rayyan turut 'mendengar' perkhabaran bahawa dia tidak mungkin akan hidup lama. Tidak mahu dia 'mendengar' cerita bahawa dia akan terencat akal, buta, bisu, pekak dan tidak mampu bergerak. Saya tidak mahu Rayyan percaya dengan ramalan-ramalan itu dan seterusnya mengaku kalah sebelum berjuang.
.
Tapi itu semua cerita setahun yang lalu. Kali ini, lain pula ceritanya. Saya demam sehari sebelum hari ulang tahun kami. Dan masih demam pada keesokan harinya. Hari yang sama, Rayyan perlu di bawa ke SJMC untuk fisioterapi.
.
Hubby menyatakan kesanggupan untuk pergi seorang diri dan untuk saya memanfaatkan cuti sakit saya dengan betul2 berehat. Tapi memikirkan kerja hubby di pejabat yang menimbun, saya berkeras juga mahu membawa Rayyan ke SJMC. Lagi pun, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk belajar dan berbual dengan Ms. Sarjit.
.
Pada sesi kali ini, Ms. Sarjit menghadiahkan 4 ciuman buat Rayyan. Sebagai upah kerana dia sangat rajin dan sangat bekerjasama. Bersungguh-sungguh dia kali ini. Pada penghujung sesi, Rayyan mula menangis kerana mengantuk dan kami berhenti di situ.
.
Sewaktu baru tiba pun, Rayyan sudah mengantuk.. Tapi masih boleh bertahan lagi..
.
"Hi Rayyan, your head control is getting better haa.."
.
Since you like me that much, I'll give you a smile la Auntie Sarjit..
.
Saya manfaatkan sesi terapi ini dengan bertanyakan banyak soalan kepada Ms. Sarjit. "He doesnt has the charateristic of a cerebral palsied baby. He's just h***********c and is developmentally dealyed because of that. By looking at past cases, once they have reached certain stage, they can live a normal life. Rayyan should be able to walk and, thinking should also not be a problem because he's not mentally retarded. But how smart he's going to be, I cannot tell la.."
.
Banyak lagi yang kami bicarakan. Dan sesekali Dr. Tunku datang menjenguk. Sering dia memuji Rayyan kerana sikap friendly dan cooperative yang ditunjukkan. Rayyan pula, bagai tahu dia sedang dipuji, tidak habis-habis melemparkan senyuman. Dan saya pula, walaupun mendengar pelbagai harapan yang dinyatakan oleh Ms. Sarjit, hanya mampu tersenyum. Tiada daya lagi mahu menjawab.
.
Ia sudah sebahagian dari hidup kami semenjak setahun yang lalu. Harapan-kekecewaan-harapan lagi-kekecewaan lagi-harapan kembali. Segalanya berulang-ulang. Malas mahu difikirkan lagi. Saya hanya mahu melalui segalanya dengan rasa tenang. Tanpa perlu meletakkan apa-apa sasaran supaya tidak perlu kecewa lagi. Yang saya tahu, Rayyan is a fighter. And he'll fight this battle in his own way regardless what others are saying. =)
.
Dan saya juga tidak sabar menantikan sesi terapi seterusnya kerana pada sesi akan datang, saya bakal bertemu dengan seorang ibu yang cukup kental dan cekal. Dia bersungguh-sungguh berusaha untuk anaknya yang kini sudah berusia 3 tahun.
.
Dan ibunya seorang wanita yang cukup tabah dan tidak lokek ilmu. Dia gemar bertemu dan berbincang dengan ibu-ibu yang sama. Berkongsi ilmu dan berita. Semoga pertemuan kami nanti membawa banyak manfaat.. Aminnn..
.
Saya habiskan baki hari ulangtahun kami dengan berehat di rumah sahaja. Hubby hanya pulang pada jam 10malam kerana beban kerja di pejabat. Di tangannya, terdapat sejambak bunga.. "Abang suh flowerist tu antar smpi umah.. Tapi dia kata sesat tadi.. Spoil betul la.."
.
Hahhaha.. Kejutan yang tidak menjadi. Asalnya, dia mengajak saya keluar makan dan menonton wayang. Lagi pula, Rayyan sudah tidur.. Tapi keadaan kesihatan saya masih belum mengizinkan. Tentu sekali tidak selesa berada di dalam panggung wayang berpenyaman udara dengan hidung berair dan badan yang lenguh-lenguh. "Lain kali sahajalah bang.. Dating tidak semestinya pada hari ulangtahun sahaja.." Hubby hanya membalas dengan senyuman.
.
P/s - Agaknya, macam manalah hari ulang tahun perkahwinan yang ketiga? Mesti takde aksi romantik macam tahun2 sebelumnya jugak kan? :P

9 comments:

ibuVouge said...

salam jiey
byk update jiey tertinggal..

xpe jiey setiap saat kita spend bersama itu yg bermakna, bak kata kak pinut..benda kecik saja tapi dia punya touching dan meaningful pun penting..

Pnut said...

YUp Jiey-benda kecik kalau kita buat sama-sama memberi makna kepada kita, yang penitng quality time kita spend bersama-sama...

and for Rayyan,...amboii jadi romeo dia ek.. duk celah-celah awek tu... eheheh tp mmg sweet la pic tu..

Love... said...

jiey.. happy anniversary...semoga bahagia selalu.
ian.... mmmm sure x tau nak pilih between nabila n sarra kan? u r so sweet... senyumanmu memikat aunty..

Leen Die said...

wahh jiey beraty sama dipikul ringan sama dijinjing....
for little bb Ian..nanti jumpa auntie leen jangan lupa nak bg senyuman ngan kiss yer..jeles nie....

Intan and The Boys said...

alalala...ciannye jiey.
takpe, dah betul2 sehat nanti, mintak la macam2 kat hubby ek.

happy anniversary!

Syaz said...

selamat ulang tahun yg ke 2...saya kagum dengan semangat awak...rayyan seorang bayi yang sgt hebat..unty doakan semoga rayyan akan terus berusaha sehingga berjaya dan bila sudah besar jangan lupa jasa ibu dan ayah ye sayang...

Mrs. Simplicity said...

wah, terserlah da kehenseman ian menjelang usia setahun ni. manis nye senyum dia macam mama dia. hehehe...

nieza said...

yg Teksi Tunai tu sangat funny.. hehehe...

Jiey.
semua dugaan tu mematangkan kita..Jiey memang tabah.

Adinina said...

"Yang saya tahu, Rayyan is a fighter. And he'll fight this battle in his own way regardless what others are saying. =)"


200% agreed...Ian is a fighter...whoever feels like giving up...should remotivate themselves by looking at Ian.. :)

*happy anniversary ya!