Maklum kami tidak akan kemana-mana pada musim cuti umum kali ini, saya membawa pulang sedikit kerja pejabat untuk disiapkan dirumah. Laporan yang sepatutnya dihantar 2 minggu yang lalu. Sudah siap, namun perlu sedikit pembetulan dan semakan semula.
.
Hari ini sudah hari ahad, menghampiri jam 3 petang. Sedikit pun belum saya sentuh kerja-kerja itu.. Hahhaha.. Saya masih orang yang sama! Yang membawa pulang kerja sekolah pada petang khamis dan hanya akan membuatnya pada hari sabtu malam kerana ahad paginya sekolah akan bermula. Yang membawa segala jenis buku hard cover setiap kali pulang cuti semester kerana mahu mengulangkaji. Namun sudahnya, semua buku-buku tidak tersentuh mahupun semester sudah hampir bermula. Bilalah tabiat ini akan berakhir?? :P
.
Ok. Tentang bintang hati pujaan ramai ini pula.. Hehhehe.. sekali lagi mama ini perasan! Semalam, saya duduk di hadapan TV sambil tangan memegang aiskrim mini conetto. Ian pula tidak berkelip memandang. Saya ambil sedikit ais krim itu dengan hujung jari telunjuk dan calitkan ke mulut Ian. Jangkaan saya, mukanya akan berkerut kesejukan. Salah sama sekali. Dia tersenyum kesukaan. Suka benar Ian dia. Tangan saya ditarik ke mulutnya lagi..
.
Saya berikan sedikit lagi kerana tidak mahu dia hampa. Waktu saya mahu mengelap kesan-kesan kotor yang ada pada sekita bibirnya, bersungguh-sungguh dia membuka mulut kerana menyangkakan saya mahu menyuapnya lagi.. Cukuplah Ian.. Aiskrim bukan sesuatu yang sesuai untuk kamu.. Dan tidak sesuai untuk mama juga..
.
Sekarang saya tahu apakah makanan kegemaran Ian.. :P
.
Sewaktu Ian sedang enak tidur terlentang semalam, saya betulkan posisi tidurnya supaya mengereng. Agaknya dia mengigau, atau mungkin dia rasa saya mahu dia berlatih meniarap lagi, terus dia pusing ke posisi meniarap.. :P
.
Ok apa tidur meniarap. Elok untuk otak..:P
Penyek pipi. Penyek mulut.. :P
Dulu masa di NICU, ada sekeping gambar Ian yang sedang tidur meniarap. Saya tunjukkan kepada teman2.. Dan adalah 'mulut' yang berbicara, "Kenapa mulut anak Jiey pelik semacam aku tengok.." Hahhaha.. Lawak betul manusia ni kan.. Kalau begitu posisi tidurnya, takkanlah mulutnya tidak menunjukkan kesan. Alhamdulillah.. Mulut Ian baik-baik sahaja.. Cantik. Tiada yang kurang..
Posisi tidur kegemaran..
.
Ok. Sekian update di petang ahad. Mahu menyambung laporan yang perlu dihantar pagi2 esok.. :P
.
P/s - "Ayah, cepatlah balik.. Nak gi birthday party Nabila and Sarra.." -Ian..
.
P/s - "Ayah, cepatlah balik.. Nak gi birthday party Nabila and Sarra.." -Ian..
7 comments:
suke tgk anak tido..rase tenang n heaven skali..tenung die lama2 ms tido x penah puas...
Cikpid : Setuju sangat2 =)
kadang-kadang rasa syahdu.. terharu gitu.. :P
cute tgk ian tido ngan tgn kat dahi.... mcm org besar yg pikir mcm2 la awak ni huhuhuh
Itu ala2 tahan silau la tu.. :P
Jiey...dulu Husna kalo tido dia tutup dengan tangan atau sapu tangan!
Suka tengok Ian tido...Sweet sangat ler... :)
aaa ckp pasal aiskrim, nanti aku pun nak buat 1 entry pasal nia makan aiskrim. :D
liyana : trend kot.. ramai baby yang jenis tido gaya ni kan?
aly : cepat ly, cepat.. ibuarifa pun dah buat entry pasal ais krim.. =)
Post a Comment