Sunday, May 17, 2009

Membayar hutang tag

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
- For the time being, Tuan Rayyan Ariff seorang sahaja yang menyerikan rumah No.6, Taman Saga ini. Seorang putera.
.
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
- Kalau ikutkan hati, Ian umur setahun setengah nanti, kami mahu mencuba lagi. Tapi melihatkan Ian yang memerlukan perhatian yang lebih, kami tangguhkan dahulu niat di hati. Mungkin sehingga Rayyan boleh berjalan nanti. :P
.
3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
- Tuan Rayyan Ariff : Tuan adalah nama keluarga hubby. Rayyan bermaksud Pintu syurga bagi umat islam yang berpuasa dan Ariff pula bermaksud Yang bijak, yang mengetahui, yang terpelajar, yang berwibawa. Semoga keperibadiannya seiring dengan namanya. Aminn..
.
4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
- Saya. Hubby hanya mengikut. Lagipun, nama ini saya simpan sudah lama dulu. Saya benar2 sukakan nama ini. Sejarah nama ini, ada di entry ini.
.
5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
- Asalnya, dari nama anak kawan baik abah, bila mengetahui maksudnya yang baik, terus berkenan. Lg pula, sewaktu saya bersedih apabila dikhabarkan dengan berita kandungan yang bermasalah, tanpa disengajakan, saya menonton rancangan Ar-Rayyan yang membincangkan tentang isu dugaan. Seterusnya, saya belajar untuk redha di situ. Makin kuatlah hati saya untuk memilih nama ini walaupun ketika itu, kemungkinannya, kami tidak akan berpeluang memanggil namanya sejurus dia dilahirkan.
.
6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
- Untuk lelaki, namanya juga pasti akan didahului dengan Tuan. Ikutkan hati, mahu namakan Tuan Rizq Adrian. Dan untuk perempuannya, Wan Puteri Raisha Airis. Tapi ini hanya perancangan. Mungkin bisa berubah nantinya.
.
7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
- Tidak relevan.
.
8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
- Kalau diizinkan, saya ingin seorang lagi cahaya mata lelaki. Dan seterusnya, barulah cahaya mata perempuan untuk menjadi teman shopping saya. Tapi mommy pula bising apabila mengetahui saya mahukan seorang lagi anak lelaki. Katanya, dia mahu cucu perempuan pula. Baju baby girl kan cantik-cantik.. Tak kisahlah.. Rezeki tuhan..
.
9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
- Entahlah.
.
10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
.
Huargghh.. Ngantuk la Mama. Asyik kena posing jer..
.
11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni

A Journey of An Amazing Syafiah..
My Super Kids
...naluri seorang ibu...
Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
Mamapinkie Corner
kerikilkehidupan
i.t.a.f.e.d
*-* my.little.secret *-*
Tales from Two Cities
samwan...somebody in the making
~ Mrs Babad a.k.a Cikpid ~
My Darling Triplets plus One
PaBiLa JeMaRi MuLa MeNaiP...
My lil' dreamz
NicksupersAiYa dairies
The Little Secret
...SharHanah...
BLOG MAMA AQILAH...
LOVE is in the air... as always...
My Life as a Mother & Wife
Diz iz My Story....
me, myself & i
From Mama to Mama
~~:: Our MemorieS ::~~
Dear Diary
SuATu CeRiTa TeNTaNg....
...s.t.o.r.y...o.f...K.A.M.I...
mencari yang terindah
The Miracle Of My Life
HARI INI 1 KENYATAAN
a journal of my baby
.::Hati - Ema::.
::THe BeauTY iN eVeRYDaY LiFe::
A Joyful & A Colourful of L.O.V.E Life
Damiea Al Husna
~LIfE ~ LeArn ~ WoRk ~ PlAy
coretan rasa
*Anasfadilah
[MiNT] 2 be 4 each other....
~ABDULLAH SYAAKIR~
Simple Life
The Apple of Our Eyes
..SaYaNGku FaiSh..
.: My Bundle of Joy :.
my love ~ibu arifa~
SHARING THE MOMENTS
Warna Warni Duniaku
**LAGI2 GIVEAWAY

My journey to ilahi
My Little Princess
BEAUTIFUL MOMENT OF MINE
IbuVouge.. in her own way

The little secret
-- MaMa's GeM.. PaPa's pREciOus --
-MAY LITTLE ANGEL-
QASEH..MILIK..KITA
MelissAziezul
P-nut Online - Since May 21, 2001
Applecrux

P/s - Kalau yang dah buat, abaikan yea..

6 comments:

ibu_arifa said...

nama chek pun ada ka?..terima kasih yer ingat kat chek jgk..
nnt chek buat ya..
(ku rasa..tag ni bisa buat asben ku tersenyum)

Cikpid said...

ini sy blom buat..sat ag sy buat..hehehhe

Farah said...

nnt saye buat yer....

haah baju baby girl sume comel2..geram je nengok..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

yeeay..ni pun dah penah buat.lalalala

SharHanah said...

Insyaallah, nanti sy buatkan yer.

Jiey^Mien said...

ibu arifa : ade.. ade.. silalah yea..

cikpid : amboi.. segera betul. terus buat.. blogger tegar nih.. hehhehe..

farah : sila.. sila..
itu la, kalo pasni bb girl, kopak lagi la.. kalo boy, bleh recycle ian punye.. :P

elissmie : ape nih? semua dah buat. tak aci betul!

sharhanah : tak sabar nak bc nih