Monday, May 11, 2009

Sambutan hari lahir..

Foto-foto ini dari kamera Uncle.. Fotonya tidaklah lengkap, ada momen2 yang tidak sempat diabadikan kerana Uncle sendiri pun sibuk di dapur.. Alhamdulillah.. Kaum keluarga semua tidak lokek tenaga untuk menjayakan majlis Ian.. Terharu gak masa tgk Ayah Chik Ian dok buat air oren and Uncle Ian dok masak spageti (mee sahaja ok.. kuahnya mama yang buat.. :P )
.
Ok, back to the party story.. Untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran anak anda yang pertama, syarat yang utama ialah, bayi tersebut haruslah ada pada majlis tersebut dan sudah sampai setahun umurnya (ataupun menghampiri setahun)..
.

Inilah bayi yang menghampiri setahun umurnya.. Lengkap berpakaian tapi masih mengantuk kerana tidak cukup tidur.. Oh, saya rasa tidak perlu bertukar kepada perkataan toddler coz Ian is still a baby to me.. :P
.

Gambar bayi dengan Atuknya juga perlu ada.. Walaupun sisa mengantuknya masih ada..
.
Seterusnya, ibu kepada anak tersebut haruslah pandai 'melawak' agar bayi akan tersenyum manis.. Lebih elok, seandainya ibu pandai menyanyikan lagu kegemaran si anak, contohnya; Horsey Horsey..
.

Kek juga tidak boleh ditinggalkan. Nasib ayah yang amik kek ni, kalau mama mesti dah complaint, salah eja nama Ian.. Geram jer.. Dalam kes ini, kek ini agak sedap kerana di sponsor oleh Tok Wan.. :P

.
Dekorasi juga penting.. Untunglah kami mempunyai seorang arkitek (yang masih single dan sedang mencari..) dan dengan rela hati mahu mendekorasi majlis Ian..
.Makanan harus terhidang kemas agar senang untuk tetamu menikmati juadah yang ada.. Menu penuh : Main course - Spagetti, Nasi daging dan kari ayam, Mee Udang.. Dessert - Puding roti, puding jelly, tembikai, bahulu, kek lapis. kek gulung dan kek hari lahir Ian..
.
Seterusnya, perlu ada tetamu.. Jika tidak, akan tiada kemeriahan dan makanan juga tidak akan habis.. ;P
.
The friendly birthday boy juga harus rajin melayan tetamu..
.
Waktu ini jugalah birthday boy dapat berjumpa dengan nenek saudara yang sudah hampir setengah tahun tidak ketemu..
.
Bila birthday boy penat, bagilah peluang untuk dia berehat..
.Seterusnya, tugas melayan tetamu perlu diteruskan..
.Maka berkumpul la para-para ibu dan bayi-bayinya untuk mengambil gambar dan memotong kek.. Jika bayi mula menangis, cuba pujuk seadanya..
.
Kalau tidak mahu berhenti, serahkan sahaja bayi kepada Tok Wannya untuk ditidurkan.. Tok Su juga cuba menenangkan bayi.. :P
.

Apabila sudah agak lama, cubalah kejutkan bayi anda sedaya-upaya.. Membazir woo kalo tak kejut.. Photographer dok tunggu.. :P
.
Susudah bayi bangun dari tidur, berilah sebotol susu kepadanya.. Tidak perlu memakai botol susu Dr. Brown jika ibu-ibu malas mencuci yea..

Seterusnya, serahkan bayi kepada sesiapa sahaja yang mohon untuk bergambar.. Ini Uncle Azmie.. Cikgu ni, masih juga bujang.. :P
.

Seterusnya, kembalilah melayan tetamu.. :P

Dan juga sesi bergambar haruslah diteruskan..

Sekian sahaja entry kali ini.. Cara-cara menyambut hari lahir si kecil.. :P

Kepada yang tiba sewaktu Rayyan Ariff sedang enak dibuai mimpi, tiada foto dikamera abang saya ini.. Moga2 photographer bertugas ada mengambil gambar tetamu yang ada sebagai kenang-kenangan..

P/s - Esok, jam 812 pagi, setahun yang lalu, Rayyan Ariff selamat dilahirkan.. InsyaAllah saya akan menyambung kisah "Setahun yang lalu" untuk entry hari esok sekiranya berkesempatan..

20 comments:

Ummi Salsabila said...

Happy Birthday Rayyan! keep growing yer..:)

Ummi Nuhlan said...

rayyan...selamat hari lahir..semoga membesar bagai juara dan sihta selalu,,amin

A.I said...

ngeh ngeh..sangat membizi betul mak sebeday boy kan?

yatie chomeyl said...

ramai tetamu ..mcm majlis kahwin bday Ian ;)

Mrs. Simplicity said...

ok, aku take note kalo nak sambut bday nia lak nanti :D

Anggerik Hutan said...

seng il chuk ha hey handsome boy :D

-:- Zafran BabyAndKidsCollections Enterprise -:- said...

Ia yg sangat sporting masa itu... Teramat murah dengan senyumannya... i like jiey...

Cikpid said...

Happy Besday Ian..hehehhe..besar2an besday party nye.. :)

eiNa said...

waa...meriah nyer.... mcm kenuri kawin dah ni.. bestnya ramai2.... jeleshhnye xdapat join

Mamapinkie said...

Happy Birthday Rayyan! Sori auntie and Ridhwan tak dapat datang yea, ada hal skit..nanti kita jumpa bila therapy dengan Auntie Sarjit yea, Insya-Allah...semoga Rayyan jadi anak yang soleh and may you progress well despite all the difficulties you have faced before...you are a strong boy my dear and auntie doa all great and good things will happen to you yea! Amin...

Farah said...

waah siap ber canopy gitu...tentu meriah ni..sungguh jeles tak dpt join same :(

Mommy Lyna said...

dop aci... Ian bangun time kami kelik dah. arghhh!

Yasmin Nabilah.. said...

Hepi Besday Ian..Acik ina doakan Ian sentiasa sihat dan sentiasa dirahmati Allah..Moga dipermudahkan segala urusan..Ian baby yang kuat dan semangat..Acik Ina kagum sgt..Harap2 lebih banyak lagi keajaiban Ian tahun ni..Amin..

[I][T][A] said...

meriahnyer bday ian... manis jer senyuman ian dan ian sangat handsome dengan bow tie... tentu ian seronok... :)

ummuabdullahsyaakir said...

Selamat hari Lahir sayang...
meriahnya majlis Ian:)

Jiey^Mien said...

Ummi Salsabila : Thanks yea.. InsyaAllah Ian akan membesar menjadi anak yang sempurna fizikal dan mental.. =)

Imah : AMinn.. Thanks..

Ai : Betul.. Serik rasanya wat mkn2 nih.. Penat.. Tapi seronok..

Yatiey : Itu la.. Semua dok tanya, pengantin mana?? :P

Aly : Take note Ly, tido secukup rasa yang paling penting tau.. :P

Jiey^Mien said...

Anggerik : Kamsa hamnida Auntie Zai.. (Hehhee.. Terror tak?? Google tuh)

Jue : Mommy Jiey ckp, sebijik cam uncle dia masa kecik2, selalu je tersengih.. pantang tgk org.. kitorg adik bradik yang lain takde la over gula camni.. :P

Cikpid : Thank you.. Ala, ayah Ian la tuh over..

Eina : InsyaAllah, next year plak.. Tp ingt nk wat biasa2 je la nnt.. Ni actually sj je sambil2 nak wat mkn2 utk org taman kitorg ni, dh dua tahun duduk, tp tak penah pun wat mkn2.. :P

Jiey^Mien said...

Mamapinkie : Thanks a lot Kak Reena.. Next year kena datang tau..
Aminnn.. (same goes to Ridhwan)

Farah : Saje je tu.. Bersungguh mokcik anta invitation, pastu tak dtg.. =(

Mommy Lyna : Ok la tu..Ian tunggu Fahry n Hafiy baru dio tido.. :P

Ina : Thanks a lot Ina.. InsyaAllah.. Aminnn..
Moga2 Nabila akan menunjukkan keajaiban yang sama.. =)

Jiey^Mien said...

[I][T][A] : Kalau leh pki tux mesti comel kan? Apakan daya, cuaca tidak sesuai.. :P

ummuabdullahsyaakir : kalau ada kat Malaysia, mmg dh nak wajibkan suh dtg dah.. =)

Anonymous said...

i pun buje..tp pegey anok..bakpo tok tag i buje jugok...i banned u!!mesti b banned u jugok..