Hari sabtu kami bermula dengan kelas Rayyan Ariff di Musikhaus. Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 930am dan tiba pada jam 1020am. Entah mengapa, Rayyan Ariff tidak begitu bersemangat pada sesi kali ini. Mungkin kerana lama tidak ke kelas, dia mula lupa.. Atau mungkin sahaja penat dari hari jumaat masih belum hilang..
.
.
Waktu ini, Kadyn tiba2 sahaja memberikan ciuman kepada Sue Ann menjadikan suasana gamat seketika.. Comel! =)
.
.
.
Destinasi seterusnya, ke SOGO. Pada awalnya, mahu ke Alpha Angle.. Tapi kerana ingin mencari kasut Rayyan Ariff, kami ke sini. Lagi pula, design kasut Adidas yang ada di sini banyak pilihan. Macam tak luak pun ada.. :P
.Kasut high cut yang kami cari tiada di bahagian Adidas. Kata jurujual yang bertugas, kasut Clark mungkin ada rekabentuk high cut. Tapi kerana ianya terletak di tingkat bawah, kami ambil sahaja apa yang ada. Malas. Sebetulnya, saya agak tidak berpuas hati. Potongannya tidak cukup tinggi bagi saya. Kalau boleh, biarlah sehingga ke betis. Tapi kata hubby pula, kalau sudah ke betis, itu sudah kasut Phua Chu Kang! :P
.
.
Pemandangan di Ground Floor. Sales sehingga 70% bagi baju-baju bayi dan kanak-kanak. Saya tidak singgah di sini kerana sudah menetapkan apa yang perlu dibeli. Lagipun, baju Rayyan Ariff sudah banyak dan masih elok-elok lagi..=)
.Selesai membeli-belah, Rayyan Ariff mula mengamuk kerana lapar. Kami terus sahaja ke Secret Recipe kerana itu sahaja yang berdekatan. Hanya saya dan Rayyan Ariff di situ kerana hubby ke Pertama Complex sekejap.
.
.
Sekadar mengambil syarat. Mushroom soup and bun for Ian. Ice Chocolate with whip cream for mama.. :P
.
.
Seterusnya, kami ke rumah kawan hubby di Wangsa Maju. Ada jamuan makan. Oh lauknya cukup menepati selera kampung saya. Ayam goreng, ikan masak sambal, gulai rebung, sayur campur, ikan masin, sambal belacan, tempoyak, budu dan ulam-ulaman. Kuih muih juga banyak terhidang. This is better than Kenny Rogers, at least to us.. :P
.
.
En. Hubby yang makan dengan bersungguh-sungguh.Sampai berpeluh! :P
.
.
Ini adalah hasil mengeringkan poket yang kami perolehi pada hari sabtu..
.
.
Untuk Rayyan, Baby Kiko diaper bag (yang lama sudah koyak), tilam, baby wipes dan sepasang kasut high cut yang tidak berapa high.. :P
Yang tidak di dalam senarai tapi 'terbeli' hanyalah Magic writer dan belon Spiderman. Not bad kan? Saya berjaya menahan diri dari membeli-belah secara merapu.. Hoorayyyy!! :P.
Dan untuk saya, sebatang gincu, concealer, dua pasang kerongsang, trial pack Shadira dan sepasang sandal.. Sudah lama tidak membeli sandal yang elok.. Mentang2lah sudah lama tidak ke pejabat.. :P
.
..
En.Hubby mengeluarkan wang untuk barang-barang di atas kerana bersebab yeaa.. Padan muka dia! Muahahha.. Kita blackmail lagiiiii.. :P
Sepasang kasut kulit Rayyan Ariff ini lebih tinggi harganya dari sandal saya! Saya sendiri tidak tahu bila kali pertama saya memakai kasut kulit.. Inilah bertuahnya anak-anak kita bukan? Mungkin kalau di dalam drama swasta, dialognya berbunyi seperti ini:-
.
Mama : Mama perlu kerja. Mama kerja untuk Rayyan juga. Inilah harga sebuah keselesaan. Kita semua perlu berkorban sayang..
Rayyan : Tapi Ma.. Ian tak perlukan semua ini.. Pedulikan semuanya! Ian lebih perlukan kasih sayang dan perhatian dari Mama dan Ayah.. Itu lebih berharga dari segala-galanya!! Ian tak kisah andai hanya memakai kasut Gombak!
Mama : Amboiii.. Amboiii.. Kamu ingat, dengan kasih sayang sahaja, kita boleh membayar harga hearing aid kamu?? Sebelah sahaja sudah RM3.5K, dua belah sudah RM7K! Kasih sayang sahaja tidak akan mampu membayarnya! Faham??? Kasut Gombak sekalipun harus dibeli dengan wang bukan??
.
Muahahhahah.. Berangan itu best ok! Bagus untuk terapi; mengurangkan rasa bersalah!!
.
P/s - Sudah ada ticker di sebelah kanan untuk mengingatkan saya tentang hari-hari yang tinggal untuk mengulit Rayyan Ariff sepanjang masa! Sedih yang amat. Oh anak, mohon pengertian darimu.. =(
.
Mama : Mama perlu kerja. Mama kerja untuk Rayyan juga. Inilah harga sebuah keselesaan. Kita semua perlu berkorban sayang..
Rayyan : Tapi Ma.. Ian tak perlukan semua ini.. Pedulikan semuanya! Ian lebih perlukan kasih sayang dan perhatian dari Mama dan Ayah.. Itu lebih berharga dari segala-galanya!! Ian tak kisah andai hanya memakai kasut Gombak!
Mama : Amboiii.. Amboiii.. Kamu ingat, dengan kasih sayang sahaja, kita boleh membayar harga hearing aid kamu?? Sebelah sahaja sudah RM3.5K, dua belah sudah RM7K! Kasih sayang sahaja tidak akan mampu membayarnya! Faham??? Kasut Gombak sekalipun harus dibeli dengan wang bukan??
.
Muahahhahah.. Berangan itu best ok! Bagus untuk terapi; mengurangkan rasa bersalah!!
.
P/s - Sudah ada ticker di sebelah kanan untuk mengingatkan saya tentang hari-hari yang tinggal untuk mengulit Rayyan Ariff sepanjang masa! Sedih yang amat. Oh anak, mohon pengertian darimu.. =(
21 comments:
bestnye shopping..
:)
n ticker tu ag 3 bulan eh Jiey..lama ag tu...
belon superman tu kiut lah!haha
waa.. ko sampai dah sogo eh. aku ingat nak gi sogo gak arini since dpt cuti, tp sms boss mengganggu idup aku buat aku ke ofis gak. cis!. sebab nak serang yg GF tu la. heheh..
3bulan lg nak keje balik? mmg rasa kejap je la kan?
cepat waktu berlalu kan..kalo bagi sejuta tahun pun mungkin tak cukup :P
shopping utk ian ke untuk mama ian nie...hihihi.
mokcik kalu bulih shopping meme best..
lawok la dialog drama swasta tuh, leh hntr skrip ko david teo doh ni hahaha
VA VA VA...
sopin sakan! sonok je aku tengok...(apa yg boleh aku buat, selain dari tengok? huhuhu...sadis sungguh aku :( )
mama jiey,
idris pun ada kasut hi-cut ni, memang kami beli kasut clark untuk Idris, memang membantu. bila nak jumpa ian lagi?
sogo tgh sale ek jiey?? i tgk cr kasut adidas cam ian nyer tu. kat ne u beli ek??
saya suka shopping....!
kami laki bini gile shopping juge..hehe
Jiey... bestnya shoping... Seronok kan... Bila lah ummi dapat shoping2 semula yer... Coz, ayah Husna sekarang buzy giler... Sehingga JAn 2010! Kesunyian dan kesepian di hujung minggu nampaknya :)
hehe mmg shopping itu heaven! saya suke dialog2 drama di bawah tu jiey hahaha
part2 shopping nih mmg xleh tahan. tmbh lagi kalo husband pun kaki shopping. sentiasa mendapat sokongan le jwbnya.
sokong, sokong gak bang...
dompet pun kena sokong gak.hehe
wah best nyer.. nak shopping jugak, tp xtau nak shopping apa.. suka sgt shopping, hilang stress :)
wahh hebat akak
boleh tahan nafsu tu
klu sy, pantang nampak yg sale
paling kurang mesti nak jenguk
wahhh shopping sakan gak tu. seronok la ian dapat kasut mahal. nanti blackmail papa lagi ya ian hahaha
wah wah wah.. siap ada adegan drama swasta lagi... hehehe. btol kan? kasut anak kite harga beratus2.. kasut kite 50 inggit tak sampai.. utk anak2 sumenye kita sanggup... harap dh besar nanti, mrk akan sygkan kita mcm mana kita sayang dan tatang mereka ni kan?? herm..
salam jie..
try tgk brand aprica byk kasut high-cut. kalau ada yg u berkenan i bole tolong belikan kat sini. in dec kami akan balik mesia :)
mommy2h aka nor
sogo ada sale.best tu.tapi lagi best dialog drama swasta u tu jiey.kalah sinetron seberang tau.hehehe
harganya i tak sure la dah lama tak shopping utk baby, si adik pon pakai brg abgnya aja..seingat i masa beli utk hafiy dulu tak la mahal mana..tapi puluhan ringgit jugak la, maybe lebih kurang harga kasut clark jugak kot. u cari la mana yg u suka then give me the link nnt i carik the best deal i can get :)
btw, i nih senior ur bro mrsm beseri :)
Post a Comment