Saturday, March 21, 2009

Emosi seorang ibu!

Hari ini, saya keluar dari pejabat tepat jam 5.05pm. Mengambil peluang untuk 'lari' sementara boss di dalam bilik mesyuarat. Biarlah. Isnin masih ada.
.
Tadi hubby menyatakan mahu ke Ampang Point. Untuk mengambil hamper sempena pertandingan memancing AmBank esok hari. Perlu cepat kerana hubby akan bertolak ke Klang jam 8pm.
.
Kerana singgah di Ampang Point, kami tiba di rumah jam 715pm. Ian sedang tidur. Saya berbual-bual dengan bibik sekejap dan beransur untuk solat maghrib. Selesai solat, saya terdengar suara Ian. Cepat-cepat saya keluar dari bilik.
.
Setelah Ian membuka matanya, saya amat terperanjat melihat matanya diselaputi warna putih. Mata hitamnya. Berair, bertahi dan sedikit kemerahan. Hati mula gusar.
.
Segera saya memberitahu hubby. "Tapi Abang dah lewat ni. Cuba call Fadia." Saya cuba. Beberapa kali namun tiada jawapan. Semakin risau. Saya cuba pula menelefon abang saya, tapi malangnya, dia di Melaka. Saya beralih pada adik lelaki saya di Shah Alam. "Shah Alam hujan Kak. Macam mana nak pegi? Lg pun, mau sejam jugak perjalanan." Saya lupa. Adik saya hanya bermotor.
.
"Takpe la.. Abang hantar. Nanti abang call diorang bgtau abang lambat sket. Siap cepat." Kelam kabut saya capai tudung merah jambu yang saya pakai ke pejabat tadi.
.
Sepanjang perjalanan, hati tersangat runsing. Gelisah. Saya tidak putus-putus berdoa.. "Ya Allah, jangan Kau ambil mata Rayyan ya Allah.. Jangan Kau ambil lagi mata Rayyan ya Allah.. Aku tahu ini hanya pinjaman dariMu. Tapi aku tidak sanggup Ya Allah.. Jangan Kau ambil rahmatMu yang satu ini.." Air mata mula menitis.
.
Setiba di klinik, selesai urusan pendaftaran, kami terus dipanggil masuk kerana tiada pesakit lain waktu itu.
.
"Yes, what is it this time? How is he recovering from his flu?" Tanya Dr. berbangsa asing itu. Ini kali kedua kami berjumpa dia.
"No Dr. Not his flu. This time around, it's his eyes." Saya mula menghuraikan secara detail.
"Oh, no need to worry. This is due to infection, It's not serious. I'll give him eye drop for this."
"Are you sure Dr? For your information, he's a **********c baby. Last time, the doctors foresee that he may not be able to see because he's optic disc is pale and there's no *r*** ***** behind his eyes."
"Yes, I'm pretty sure. You see, his eyes is not swollen at all. It's not that bad, if after 3 days it's still there, you come again and I'll refer you to see the opthalmologist ok?"
"Ok. Thanks a lot Dr."
Hubby juga mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Dr. itu.
.
Lega rasa di hati! Itulah saya, terlalu emosi.. Siapa tidak kalau sudah sejarah anaknya begini bukan? Sungguh, saya jadi lebih sensitif semenjak adanya Rayyan. Saya lebih mudah mengalirkan air mata. Mudah rasa terharu. Lembik sungguh Mama Rayyan! *Slap*Slap*Punch*
.
Tujuan utama ke Ampang Point tadi, kerana saya mahu ke Mom's Care. Mencari sehelai dua sleepsuit untuk Ian. Setibanya di sana, agak terkejut kerana Mom's Care mengadakan jualan gudang. Semua barang dijual pada harga yang sungguh murah. Langkah kanan Mama.. Hehehhe..
.

Shadira itu untuk Mama. Thanks Ayah! Mama cantik pun untuk ayah jugak.. :P

Satu plastik Mom's Care sahaja. Maklumlah, tengah bulan. Acitivity Ball berwarna biru itu harganya RM119.90 di Toys R Us. Bila saya mengambilnya, hubby bertanya, "Berapa?" Saya tunjukkan harga. "Amboi! RM119.90! Macam tu punya mahal ambik sampai tiga??? Satu cukuplah!"

"Hehehhe.. Relax ah bang.. Itu before offer. Ni ha harga dia.. RM24 jer. Yang kuning ni Activity Tot, RM5, Yang purple ni RM19. Harga asal RM30. Murah bang.. Rocker Ian yang kita beli RM220 kat Babyland masa offer year end hari tu, kat sini RM179 jer.. Aduhhh.. Bleh jadi gila ni bang.."

"A'ah.. Iya la.. Abang plak bleh jadi sewel masa nak membayar.." Jawab hubby sambil terus berlalu ke kaunter.

Kemeja T lengan panjang itu hanya RM15 dan rompers, RM12 untuk 2 helai.. Total damages? Hanya RM75! Ohhh.. Saya mahu pergi lagi hari sabtu.. Waktu yang ada tadi terlampau singkat. Tapi hubby tiada dan hanya akan pulang pada hari ahad. Itu pun waktu petang.. Rugi.. Rugi.. =(

Saya tidak kisah berhabis untuk barang mainan Ian. Ia berguna untuk tujuan stimulasi. Mainan yang remeh bagi kita, mungkin boleh membawa perubahan pada bayi-bayi seperti Ian.. Saya benar-benar mahu ke sana lagi esok hari!

"Mama, tak sampai la.. Jauh ni.. Tolong la ambik.." - Pls ignore Ian's pink socks. =P

P/s - Kereta tersadai di depan rumah. Tapi apa guna kalau tidak berani memandu! Nak cari sleepsuit and more toys! =(

10 comments:

ibu_Arifa said...

Hope everything is okey..moga mata Ian cepat sembuh nnt..Bab jualan gudang tu..saya pun "tak tahan jgk" bila dgr harga mcm tu..sib baik saya kt penang..

MeL said...

mmg sensitif klu da jd mak bdk ni, xkira sekecil mn pn yg jd, ttp kt akn rs takut/risau if anything happen to our baby kn? anyway psl toys, i pn xberkira belikan mika wpun mahal. xkra lah mahal or murah. janji yg bley give benefits to him, kdg2 tgk hg mmg ridiculous mahal..

Mrs. Simplicity said...

haa ni takleh bawak kete ni. kalo reti drive sendiri, sure da kesana lg ni kan? aduh, ni bukan murah gile dah ni. gile pun tak murah macam ni. rugi tak pegi. tapi da perabis duit beli baju nia kat poney. kalo ko msg awal sure sampai dah. hahaha..

tak bole tgk kalo ade yang tak kena kat anak ni walaupun sikit. ko jgn cakap ko extra risau, aku pun sama mcm tu jugak. mesti dok fikir bukan2 bila ade yang x kena kat nia. mmg emosi betul sejak jd mak ni. huhu..

Leen Die said...

wah..best2 jie..ermm tapi ari sabtu saya bekerja..wahh..mmg leh jadik giler klu tgk mainan bb..mmg sensitif woo klu anak sakit..klu demam lagilah tak tido mlm dibuatnya..huhu,,auntie sayang ian..ummi sayang RAyyan

Elyn Sani said...

ish murah nyer...... x rugi berbelanja kalo camtu hihih..... wah ian ade toys baru la..... mesti seronok dia main kan!!!

jiey tabah selalu tau.....

Anonymous said...

jiey..
biasalah tu, emosi ibu.. kita mesti nak yang terbaik utk anak kita kan... masa anak first dulu, dia muntah malam. saya siap bawak pegi hospital, punya la takut.. anway hope Ian akan cepat sembuh!

part shopping tu, damage sikit je.. kena sambung balik tuh.. hehehehe

Anonymous said...

byknye mainan ian..pinjam boleh?

Jiey^Mien said...

Ibu Arifa : Alhamdulillah hari ni dah ok. Mama Ian nih mmg drama queen.. :P

Nanti turun Penang leh la jumpa ek.. Ntah bila la since Ian asyik tak sihat jer..

Mel : Btul Mel, risau berlebih sejak jd ibu. Hahhaha.. Masa dlm kete otw nk gi klinik tu, jln jam.. Hadoi, rasa nak tendang pintu pastu lari sambil dukung Ian. Macam la sampai.. Poyo plak.. Badan dah la debab.. Hehhehe

Aly: Aku dah sehabis daya sms ko, tak sempat jugak rupanya. Takpe la.. Next time kalo ada, sblm aku masuk kdi tu aku sms ko dulu..

Itu la Ly, kdg2, kalo Ian buat movement ntahapaapa aku dah cuak dah.. Ish, nape budak ni? Padahal takde pape pun.. :P

Leen : Masa smpi smlm pun bj yg saiz besar2 byk yg dh habis.. Cepat Leen cepat.. *Ponteng keje ke*

Jiey niat nak cari sleepsuit, nmpk mainan terus lupa. Tak ingt dunia.

Elyn : InsyaAllah. Selagi diberi kekuatan.

Err.. Ian pandang sipi2 jer toys baru nih.. Dok syok dgn toys lama-lama dia lagi..

Nieza : Kalau bab2 muntah ni mmg takut. Kalau Jiey sure lari gi spital ngan bj tido je.. Hahhahha.. Kalau untuk Ian, muntah2 is not a gud sign. May lead to another operation.. Huhuhu.. Mintak dijauhkan.. Nauzubillah..

Itu la pasal.. Mmg kena smbg. Jom ah, Nieza dtg amik Jiey.. Mintak tlg jd driver.. Hehhehhe..

QQ : Jom ah dtg umah. Bleh form play group.

Iron Butterfly said...

beli keto doh ko Gee??

Jue @ atanayuiman said...

daku pun dah menyusur ke ampang point tue.. memang murah giler... huhuhu!!~~ klako ajer.. umah dekat pun tak tau kat situ ada sale giler2..