Monday, March 2, 2009

Sebulan sekali..

Saya rasa, menjadi kebiasaan setiap isi rumah untuk sebulan sekali berbelanja untuk barang-barang dapur dan barang-barang keperluan yang sewaktu dengannya.. Sementara mommy masih di sini, kami juga mengambil kesempatan untuk keluar berbelanja. Banyak barang yang sudah tiada.. Sabun basuh juga hanya tinggal untuk dua tiga kali cucian sahaja.. Makanan ringan usah ceritalah.. Kosong. Stok mee segera juga sudah tiada. Minyak masak hanya tinggal sebotol yang belum diusik.
.
Usai solat insya', kami keluar. Tinggalkan Rayyan kepada mommy. Di sana, Ya Allah.. Punyalah ramai manusia. "Hmmm.. Di mana gawatnya ekonomi kita?" Saya separuh berbisik. Hubby senyum, "Gawat sekali pun, takkan tak nak beli barang dapur.."
.

Saya tidak menyokong MEREKA. In fact, ini kali pertama saya ke sana setelah berbulan mem'boikot'. Ini kerana terpaksa. Saya dimaklumkan waktu operasi mereka dilanjutkan ke pukul 1.. Kerana kami memang mengejar masa! Rasa guilty!! =(
Sewaktu mahu membuat pembayaran, terkejut besar kami melihat jumlahnya.. Hmm.. Inilah yang dikatakan nilai wang sudah semakin susut.. =)

Untuk Ian sahaja pun sudah berapa.. Haihh.. Baju2 untuk Ian, kebetulan ada yang cantik2.. Semua saiz 12-18m. To our surprise, sedang elok je Ian pakai. Ingatkan for future use! Hehhehe..

And of course, toys! Berbekalkan kata-kata MommyOfTripletsPlusOne, kami tidak lokek untuk berbelanja ke atas barang permainan.. Puzzle ball and crawling sprider for Ian.

Ian excited dengan crawling spider! Sampai terjerit-jerit coz tak dapat tangkap!

P/s - Kan bagus kalau duit tu boleh berbuah dari pokok.. Atau pun jatuh dari langit.. Kilang Fisher Price tu Mama beli untuk Ian! Hehehhe..

10 comments:

Leen Die said...

leh bayangkan ian tgk crawling spidre tue...mmg jadik giler kalau tgk mainan budak..huhuhuh..lagi stau stau lagi perkembangan ian kan..bagus2..u can do it bb ian..salam sayang dr autie leen..hehehe

mOmmy of Triplets plus One said...

mmg boleh tebeliak mata tgk bile dh kt cashier tu...mase dok amiq amiq barang masuk trolley takde pun rase mcm byk kn..

hmm tesco pun org kate boycott ek. dlm list aritu nmpak carrefoure jer...i pun beli brg kt tesco

Jiey^Mien said...

Leen : Betul Leen, rasa nak ambik satu rak mainan tu.. :P

Munirah : Setuju sgt. Ni kami baru bertiga. Belanja dah macam ni, kalau bertambah nanti, taktau la.. Hahahhaa..
Dalam list I dpt ni, ada Tesco tp takde crr4.. *Sigh* Mana satu nih?? :P

mirah said...

oppss i heard both kena boycott, tp kami ni mmg biasa pg c4 je beli brg. Try pg giant, weh byk sungguh beza hrga, kalau lagi murah takpe, ni lagi mahal..
huhu susah juga nak boycott habis-habisan ni..

Jiey^Mien said...

Mirah : Pulakk.. Patut la satu list ada, satu lagi list takde.. Hahhaha..
Jiey gi Bintang, takpun gi je Pasaraya Hero kat umah.. Hahahha.. Bintang ok lagi harga.. Tapi beza gak la dgn Tesco.. Tesco lagi murah..

Arin Mansor said...

hi.. im ur silent reader.. tak tau pulak tesco pun di boikot. tp mmg..barang baby je dah beratus especially susu.my son dulu minum enfalac A+ jugak.sebulan je 8 kotak..

alangkat best kan duit tu mcm daun..bykkkkkkkkkkk2..hehe

Jiey^Mien said...

Hi Mommy prince:
Nanti I buat kunjungan balas yea.. Mahal la susu baby kan?? Stok sebulan jer pun dah berapa RM.. Kadang2 grab a few things, masa nak byr, eh, beratus?? Rasa nak suh jer cashier tu kira balik.. :P

Hehehhe.. Pasni sumer org tanam pokok jer la.. Meriah pertanian kat Malaysia nih.. (Pastu, duit pun dah tak laku..)

P/s - Bagi ur son minum Enfalac A+ sampai umur brp ek??

Mrs. Simplicity said...

jiey, tak bagi ian enfalac yg further punye ke? nia nak masuk 6 bulan ni. confuse gak, nak beli yg rumusan susulan or nak maintain yg yang colour hijau sampai dia setahun? enfalac ni pun satu, dah buat untuk 12 bulan pertama, pegi kuakan untuk 6 bulan smpi 12 bulan pulak. confuse den!

Mrs. Simplicity said...

jiey, tak bagi ian enfalac yg further punye ke? nia nak masuk 6 bulan ni. confuse gak, nak beli yg rumusan susulan or nak maintain yg yang colour hijau sampai dia setahun? enfalac ni pun satu, dah buat untuk 12 bulan pertama, pegi kuakan untuk 6 bulan smpi 12 bulan pulak. confuse den!

Jiey^Mien said...

Alyyani : Ntah la Ly.. Aku pon terpikir gak.. Nanti next visit dgn paed dia aku tanya..