Wednesday, March 11, 2009

Marah.

Kerana demam, perangai Ian berubah. Adakala mahu bermanja berlebih-lebih. Adakala tidak mahu diganggu. Jangan di angkat, jangan dipeluk. Kalau tidak, meraunglah dia.. Tangisan yang sukar dipujuk.
.
Melayan kerenahnya, hati jadi panas. Saya pandang wajahnya tanpa senyuman. Masam. Dia cuba mencuri perhatian dengan tersenyum. Tiada senyuman balas walaupun hati saya ingin sekali membalas. Dia pandang lagi wajah saya. Senyumannya sudah hilang. Kelihatan takut-takut untuk melempar senyum. Ditenungnya wajah saya sedalam-dalamnya. Antara senyum dan tidak. Dia cuba memancing reaksi saya.
.
Kerana sudah tidak mampu menahan, terhambur tawa dari mulut saya. Dia juga kembali tertawa. Ternganga-nganga mulutnya. Gembira. Comel sekali..
.
"Ian, mama tak marahlah.. Mama tipu je.. Ian behave tau. Be a good boy.. Ian pandai.." Dia senyum lagi. Berserta gelak tawa. Cukup manis. Hmm.. Sudak dapat membezakan emosi orang lain. Hingga sekarang saya masih tersenyum. Mengenangkan 'wajah nakalnya' sewaktu cuba 'memujuk' saya.
.
Dia membahagiakan. Sungguh.
.
Sekarang, pantang benda yang berada disekitarnya, pasti dikutip. Kata Dr. Yong, kalau dia mampu mengutip objek di lantai, salah satu petanda bahawa sarafnya ok. Alhamdulillah kalau itu benar.
.
Baru habis menonton John Tucker dengan Ian. Ian diribaan saya, khusyuk memandang skrin TV. Sesekali mendongak memandang saya dan memberikan senyuman indah. Saya suka momen itu. Terasa diri disayangi. Sayang sekali hubby sudah lama dibuai mimpi. Kalau tidak, pastinya saya akan menyuruh hubby mengabadikan momen itu dengan merakamnya.
.
Tinggal kejap dah tergolek ke bawah.. :P
.
P/s - Appointment dgn neurologist dijadualkan pada hari jumaat nanti. Doakan supaya dipermudahkan.. Jangan lagi tertunda.

6 comments:

MeL said...

so sweet...aunt mel & mika doakan yg terbaik utk Ian, Insyaallah ;)

Eliss said...

hihihi..pandai memujuk ni..pasni leh jadik romeo :D nuha pun memang tak lekat atas tilam dier..selalu golek2 sampai lantai :p

Jiey^Mien said...

Thanks Auntie Mel.. Murah rezeki Auntie Mel..

Oh Auntie Eliss, mama saya pesan, jgn jadi romeo.. Kerana romeo must die.. Jgn jadi macam John Tucker!

Leen Die said...

Ian anak yg baik jie..insyaallah semuanya pasti akan berjalan dengan lancar..be a good boy ya Ian..nanti leh main ngan Rayyan

Anonymous said...

jiey, im watching john tucker also but alone...huhuhuhuuu

Love... said...

insyaallah semuanya akan berjlan ngan lancar..
ian is a good boy..
also strong boy