Kamu bercerita tentang perasaanmu. Saya mendengar dengan tekun. Keluhan yang berat mengakhiri setiap ayatmu. Berat sungguh. Tapi saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu kamu yang memikul.
.
Saat ini, saya ingin berada bersama kamu. Memelukmu dan menenangkanmu. Saya kehilangan kata-kata untuk berbicara. Kerana saya tahu, saya tidak perlu menenangkan kamu agar kamu kuat. Saya tidak perlu memberitahu kamu supaya sabar dan tabah. Kerana itu kamu. Dalam sopan tingkahmu, dalam lembut bicaramu, saya tahu kamu kental di dalam.
.
Bagai cerekarama, tapi ini realiti. Saya sedih untuk kamu. Saya menangis untuk kamu. Hampir sedekad kamu menyulam kasih. Dari zaman persekolahan. Dan DIA telah merampas hampir keseluruhan usia remajamu. Kamu menginjak dewasa di dalam gari cintanya. Apa sekalipun alasannya, pada saya, dia telah mensia-siakan waktumu. Dia sudah mencuri waktumu.
.
Hanya beberapa hari lagi kamu dan DIA bakal bersatu. Dan saya gembira dengan perkhabaran itu. Tapi lewat petang semalam, kamu khabarkan kedukaanmu. Saya kecewa. Dan saya tahu, kekecewaan kamu berlebih lagi..
.
Kad undangan sudah diedar. Makanan sudah ditempah. Khemah sudah didirikan. Mak andam sudah dibayar. Segala persiapan sudah hampir sempurna. Tergamak DIA mahu membatalkan segalanya. Jantan bodoh!!
.
Sungguh, kalau DIA kembali dalam masa sehari dua ini, saya takut untuk menyerahkan kamu kepada DIA lagi. Saya bimbang DIA akan mensia-siakan kamu di masa hadapan. Saya bimbang DIA akan lari lagi. Lari dari tanggungjawabnya. Lari dari menunaikan janjinya kepada kamu. Saya tahu, kita yang akan menanggung malu. Tapi saya rela kita malu dari kamu menanggung derita bersama lelaki penakut. Yang takut untuk mengharungi cabaran. Huh, anak jantan konon!
.
Sayang, saya mengerti bila kamu katakana kamu juga ada rasa untuk hidup berkeluarga. Saya faham bila kamu mempersoalkan kenapa kamu di duga sebegini. Tapi mengertilah sayang, setiap manusia ada kepayahannya yang tersendiri.
.
P/s – Temanku sayang, kamu cantik! Kamu baik! Kamu berjawatan! Kamu pasti akan mendapat pengganti yang terbaik!!!
Dan kepada DIA, ingat, KAMU juga ada adik perempuan. Jangan sewenang-wenangnya kamu bertindak. Ikut hati, KAMU pasti saya heret ke MAHKAMAH!!!

6 comments:
knp jie?
huh...itu jantan takde telor agaknya! sorry but i can't help myself to bitch about this!
dalam sebanyak2 hari, kenapa time dah nak tiba masa baru nak 'lari' kenapa tidak sebelum melamar?
to DIA,
afterall u should be luckly. kurang2nya dia tinggalkan sekarang dari nanti. Daripada menjadi si isteri kepada sang suami yang tidak bertanggungjawab.
to DIA,
memang jantan tak guna!
jantan mana yang bengong sangat ni? ingatlah...TUHAN tu MAHA BERKUASA! Balasan tetap ada....meh sama2 doa jantan tu takkan bahagia hidup dia sampai bila2!
-ninie-
ishh..saper ni?jahatnya...aduhh..x bleh dibawa berbincang lagik ker?
ermm...ya...lelaki skrang suka buat ikut suka hati..kepada dia,berpeganglah pada DIA..kerana DIA pasti ada sesuatu yg lebih berharga utk kamu,dan sesuatu juga utk JANTAN itu..saya memahaminya....amin
Post a Comment