Monday, March 16, 2009

Senyum untuk dia..

Terima kasih buat teman-teman yang sudi bertanya. Terima kasih buat yang sudi memberi kata-kata dorongan.
.
Sebetulnya, hari jumaat yang lalu, saya dan hubby membawa Ian berjumpa dengan neurologist. Apa keputusannya? Reality hit us really hard this time! Rasa bagaikan terduduk. Rasa yang sama yang saya rasakan setahun yang lalu.
.
Seperti tersedar setelah sekian lama menyulam angan. Kali ini, lebih ujian yang harus dilakukan. Lebih doktor pakar yang harus ditemui.
.
I'm not sure whether I can use the word "deteriorating" on Ian or not. That word seems so harsh and exaggerating. But according to the Dr., Ian is not doing good. He would falls under "moderate to severe" if we were to categorized him.
.
Kerana itu, hati jadi sedih. Perasaan jadi resah. Jiwa jadi takut. Sedih kerana memikirkan masa lalu yang terbuang dan kekhilafan diri. Rasa resah untuk menunggu janjitemu dan ujian yang seterusnya. Dan rasa takut untuk menempuh hari mendatang.
.
Namun begitu, senyum untuk dia tidak pernah hilang. Kerana dengan senyuman balas darinya yang menjadi sumber kekuatan untuk terus berjuang.


Ayah dan Ian @ parking lot SJMC

Jangan minta saya berhenti menangis. Saya tidak mampu. Tapi percayalah, saya sudah melepasi fasa meratap hiba dan menangis teresak-esak lama waktu dulu. Lama. Yang tinggal, hanyalah genangan air mata yang ada kalanya tidak tertahan. Itu sahaja. Jangan ini juga mahu disuruh berhenti atas dasar air mata hanya untuk Allah SWT. Sebagai manusia biasa yang sedang diuji, pasti ada sedih di hati. Saya bukan robot. Saya hanya seorang ibu yang menyinta.

P/s - Ingin sekali berkongsi cerita tentang keputusan yang kami terima pada hari itu. Tapi berat rasa di hati. Mungkin blog akan di private sebentar untuk berkongsi dengan teman-teman yang sudi bertanya khabar. Dan cerita itu akan kembali 'disimpan'.

Ibu-Uwais-Ameenah, mungkin boleh tinggalkan emel.. (kalau sudi nak baca..).. Mungkin boleh berkongsi pendapat dengan ibu-ibu yang memiliki anak2 istimewa ini.

Ibu-ibu yang lain, rasanya saya sudah ada email add anda.. =)

28 comments:

Intan and The Boys said...

tabah ye cayang.
tak tau nak kata apa.
cakap memang senang kan, bahu yang memikul lebih merasa dari yang mendengar.

semoga Ian cepat2 ada progress.
kita doakan bersama2 ok.

*hugs*

Anonymous said...

Jiey.
harap tabah..apapun keadaan Ian, dia tetap bertuah sebab ada ibu dan ayah yang tabah dan sayang dia sepenuh hati.. and we all love him too. i'll pray for him..

Anonymous said...

Salam...I've been reading ur blog for quite sometime...I'm a mom to a 15 months girl....Sabar yer....sedih baca....and really hoping to hear good news on Rayyan...he's a tough boy...and a special one too....hopefully he will always be!!! So, don't give up...And I will wait and wait for millions fresh new stories on your special one....Please include me in your mailing list....Kiss kiss to Rayyan.. From: MamaYan (eziannr@gmail.com)

Nina said...

kuatkan semangat yer jie..sedih gk kalo berada ditempat jie..sungguh perit nak terime dugaan itu..harap jie tabah yer..harap ian sehat setiap maser yer..sayang die

yatie chomeyl said...

kalau boleh, saya ingin juga di beri peluang membaca private post itu nanti
(dasar.chomeyl@gmail.com)

Luvvvvv said...

my email : ibu_uwais@yahoo.com

eiNa said...

jiey add saya ada lagi kan.. awak mmg tabah.. cekalkan hati k..nk tau lebih lanjut cite Ian..

Leen Die said...

jie dah ada email kiter kan..neway apa2 pun harap jie bersabar..Ian anak yang bertuah bak kata pencomment diatas..jgn sisihkan Ian..kiter nak th cerita lebih lanjut ttg Ian jugak..Ian bertuah..kawan kiter pernah ceritakan pada kiter betapa Ian bertuah memliki ibu n ayah seperti jie ngan suami..sbb dia pernah tgk bb yang peramture kat PPUM yg tak pernah si ayah menyentuh apatah lagi mendukungnya..yg menjadi penemam nya adalah bibik dia bukannya ibu n ayah dia..nama bb tue amir rayyan..bb tue duduk kat PPUM sejak dia lahir smpi umur dia nak mausk sethun kot..neway doa dr kiter sekeluarga utk Ian tak pernah putus..semoga Ian sihat..salam sayang utk Ian

Mrs. Simplicity said...

alahai jiey, nak tau tapi tak sanggup nak tau. sebab dok bayangkan video rayyan yg penah aku tgk. rasa macam dia membesar normal mcm anak2 yg lain2. ape2 pun aku sentiasa nak tau perkembangan rayyan. be strong babe! aku tau ko kuat. ian pun...

Eliss said...

doa dan harapan buat Ian..kuatkan hati yer Jiey!

mOmmy of Triplets plus One said...

dear,
if tahun lepas ryan bejaya buktikn kata kata Dr tu salah, insyaAllah tahun ni Ryan akan buktikn lagi kata2 Dr tu salah

Anonymous said...

salam...i dunno what to say but i wish all the best. you are special and so is Rayyan. keep in touch!! ganbatte!!!

Ina said...

hi jiey... tabah lah yer n sabar lah. mebi u pn dh bosan dgr. tp i rasa ini jelah kata2 yg sesuai i ucapkan. jgn putus harapan. apa2 pn semuanya kuasa Allah. teruskan berdoa. semoga ada keajaiban yg berlaku nnt, insyaAllah. ~~hugs~~

Yasmin Nabilah.. said...

jiey..nanti send ke ina yek..sabar yek..kita alami nasib yang sama..mmg senang ckp sabar..kita yang tanggung..jiey paham kan maksud ina..apapun ina doakan Ian sentiasa di lindungi Allah..Amin..

myheart said...

assalamualaikum..

akak.. kalau boleh jgnlah diprivatekan kisah Rayyan..

sy sbg silent reader ni pun setia mgikuti kisah Rayyan..

harap akak sekeluarga sentiasa bersabar... jgn putus harapan ya..

salam syg utk Rayyan..

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,
Senang orang nak cakap sabar, tabahlah, tapi sebagi ibu yang menyinta memang susah. Jika air mata boleh buatkan Jiey tenang, menangislah. Urusan Ian, serahkan kepadaNya, yakin Jiey dah lakukan yang terbaik untuknya. Put juga meniti pengalaman yang sama, doa ibu selalunya makbul, jangan putus asa dan teruskan berdoa.

*Hugs to Ian*

ada. said...

la tahzan innallaha'na.
jgn bersedih..sesungguhny ALLAH bersama kita.awk patut bersyukur,dikurniakan suami y sentiasa menyokong.kehidupan penuh dgn dugaan.dari situ kit dpt ukur sejauh mana kesabaran diri.bersabarlah.sesungguhny allah akan memberi ganjaran kepada hambanya y sabar.salam.

mirah said...

jiey, jangan lah mengalah yea..
masih ada waktu dan mungkin keajaiban buat rayyan.

Jiey^Mien said...

myheart : Adik, ikutkan hati, ingin sekali akak bercerita secara detail. Tapi cerita ini tentang Rayyan. Akak rasa, dia yang lebih berhak menentukan sama ada perlu berkongsi secara total. Kerana itu, akak had kan segalanya. Tujuan utama akak bercerita kerana ingin meminta pandangan rakan2 senasib untuk djadikan panduan. Alhamdulillah.. Pengalaman yang mereka kongsikan cukup memberi makna.

Jiey^Mien said...

miss TAK : Terima kasih di atas kata-kata nasihat. Alhamdulillah, hati masih teguh berpegang padaNya.

Kerana sabar, kami masih tersenyum.

Kerana percaya pada hikmahNya, kami mengambilkan keputusan melahirkan Rayyan walaupun maklum tentang kelainan yang ada pada dirinya.

Kerana rasa bersyukur pada nikmatNya, kami masih melangkah beriringan.

Saya akui, air mata bergenang di hadapan Dr. yang memaklumkan keadaan terkini Rayyan, seboleh mungkin saya tahan agar tidak mengalir.

Namun air mata mengalir juga sewaktu saya khabarkan berita ini kepada ibu di kampung. Cepat2 talian saya matikan kerana tidak mahu dia turut bersedih. Saya gagahkan diri untuk orang2 di sekeliling saya. Untuk Rayyan.

Air mata bukan untuk meratap masa hadapan. Tapi sesalan kerana masa yang terbuang. Sesalan kerana kekhilafan diri ini sebagai ibubapa. Kami ambil sedetik waktu untuk merenung diri, sedikit masa untuk merangka langkah yang perlu diambil, dan kini, kami kembali meneruskan perjalanan.

Kerana kasih yang ada, InsyaAllah.. Moga ditetapkan iman.

Leen Die said...

Jie..
apa yang terjadi kat rayyan nie..kiter punnak kongsi sama jugak..waa...sebak kiter bc comment jie nie..sedih pilu..please jiee..ceritakan kat kiter :((

Jiey^Mien said...

Leen, bukan taknak cerita. Takde masa lagi nak wat entry.. Busy sket lately.

Leen Die said...

okeis takper take ur tym..nanti balik keje p kat IAN cium dia..ckp dia kiss tue dr ummi Rayyan..hehehhe..buat tauu

Jiey^Mien said...

Hhehhe.. Leen, you make me smile!

Elyn Sani said...

salam..... maaf jika selama ni saya membisu.... tp arini saya dh x thn nk bg tau awak doa saya moga rayyan sihat sentiase ade....

Jiey^Mien said...

Salam Elyn,

Thanks for the Doa.

It's ok. I think all bloggers did that. Being a silent reader of others' blog.

Hehehehe.. Saya pun selalu ikut citer Wafiq. Tinggal jejak sekali je dulu.. :P

P/s - Kadang2, tak tinggal jejak bukan sbb taknak. Tp speechless. Taktau nak comment apa. Especially bila tgk recordings of Wafiq. Harap2, one day, Rayyan pun akan seaktif Wafiq.

Anonymous said...

saya mungkin bkn pada sesiapa pada anda...tp lately ni coretan anda menjadi peneman harian saya..so..plz...i wanna know ur story..

sekuntum_kembang@yahoo.com

Yasmin Nabilah.. said...

ramai yang sokong Jiey...tabahkan hati yek..Allah itu Maha Mengetahui...!