Tuesday, March 17, 2009

Masih ada sinar

Saya masih belum ada kesempatan untuk merangka cerita terbaru Ian. Kehidupan agak hectic. Saya tidak gemar menulis entry dari office kerana pada saya, ia mencuri masa kerja saya dan sebolehnya saya tidak mahu pulang lambat lagi. Entry yang anda baca setiap pagi, semuanya scheduled post. Yang saya set kan antara jam 9.45 - 10.15am.

Kepada yang meninggalkan email add, anda akan turut saya jemput untuk berbicara tentang Ian. Sejujurnya, saya perlu nasihat dari ibu-ibu yang lain. Mungkin pengalaman yang anda kutip dari melihat perkembangan anak, adik, saudara, hatta jiran anda sekali pun, boleh di kongsi dengan kami yang serba kerkurangan ilmu keibu-bapaan ini.

Coretan saya kali ini, semata-mata ingin menunjukkan rakaman malam tadi. Saya sedang sibuk di dapur dan meminta hubby melayan Ian. (Semenjak perkhabaran dari Dr., kami tidak lagi meninggalkan Ian bersendirian. Kerna itu, masa untuk menulis blog juga terhad). Bunyi suara hubby membuatkan saya segera berlari ke luar. Rupa-rupanya, dia sedang bermain-main dengan Ian.

Hubby mengangguk-anggukkan kepalanya dan Ian meniru pergerakan yang sama. Amazing right? Saya berkejar mencari kamera untuk merakam momen ini. Walau Ian sudah kepenatan, tapi dia masih memberi 'kerjasama' yang baik.

Kalau dia boleh meniru pergerakan yang di ajar dengan mudah, kenapa begitu cepat mahu mengklasifikasikan dia sebagai OKU? Mungkin keadaan dia tidak sama dengan kita, tapi itu bukti bahawa Rayyan bijak bukan? Dia tidak perlu "sama" dengan kita semua untuk melakukan apa yang dia mampu lakukan. Pelik. Pelik dan menarik. Sudah pasti saya tertarik untuk tahu lebih lanjut. Cepatlah ujian. Hati ini mahu tahu.

P/s - Saya akan terangkan apa yang tidak "sama" itu di entry yang akan saya private kan. Mungkin di hujung minggu nanti.

Untuk pengetahuan, saya cukup tertarik dengan kata-kata ini :

mOmmy of Triplets plus One said...
dear,if tahun lepas ryan bejaya buktikn kata kata Dr tu salah, insyaAllah tahun ni Ryan akan buktikn lagi kata2 Dr tu salah
March 16, 2009 12:18 PM

Thanks Munirah dearest. I'll hold on to this.

Hmm.. Mungkin saya perlu memperlahankan rentak pada bulan March. Sudah dua tahun berturut-turut bulan March saya memberi kesan emosi yang mendalam. Hahhaha.. Karut! Slap*Slap*

Perjalanan pulang dari SJMC. Kembang kuncup hidung Ian bila 'bercerita'

18 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..pandai la Ian buat camtu..emm..Ina pun rasa doc salah..emm..takpe..kita prove kan pada doc yang dorang tuh salah..dari apa yang Ian buat tadi ,ina tgk mmg menakjubkan..Nabila pun tak pandai buat camtuh tau..tapi Ian ni semangat dia mmg kuat..Jiey kena yakin ngan kemampuan dia..Chaiyok Jiey..Chaiyok Ian..Cayang dia!

Nina said...

ian mmg pandailaa...harap kate doc tu salah..harap ian membesar dengan baik..amin...sayang die

mamaeesya said...

salam ibu ian...
bukan semua cakap dr. itu betul..
my neighbour auntie dulu diorang estimate boleh hidup 6 months bcoz of her cancer..later she survive much much longer than their estimation. u're very powerful mom. berdoalah tak putus2 kerana doa seorang ibu terhadap anaknya amat cepat kesannya.

Luvvvvv said...

salam jiey, ada benda nak diceritakan kt anda, tunggu lah, busy sangat lately ni!

my ym : ibu_uwais

salam sayang peluk cium utk Ian from ibu-uwais-ameenah!

Elyn Sani said...

i'allah macam yg awak ckp sinar tu tetap ade tuk rayyan..... progress setiap baby berlainan... bergitu gak ngan rayyan kot....

Leen Die said...

ermm..tepuk tangan utk IAN..yeyeyey IAN..sweet tgk gmbr IAN..mata dia pun dah ok dah kan..jie teringin sgt kiter nak jumpa kalian..leh bawak Rayyan borak ngan Ian..jie tinggal ampang kat mana?jie nti add leen kat ym (asst_qs@yahoo.com)

Jiey^Mien said...

Dear all,
Thanks for the support. InsyaAllah, Ian will be ok. Untuk menjadi 'sempurna', it's too much to ask. Tapi sempurna kan subjektif. He's perfect to us. =)

P/s - ym kat office kena ban la.. kat umah weekend bleh la.. Ni my email add - freaky_gurlz@yahoo.com
Leen, umah jiey kat taman saga, ampang.

ibu_Arifa said...

saya pun turut mendoakan yg terbaik untuk Ian..kiss dia dari ibuarifa..muahh..muahh..muahh..

Love... said...

jgn sedih2 jiey...
insyaallah ian akan sihat2 selalu..
insyaallah...

Mrs. Simplicity said...

aaa comel ian main peek-a-boo dgn ayah dia. pandai ikut lak tu. go go ian!

Anonymous said...

Sangat suka tengok Ian angkat kepala :D...very cute. Lebatnya rambut Ian. All will be fine. Keep praying. Doa ibu untuk anak pasti di makbulkan. Insyaallah. Ameen.

Ganbatte Ibu Ian!!!
p/s: keep in inform on Ian's story.

Ummi Alisya said...

hai jiey...ian & anak2 seumpama mereka nih mmg kuat semangat nyer lebih dari kite! dulu saya pernah bercakap dgn diri nih..(doc tuh bukan nya tuhan untuk menentukan kehidupan anak kite) mereka xder hak nak klasifikasikan seseorang bb tuh. untuk Ian, tabah kan hati..sarra pun nak jadik kuat cam Ian..

Jiey^Mien said...

ita : Diorang sumer nih kuat2.. Kta pun kuat gak.. Sbb tu diorg ikut.. Hehehhehe..

Puteri Satu said...

ada entry yang akak tertinggal...tak per...akak skrol down balik...

seperti kata komenter yang kat atas tu jugak...akak rasa rayyan sama cam baby2 lain..insyaallah rayyan tak de apa2...mungkin ini semua ujian untuk jiey....akak doakan rayyan membesar dengan sempurna..bijak, sihat dan pandai ye...

akak pun dok ampang...kg melayu ampang....

Jiey^Mien said...

Ala kak, dekat je tuh.. Tiap2 kali balik keje, mesti ikut jalan straight yang kalau turn kiri tuh, terus Kg. Melayu Ampang..

Farah said...

eh..nak private blog ek??saya selalu peek blog ni..boleh tak invite saya sekali...nak tahu jugak perkembangan rayyan nnt..saya doakan die sentiasa sihat..

mylildreamz@gmail.com

Anonymous said...

assalamualikum...
akak nih silent reader je... but almost everyday i visit ur blog just to get update on ur baby.
i am impressed how strong u r.. as a mother of 2, i understand how strong a mother shud be..
nway, klu private kan ur blog, please invite me as well ok...
my email: sitinoraini@yahoo.com

Watie Aziz said...

wow!! that amazing lah dear!! pandainya dia angguk!! i pun teruja tengok video nih!! such a wonderful baby!!

congrats to u & hubby! u prove them wrong ..not once, not twice ...u know it!!