Wednesday, March 25, 2009

Yang menjadi perhatian..

Semalam hari yang penuh cabaran. Dari pagi menjelang ke malam. Tapi syukurlah Allah SWT mempermudahkan segalanya walaupun rintangan bukan sedikit. Kami bertolak ke SJMC lebih kurang jam 815am. Hujan selebat-lebatnya. Beberapa tempat mula dinaiki air. Tidaklah sedalam mana, tapi cukup menggusarkan kerana kereta hubby memang lowered habis. Bahagian hadapan, kalau diukur dengan jari, jarak tidak sampai sejengkal antara tanah dan bumper. Melawa la konon..
.
Sewaktu di MRR2, hubby meredah kawasan ditenggelami air yang agak tinggi. Sudahnya, kereta tersadai, tidak dapat bergerak. Saya sudah mahu menangis. Geram kerana tersangkut di tengah jalan yang seterusnya akan mengakibatkan kami terlewat dan marah kerana kondisi kereta yang tidak sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga!
.
20min berlalu. Masih menanti mekanik datang. Saya sudah putus asa dan hanya berserah kepadaNya. Alhamdulillah.. Allah SWT menghantar seseorang untuk menolong. Paklang dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Dengan bantuannya dan dua orang penunggang motosikal, kereta berjaya di tolak ke tepi.
.
"Kamu nak ke mana ni Min? Dengan anak kecik ni?
"SJMC Paklang. Check up Rayyan."
"Kalau macam tu, biar Paklang antar la.. Meh Jiey, naik kete Paklang."
Saya mengikut dari belakang dengan dipayungi hubby.
"Nanti kete dah ok abang pegi yea.. Careful!"
.
Sepanjang perjalanan, saya sibuk bercerita dengan Maklang. Saya sangat2 berterima kasih. Kalau tidak, segalanya pasti terbatal. Untuk menukar ke tarikh lain, pasti lagi dua minggu. Syukurlah..
.
Tiba di SJMC jam 1015am. Bayangkan, dengan dua beg dan seorang bayi - 1 berisi botol2 susu, milk dispenser, nestum yang sudah dimasukkan ke dalam bekas kecil per serving, flask air dan pacifier extra. Dan satu lagi beg terisi diapers, baju persalinan, towel, baby wipes dan toiletteries Ian. Terkial-kial saya dibuatnya. Menyesal kerana tidak membawa bibik bersama.
.
Saya tergesa-gesa ke Klinik Dr. Tunku di tingkat 7, pakar rehab. Sewaktu mendaftar, kakitangan di kaunter pendaftaran memberikan pandangan simpati melihat saya yang kelam kabut mencari kad temujanji dan GL. "Suami kat tempat parking yea kak?".. "Err.. I'm alone with the baby today, and of course, without a stroller!" Saya letak beg di kaki dan dudukkan Ian di atas kaunter pendaftaran. Dia menarik perhatian beberapa kakitangan di situ. Mereka menegur-negur Ian.
.
Selesai pendaftaran, saya terus ke bilik Dr. Tunku. Mengambil nombor giliran. "Adik, akak ada appoinment untuk EEG test, boleh tak kalau akak ke sana dahulu?" "Boleh kak, nanti kita call akak yea.."
.
Saya turun ke tingkat satu. Di dalam lif, sekali lagi Ian menarik perhatian pengunjung di situ. "Wahh.. Lambut manyak cantek woo.." "Apa cantik Auntie? Ini kerinting la.. Taktau mana dia dapat ni.. Dulu elok je straight.." "Bagut la itu macam.. Manyak lebat.. Wahhh.. You tengok, dia sudah mau cakap la.." Wanita cina separuh usia itu masih menambah.
.
Di tingkat satu, saya terus ke Pusat Diagnostik. Selepas saya hulurkan kad temujanji dan GL, saya dudukkan Ian di atas kerusi bertentangan dengan kaunter pendaftaran. "Sit Ian.. Sit still. Don't move. Mama tired. Mama alone. So many things Mama needs to carry.." Ian diam tanpa bergerak. Hanya mengukir senyum di bibir.. Manis sungguh. Saya terdengar tawa kecil di belakang. Terus menoleh. Empat orang kakitangan SJMC berdiri di kaunter sambil memerhatikan Ian. Ada tawa kecil bersama mereka.. "Eiii.. Sweetnya.. Dia dengar kata la.. Tak bergerak langsung.." Yang lain menyampuk, "Ala.. Comelnya.. Geramnya.." Dan suara lain pula, "Tengok, tengok, dia sleepy.. Hahhaha.." Memang tidur Ian terganggu sedari pagi..
.
"Kak, ujian ni 3 jam yea.. depends on baby. Kalau cepat dia tidur, cepat la.."
"Alamak dik, akak ada appoinment dengan Dr. Tunku."
"Klinik Dr. Tunku ada pagi jer. Kalau akak nak gi jumpa dia dulu, kita cancel la test ni.. Buat some other date."
"Tapi date, akak dah set appoinment dgn Dr. Sofiah petang ni. Takpe la.. Buat yang ni dulu.. Akak re-schedule dengan Dr. Tunku."
.
Kami dibawa masuk ke bilik untuk ujian EGG. Selesai melekatkan wayar-wayar kecil itu pada kepala dan dada Rayyan, ujian dimulakan. Lebih kurang jam 11am, hubby sampai. Saya meminta hubby menganbilalih tugas menjaga Ian. Semua barang yang berada di dalam beg pakaian Ian saya alihkan ke dalam bakul stroller. Beg dibiarkan kosong. Saya bergegas ke bilik air dengan beg-beg Ian. Nestum Ian tumpah! Satu persatu botol susu saya bersihkan. Segala-gala yang ada di dalamnya terpaksa dicuci dan dikeringkan. Penat! Sungguh penat! Saya turun ke Ground Floor dan membeli beberapa makanan bayi, Heinz dan Gerber.
.
Sesudah itu, saya naik ke atas dan menyuap makanan untuk Ian. Seterusnya memberi dia susu. Penat sekali! Ian mengantuk, tapi dia tidak dapat lena kerana tidak dapat menggaru rambutnya seperti kelaziman yang dia lakukan bila hendak tidur. Beberapa kali tangannya kami tarik dan pegang, tidak mahu dia menarik segala wayar yang melekat di kepalanya.
.
Akhirnya Rayyan terlena. Untuk beberapa ketika sebelum saya diarahkan mengejutkan dia kembali. Ujian selesai pada jam 12.45pm. Bahagian yang paling susah, untuk menanggalkan wayar yang sudah disapukan gel itu. Muka Ian berkerut-kerut seakan menahan sakit. Tentulah, rambutnya di tarik-tarik. Akhirnya, tangisan terhambur jua apabila wayar berpelekat di dada di tarik. Kulitnya turut tertarik. Kasihannn.. Saya tenangkan dia dengan pacifiernya.. Syahdu sungguh tangisan Ian waktu itu.
.
"Nanti, sblm jumpa Dr. Sofiah, turun balik ambik result yea.."
"Ok"
.
Kami berlari ke tingkat 7. Klinik Dr. Tunku akan ditutup pada jam 1pm. Alhamdulillah.. Masih sempat. Malahan kami terpaksa menunggu seorang lagi pesakit yang masih berada di dalam. Perjumpaan dengan Dr. Tunku berjalan lancar. Comel sungguh aksi-aksi Ian. Rugi kerana ayah tidak mengabadi momen-momen itu sedang saya sibuk bercerita dengan Dr. Yang paling comel, sewaktu Dr. meletakkan Ian di dalam sitting position. Dia bertahan untuk beberapa saat sebelum terjatuh. Sengih tidak lekang dari mulut kecilnya.. Dr. tertawa melihat gelagatnya. Untuk ujian kali kedua, Dr. tidak sempat memegang Ian membuatkan dia terhantuk pada dinding simen. Tidaklah begitu kuat namun jelas di wajahnya dia terperanjat. Kami menanti reaksi seterusnya. Hampir menangis. Melihat kami khusyuk memandangnya, Ian menghadiahkan senyuman lebar. Kami tertawa beramai-ramai.
.


Bayi yang terlena kepenatan.

Temujanji seterusnya, hari khamis minggu hadapan. Sesi physiotherapy. Seterusnya saya ke tingkat satu untuk mengambil keputusan ujian EGG. Hubby menolak stroller ke kafe. Lapar sekali. Dari pagi tidak menjamah apa-apa. "Abang order la dulu, nak suap Ian makan dulu." Setelah Ian terlena, saya menyertai hubby menjamu selera.

Terus ke klinik Dr. Sofiah di tingkat 2. Dari jam dua menunggu walaupun maklum klinik hanya akan dibuka pada jam 2 setengah. Hubby ke surau untuk solat. Saya hanya berlegar-legar di situ. Tidur Ian sekali lagi terganggu kerana mereka mahu mengukur beratnya. 7.77kg. Tidak jauh beza dari dahulu. Tapi ok la.. Ian sudah sebulan lebih tidak betul2 sihat. Saya ambil kesempatan menukar diaper dan baju yang sudah comot. Basuh mukanya agar dia lebih segar.

Jam 3 lebih, kami masuk ke bilik Dr. Sofiah. Dia membacakan keputusan EGG. Tidak sepenuhnya berita baik. Ada berita buruk yang terselit. Tapi kali ini, kami tidak kecewa lagi kerana kami sudah bersedia dengan yang terburuk kerana perjumpaan 2 minggu lalu. Selagi ada harapan, itu sudah memadai.

Sesudah itu, kami ke kaunter ubat di Ground Floor. Saya sempat berkenalan dengan ibu kanak-kanak istimewa. Sungguh kuat dirinya. Anaknya sudah berusia 8 tahun namun belum mapu berjalan dan bercakap. Makannya juga hanya bubur. Tanpa diketahui punca dan sebabnya.

Jam 420. Kami bergerak meninggalkan SJMC. Sekali lagi terduga, kereta buat onar lagi. Tahankan juga. Memandu sehingga pusat servis kereta yang berhampiran..

"Aiyooo.. Ini tempat suda campur air.. Kena tukar la ini."

"Saya tau tokei. Tadi pagi masuk air.. Banjir maa.." Jawab hubby, saya tidak tahu apa yang perlu ditukar. Saya tidak kisah, saya tidak heran! Mokcik panas ok! Mokcik penat! Nasib baik mokcik tak lari balik naik cab! Ian tertidur.. Kepenatan. Malamnya juga, jam 930 Ian sudah tido.

Sudahnya, jam 715pm kami tiba dirumah. Satu hari yang panjang. Satu hari yang mencabar dan satu hari yang memenatkan!!


"Ini girl ke boy?"

"Boy kak. Nape?"

"La.. Ingat girl tadi.. Bulu mata panjang, lentik plak tu.. Mulut kecik jer..

P/s - Ian mungkin tidak secomel bayi tipikal yang lain dan tentunya tidak layak menyertai pertandingan bayi comel, tapi Ian comel kerana dia anak saya. Dia comel di mata saya! Sangat comel ok! Noktah.

"Err.. Abang tak sedih ke bila Dr. Sofiah bgtau tadi? Abang tak risau?" Sekadar menduga..

"Ini kompromi namanya. Bila ada satu yang baik pun abang dah syukur sangat2. Biarlah yang lain itu. Bukan tiada harapan langsung, kita cubalah lagi. Adik tak ingat ke di mana kita semua bermula?" Kata hubby sambil mencium Rayyan bertalu-talu. "You're such a strong boy!"

Nanti saya kongsikan di entry seterusnya yea.. :P

17 comments:

Anonymous said...

Ian juga comel dimata saya walaupun dia bukan anak saya.. hehehe..

Jiey..
membaca pun dah boleh bayangkan betapa letihnya Jiey dengan kereta rosaknya lagi...sabar..sabar sabar..

nothing is impossible kan, Ian will be O.K..peluk cium utk Ian.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,

Tatkala Put baca ayat ni ..

'Saya sempat berkenalan dengan ibu kanak-kanak istimewa. Sungguh kuat dirinya. Anaknya sudah berusia 8 tahun namun belum mapu berjalan dan bercakap. Makannya juga hanya bubur. Tanpa diketahui punca dan sebabnya.
'

:(

Put jad takut. Macam Idris je..

Btw, dulu pun Idris buat EGG juga. Alhamdulillah, semuanya normal. Tapi waktu dia buat tu memang syahdu, sebab wayar-wayar banyak kat kepala dia. Bila dia meronta-ronta, diaorang inject kasi ubat tido plak. Kesian tengok muka Idris di bawah pengaruh dadah masa tu.

Aunt Put harap Ian sihat-sihat sokmo. Ingat ni, hero tok gaduh (baca dalam slang kelate)

Anonymous said...

jiey i baca entry ni pun rasa penat! hehe. xpelah semoga hari2 lps ni dipermudahkan urusan ye. nway ian is a fighter! insyaAllah dia boleh pegi jauh lagi :)

Eliss said...

nuha pun suka tarik rambut time nak tido.. :D
x sabar utk entri seterusnya...

mOmmy of Triplets plus One said...

bagusnye die bleh dok diam time EGG.

Jiey^Mien said...

nieza : tenkiu Auntie Nieza.. Hopefully, with hard work, semua akan ok.. =)
P/s - selalu je penat tapi tak kurus pun.. :P

Put : Kato hero tok ggaduh.. relax la.. InsyaAllah Idris ok.. Even Ian pun xleh makey makaney keras skek.. Mulo la cekik. Mesti keno blend betul2.. Smpi hancur..
Nati2 ok la tu.. Baik Ian, baik Idris, both of them will be ok.. InsyaAllah..
Tp mmg sedih tgk ank keno go thru all this.. Tp takpo la.. Koho2 deh..

Ina : Huhuhu.. Selalu doa mintak dipermudahkan urusan. Taknak kalut2dah.. =)
Mintak2 la takde yang mengganggu di kemudian hari.. AMinnn..

elissmie : trend kot.. hehhehe..
tungguuu.. (sekali terperuk dlm draft folder jugak.. :P)

mommyoftripletsplusone : Munirah, cuba perhati betul2 tangan Ian.. I tgh pegang tu.. Tak bagi dia tarik.. Hehehhehe.. Tp at least dia tak meraung la.. Ian ni lemah lembut.. :P

Luvvvvv said...

comelnye Ian pix yg last tu jiey!! geram ajekkk... kiss utk Ian yer!!

luv,
ibu-uwais-ameenah

Leen Die said...

Loh jie..cian kat demo..betul2 terkejar kesana kesini..boleh bayangkan jie ngan beg pelbagai..dimata leen Ian comel walaupun dia tak seperti kanak2 lain..clever sgt tgk dia..betul kata ahsoh(makcik cina tue kan)rambut Ian banyak..tak silap dah 3 kali kan jie potong rambut Ian.anak ambo lepas cukur aritue huhu lambat benor nak tumbuhnya..neway labour day ambo kelik kb..demo tak kelik ko..teringin sgt nak p umah demo kat ampang tp jadual hari minggu padat sungguh..neway kiss utk Ian

Jiey^Mien said...

ibu_uwais_ameenah :
tu muka tak puas hati takleh nak tarik wayar tuh.. :P

kiss balik untuk asham boyyy and asham keping! =)

Leen :
cuti labour day tuh annibeseri mokcik.. niatnya nk gi berfoya2.. Kita plan later k.. :P

m.e.m.e said...

sapa kat tak comel? kalu saya dekat dah basah-basah pipi Ian tuh saya kerjakan....:D he is really cute. Baby sesuci Ian is cute. Noktah.

Mrs. Simplicity said...

1st - kalo pasal kene handle anak sorang2 bile kua ni, mmg la menduga. aku penah gak. kiri pegang anak, kanan pegang barang, beg kite lg sume. aduhai... dlm hati dok bengang kat wan. hahaha...

2nd - org ckp ian mcm girl, nia pulak org cakap macam boy. siap org penah cakap hensem boy lg. penah dgr tak org ckp, kalo anak kite tu muka mcm lelaki, next anak kite mesti lelaki. mcm2 teori diorg ni. hahaha..

3rd - gmbr ian yg muka nye blur sambil fikir, ape la kat atas kepala aku ni. comel!

Unknown said...

kesabaran jiey mmg kuat... tahniah... teruskan perjuangan mu k...

sape kata ian tak comel... comel laaa... sume baby tipikal ka tidak sume comey... asal nama baby je pd lin comey... cute miut... ian pun camtu gak...

yatie chomeyl said...

Ian memang comel...semua baby dala dunia ni adalah comel kerana mereka bersih dari noda & dosa...sejuk je mata memandang si kecil ni :)

acu aza damia said...

Ian ttp comel dimata siapa sahaja Jiey.. Both of you (Ibu & Ayah Ian) should be proud to your son.. He's very wonderful & adorable son...

Acu yang baca kisah sehari suntuk Jiey pun terase penatnyer jugak... Mau hangin satu badan disaat2 camtu tetiba keta lak rosak.. Jiey mmg penyabar!

Utk Ian,

Auntie sayang kat Ian.. Moga Ian jadik anak yg soleh n pengubat duka lara ayah & ibu... Salam peluk cium utk Ian.. MMMuah!

Anggerik Hutan said...

ian comel la akk..zai ni siap mimpi2 tau dokong ian..kihkih2...
mungkin setiap hari bace psl ian sampai termimpi...huhuhu
satu ciuman tuk ian..mmuuuaahhhss

Elyn Sani said...

jiey saya x tau nk komen apa sbb 2/3 arini ni saya emo.... pi blog sane sini air mate ni duk ngalir.... saya x cukup kuat cam jiey..... peluk cium rayyan tuk saya!!!

Pnut said...

alaaa jiey dun wori, semua-semua emak apak pun akan cakap anak dia comel... pada mata orang lain mgkn tak lawa pun anak dia ni..eheheh tp sebagai emak kita tetap pandang anak kita comel...hiks... sama je semua emak...

part keter i..i can imagine betapa hotnya jiey time tu..ehehehe..


p/s tadi dah send msg tp cam error, kalau ada dua msg yg sama, delete ek