Tuesday, March 31, 2009

Pencarian..

Malam sabtu, sewaktu ramai bersedia untuk Earth Hour dan memilih bergelap di rumah, kami ke Carrefour untuk membeli barang dapur.
.
Hubby berkeras mahu membawa Ian bersama. Mulanya, saya agak keberatan.. Ian sudah mengantuk. Ada baiknya dibiarkan dia tidur dengan nyaman di rumah, bersama bibik. Melihat kesungguhan hubby, saya mengalah..
.
Aktiviti membeli-belah bermula. Setibanya kami di bahagian menjual peralatan bayi, saya teringat tentang walker. Sebetulnya, sudah sekian lama saya memikirkan untuk membeli walker untuk Ian. Saya tahu ia bertentangan dengan prinsip asal saya. Selagi bayi tidak boleh merangkak, jangan diajar dengan walker. Tapi kali ini saya nekad.
.
Sebetulnya, Ian tidak mahu berdiri. Bukan dia tidak mampu. Lututnya keras, kakinya juga keras. Tapi dia seakan-akan geli. Setiap kali kakinya mencecah tanah, dia akan segera menariknya ke atas. Sekarang kami sering menggosokkan kakinya dengan pelbagai tekstur untuk melatih deria sensory Ian.
.
Ian sudah mengantuk yang amat. Tahannya hanya sekejap, selepas itu, meraung kerana mahu tidur.. :P
.
Pinggang Ian sudah agak keras apabila diletakkan di dalam posisi duduk. Kerana itu, saya mahu meletakkan dia di dalam walker. Agar dia cuba berdiri supaya kakinya tidak kaku.. Lagi pun, untuk bayi seperti Ian, kami tidak boleh mengikut urutan perkembangan bayi biasa yang bermula dengan meniarap-merangkak-berjalan. Kalau dibiarkan terlalu lama, khuatir kakinya akan keras dan akhirnya memerlukan dia memakai alat khas. Mintak dijauhkan..
.
Saya jatuh cinta dengan yang ini, Sweet Cherry :-
Atau yang ini.. Masalahnya, mereka tidak menjual secara online. Mahu ke JJ, tapi entah bila akan sampai.. Asyik sibuk sahaja.. =(
.
Kalau yang ini pun cantik juga.. MyDear :-
.
P/s - Masih mencari walker yang sesuai.. Buntu..

21 comments:

Eliss said...

hiks..nuha pun baru beli walker..brand my dear :D

Jiey^Mien said...

Hehehhe.. Musim org beli walker kot.. :P

MeL said...

i pn mencari walker tp da dpt. mintak my fren tlg ship to m'sia. yah, i knw..klu biarkan merangkak lbh bgs. bley merangsang p'ggunaan left brain ke sumthing, i lupa. but mmg xlrt da mcm mika skg ni xboleh letak. bila berdirikan dia, dia lompat2 sekuat tenaga dia! endup i yg build muscle kat tgn ni. lenguh huhu ;p

Sue.Aleen said...

akak pun against dengan penggunaan walker tapi kali terpaksa mengalah juga. kaki deme ni macam geli semacam je bila jejak lantai kan.... beli sebab terpaksa. sorang kakak ni pagi² bawak anak dia ke padang rumput + walker supaya anak dia boleh jejak embun. now he's 23 years old. boleh berjalan masa umur 2 tahun. kesnya sama je cam syafiah...

Sue.Aleen said...

anak² sebelum ni memang tak pernah pakai walker. yang 1st berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan, yang 2nd masa umur dia 11 bulan...

Jiey^Mien said...

Hahhaha.. Lawak Mel.. I rs, cantik ape kalau ada muscle kat tgn.. :P

Betul la yg you ckp tu, ada theory yg kata baby who crawl first, math diorg bagus..

Tp tak kisah la.. I'm not good with math tp ok je idup.. Muahahhaa..

Jiey^Mien said...

Btul tu Kak Sue, kalau tapak kaki tu sentuh je apa2, cepat2 dia tarik ke atas.. Pelik betul.. =)

Itu yg Jiey bg je walker tu.. Dgr gak citer pasal embun tu.. Tp Ian bgn tido kul 9, takde dah embun.. Rumput pn takde kat area umah kitorg.. Huhuhuhu..

Nanti dah pindah, ada taman kat depan umah.. Hopefully bleh la buat..

mOmmy of Triplets plus One said...

athirAh pun macam tu dulu. asal letak atas rumput badan terus mcm ketam, kaki tangan sume terangkat. but everyday i slowly introduce die. now alhamdulillah no prob.

tapi i rase better encourage rayyan tuk crawl, it's good to stimulate their brain dear. in fact, the longer a child crawl, the more benefits he/she gets. takut nanti dh reti diri dh trus nk jalan taknk crawl

hArith crawl mase umur setahun, while athirAh mase 13 months.Dah lame crawl baru beli walker (after 3,4 bulan crawl) itu pun sbb nk 'praking' kn sorang bile nak tukar pampers lagi sorang. if not kang ke mane tah diorang crawl.

but of coz, this is just my opinion =)

mirah said...

Jiey, mirah pun baru last weekend belikan khadijah walker. Sebenarnya taknak belikan juga, in fact aisyah dulu takde walker pun. Tp mengenangkan khadijah is a prem baby, she needs more stimulation, then we decide belikan juga lah since dia dah blh duduk tegak kalau kita dudukkan cuma nak duduk sendiri belum pandai. Pastu tgh aktif memanjat sana sini, takut juga tersembam ke apa. Jadi walker ni blh lah bantu dia dan memudahkan kami juga pd sesetengah masa.

So far, dia ok lah naik walker tu. Panadi gerakkan ke depan, kiri kanan tapi nak pusing belum pandai ataupun sbb badan kecik dia tu tak blh nak control walker tu. Hihi..

Leen Die said...

Walker yg Ian duduk tue sebijik cam Rayyan punya.99 hengget je jenama sweet cheery..loh jie demo wat nayo ko Ian..nagntuk benor tue..mama dia suh posing lagik..cayolah Ian..maintain posing dlm walker..go==goo Ian nanti kacau mama Ian tau bile duk dlm walker tue tau...

Leen Die said...

Jie umah leen dekat ngan kilang my dear

Jiey^Mien said...

Munirah : Itu la.. Kitorg mmg still practice nak buat Ian merangkak.. Cuma kaki tu risau jugak la.. Lg pun dia nyer Dr. pun ada concern jgk.. Takut later kena pki alat khas tu.. So far, kaki dia ok lg la.. Still react.. So, kitorg just nk make him stand but in the mean time, still continue dgn crawling exercise tu..

Mirah : Pandainya Khadijah.. Tak padan kecik.. =)
Kitorg nak Ian belajar berdiri jer.. Berjalan tu biar dulu.. :P

Leen : Aiyokk.. Bakpo maso di cr4 ari tuh RM159.90.. Mokcik hampir2 nok beli.. Tp tok keney kaler..

Jiey^Mien said...

Leen : Nk Sweet Cherry.. =(

Leen Die said...

huhu..loh tuelah ambo pun terkezut jugak tengok rege rm99.90. huhu..ermm..ambo kenen kaler biru pastu takdok..nak baloh doh ngan abenya tp sib baik sabar..muakaka..tp ambik jugok..bagus tue jie belikan Ian walker..dia leh gerakkan kaki dia tue..leen beli kat Rayyan masa dia umur 4 bulan nak masuk 5 bulan sero masa tue br nak blajar niarap tapi gak lapik bantak depan belakang. sekarang nie takyah doh lapik bantal g mari kejenya..huhuhuh..tak larat ambo duk tolok jgn mari dapur..

Leen Die said...

lagi satu nak tambah ambo beli kat cr4 wangsa majulah aritue nya..ambo tido umah abe ambo kat ukay perdana tuhh

Elyn Sani said...

walker yg ian try tu sejibik cam wafiq nyer...... hihih cumel ian ngan ngantuk2 duk lam walker!!!

Jiey^Mien said...

Elyn : Dah tgk dah.. Amboiii.. Siap gi PD bwk walker lagi tu.. =)

Unknown said...

Adwan lin belikan sweet cherry yg design lebih kurang cam jiey suka tu, tp takda mainan yg stand tu, just yg muzik je.. lau lin suggist kan yg sweet cherry sbb dia leh wat rocker gak.. body dia pun mantap n kuat je....

Mrs. Simplicity said...

aku beli walker untuk nia aritu kat mom's care, tesadai je. dia x mau dok situ. so, tunggu dia pandai merangkak baru letak balik.

mirah said...

jiey, mirah beli brand sweet cherry gak, latest dr yg Ian duduk tu. Di manjaku bangi harga asal rm 169.90 kot dapat 20% less. Yg Ian duduk tu pun ada rm 159.90 20 % less juga.

Hhehe kot lah tringin nak g tgk, tp mcm jauh je dr tempat jiey yea.. :)

Jiey^Mien said...

Alamak.. Jauh la Mirah.. Smlm gi Cr4 Wangsa Maju.. Takde yang menarik.. Yang warna blue black kat atas tu RM199.90.. Yang Ian duduk tu betul la RM159.90.. Dah call sweet cherry tanya.. Nanti nak gi JJ plak.. InsyaAllah, weekend la kot..