Sunday, May 31, 2009

Hadiah hari lahir..

Untuk hadiah hari jadi Ian, saya belikan sesuatu yang sudah agak lama saya inginkan untuk Ian.. Yang pertamanya, sebuah buggy. Kononnya, senang untuk di bawa ke sana sini memandang kami pengunjung tetap SDMC, saban minggu. Lagi pula, ada waktu, hubby yang menghantar dan ada juga waktunya kami ke sana dengan dihantar oleh abang saya.
.
Agak susah kalau mahu membawa stroller Ian keluar masuk. Besar yang amat. Kalau balik kampung juga, stroller terpaksa ditinggalkan kerana memakan ruang yang banyak sehingga menyukarkan untuk mengisi barang2 lain. (Dalam erti kata lain, "Abang, perdana tak sesuai untuk orang yang dah berkeluarga.. Mungkin harus tukar kepada MPV!! :P )
. .
. Tapi serasa saya, buggy ini agak tidak sesuai untuk digunakan bagi jangkamasa yang lama. Apabila bayi diletakkan ke dalamnya, belakang bayi seakan membongkok. Sangat tidak sihat. Apabila saya suarakan pada hubby, hubby mula membebel, "Itulah lain kali beli yang mahal sedikit.. Alah membeli menang memakai!"
.
Lalu saya ceritakan tentang buggy Ian kepada teman sepejabat. Kononnya mahu mencari jenama yang lain. Dan dia melarang saya. Katanya dia juga membeli sebuah buggy untuk anaknya dan dia juga berpendapat yang sama. Tidak elok untuk tulang belakang kerana ia sedikit menggelendong ke dalam.
.
Oh, rupanya rekabentuk buggy memang begitu. Awalnya, saya kira mungkin kerana badan Ian tidak segagah anak-anak lain menjadikan badannya sebegitu rupa apabila diletakkan di dalam buggy tadi. Dan yang pasti wahai encik suami, ia bukan kerana brand yea..
.
Hadiah yang kedua, MP3 player!! Adik saya tertawa apabila saya katakan saya mahu mencari sebuah MP3 player untuk Ian. Sewaktu masih mengandungkan Ian, saya kira, saya ada masa sekurang-kurangnya sepuluh hingga dua belas tahun lagi sebelum anak bujang saya merengek-rengek meminta saya membelikan dirinya iPod, MP4, MP6, MP19 hatta MP200 sekalipun. Tapi masanya tiba lebih awal, inilah takdir.. :P
.
Bezanya, Ian tidak merengek-rengek minta dibelikan MP3 ini, tapi ini adalah salah satu usaha saya untuk merangsang deria pendengaran Ian. Mulanya, saya cukup berkenan pada satu MP4 yang agak canggih ini. Harganya pun canggihlah juga. Tapi hubby melarang. Bukannya Ian tahu menghargai alat itu. Betul juga, jadi tidak perlulah membazir.
.
.
Saya isikan dengan ayat-ayat Quran, Zikrullah, nursery rhymes dan rakaman suara saya untuk diperdengarkan kepada Ian terutamanya sewaktu dia sedang tidur.. (kalau dia sedar, tentulah kami boleh berbual secara langsung dengannya.. :P)
.
Ian in his bulky stroller that really knows how to eat up hubby's car boot space.

Saya suka gambar ini. Perhatikan kaki Ian. Sebelum gambar ini diambil, kedua-dua belah kakinya berada di atas. Tapi tidak sempat diambil. This was my best shot. Saya excited sbb inilah kali pertama Ian mengangkat kakinya dan dengan cantiknya di parking di atas bahagian hadapan strollernya.. :P
.
Sblm ini, hanya melihat anak orang lain membuatnya, tapi pada 28 March 2009, Ian pula yang melakukannya! It's not a big thing, but for a mother to a special needs child like me, even the littlest thing that her child did, memberikan kesan yang amat besar!! :P
.
P/s - Gambar di dalam buggy merah itu diambil sewaktu ke SDMC, khamis lalu. Selari dengan emosi saya yang kurang stabil waktu itu, kami menerima khabar yang kurang menyenangkan lagi. Tidak mengapa, yang penting, usaha lagi!! =)

8 comments:

Han said...

Cuba ko letak bantal kat blakang badan tu.. Kot takde la membengkok sgt belakang Ian

Mamapinkie said...

Jiey, akak dulu guna stroller chicco, still using actually, tapi now model lain lah, yang lama tu tak muat dah..hehee..tapi yang dulu punyer sarjit memang suka sangat asyik recommend kat mak lain aje...sabor je lah ;)...anyway, i liked it too cause Ridhwan was sort of sitting up straight...and yet leh recline baring...nanti akak tunjuk gambar kalau nak tengok...tapi Ian dah ada baru nie takkan nak beli yang baru lagi pulak kan...

Jiey^Mien said...

Han: aku da try letak bantal.. Ok la jugak.. Takde la membengkok sangat..

Kak Reenaz : Eh excited nih.. Nak tgk kak.. Nak tgk.. Actually, after kitorg try first time masa gi fisio nih, dah terpikir nak let go kat my friend.. And dia pun dah setuju nak beli.. Tp lepas letak bantal cam ok plak.. Terus tak jadi.. Besar tak stroller tu kak? Kalau boleh nak yang kecik2 jer.. Senang nak buat turun naik kete.. :P

Elyn Sani said...

owh baru nk menggatal belikan wafiq buggy.... tp bile jiey cite pasal ni.... saya rase ptt lupekan dulu kegatalan itu ekekeek.....

Mrs. Simplicity said...

oowhh buggy nama nye. aku ingat sama je nama nye dgn stroller. jimat ruang kan? menarik2...

Anasfadilah said...

kelakar tengok gambar Ian letak kaki kat atas stroller tu...hahah

relaks nampak Ian,penat teman mama shoping ek.. :D

Jiey^Mien said...

Elyn : Boleh kot.. Cuba survey2 dulu brand lain.. Carik yang straight sket..

Aly : Sgt jimat Ly.. Straigh jer.. Tegak elok jer benda tu bila lipat..

Anasfadilah.. Salah la Auntie Dila.. Itu bukan teman mama gi shopping tuh.. Itu mama yang teman kan Ian gi wat hearing test.. :P

Liana Manjaku said...

His...nanti nak tengok buggy Husna ler... Tak perasan pulak! Coa, anak dara tu bila duduk tak nak sandar!

Jiey...suka hadiah yang jiey beri pada ian. Semoga memberi manfaat kepada ian.