Nanti besar leh jadi model tak Ma? Kecik2 lagi asyik dok suh posing..
As always, a smile from a baby who just woke up from his sleep.. :P
Masih senyum sewaktu sesi fisioterapi..
Seperti kebiasaanya, saya mengambil kesempatan berbual-bual dan bertanya dengan Ms. Sarjit tentang banyak perkara. Ada waktunya, Ian agak 'marah' kerana tiada lagu untuknya dan Ms. Sarjit lebih banyak berbual dengan saya berbanding dirinya.. :P
Pusing2 sket..
Pada sesi kali ini, Ian menunjukkan kebolehan duduk tanpa sokongannya yang makin meningkat kepada Ms Sarjit. Menurut Ms. Sarjit, duduk tanpa sokongan tidak lagi menjadi isu untuk Ian. Saya juga boleh 'membenarkan' Ian untuk duduk lebih lama sedikit kerana postur tubuhnya sewaktu duduk juga semakin baik.
Yang menjadi fokus utama kami sekarang adalah membuat Ian berdiri dan berpijak dengan kedua-dua belah kakinya yang sensitif. Satu cabaran, tapi saya akan terus mencuba.. =)
Menurut Puteri Nuur, mama Idris, satu alat yang baik untuk membuat bayi menjejakkan kaki adalah Jumperoo. Saya betul2 ingin membelinya dan hubby juga sudah menyatakan persetujuannya. Jumperoo yang harganya RM400 ke bawah sudah sukar untuk didapati. Yang saya jumpa dan sangat saya suka, berharga kurang seringgit RM800!
Kalau untuk kesihatan anak, rasanya nilai itu terlalu kecil. Tapi yang saya risaukan ialah, Ian tidak mahu menggunakan alat itu. Kalau dia tidak mahu, pasti membazir bukan? Sebagaimana walkernya juga. Kami belikan walker itu agar dia belajar untuk berdiri. Sampai sekarang dia tidak mahu. Hanya duduk sahaja. Setiap kali kakinya menyentuh permukaan lantai, setiap hujung jarinya mula mengerekot ke dalam. Geli. Betapa bersyukurnya kita yang mempunyai deria rasa yang tidak terlalu sensitif seperti dia bukan? Tapi adakah pernah kita menghargainya? Seperti kata hubby, Rayyan dihantar kepada kita untuk kita 'mengingati' banyak perkara yang kita sendiri lupa..
Dari SDMC, kami bergegas ke NICU PMC. Tidak lama di situ. Hanya membawa Rayyan berjumpa Auntie-auntie yang pernah menjaganya dahulu. Kami serahkan kotak berisi cupcakes kepada Kak Ton, salah seorang kakitangan di situ, bersama-sama gambar Ian yang sudah siap kami bingkaikan. Gambar Ian sewaktu di NICU dan juga gambar Ian yang terkini, berserta ucapan terima kasih kerana 'menjaga' Ian dengan kasih sayang. Bukan hanya seperti pesakit dan jururawat. Hadiah dan kek yang sama juga kami titipkan buat Dr. Wong dan Dr. Yong.
Ian dan Kak Ton yang dipanggil Wan bagi menggantikan panggilan nenek.
Ada rasa syahdu dan terharu setiap kali saya melihat gambar ini. Sewaktu entry ini ditaip juga, air mata saya turut bergenang. Ada rasa kasih yang cukup tulus di wajah Kak Ton. Pada awalnya, Ian sudah kepenatan dan mengantuk, sebaik sahaja dia diambil Kak Ton, dia tidak menangis. Dipandang wajah Kak Ton bersungguh-sungguh dan dia menegur Kak Ton berkali-kali.
Wajah Kak Ton juga diusap lembut sambil mulutnya tidak putus melemparkan senyuman. Masih kenalkah dia pada Wan yang ditinggalkannya setelah sekian lama? Mungkin. Terbuai dengan rasa syahdu yang mendalam, Kak Ton mengalirkan air mata sambil pipi Ian dicium bertalu-talu.
Saya tidak pasti sama ada tangisan itu kerana kasih yang tak terucap untuk Ian ataupun kesedihan yang mengundang setelah saya menceritakan beberapa ringkasan keadaan Ian yang terkini. "Don't worry Wan.. InsyaAllah, miracles do happen.. Dia dah boleh senyum and alert ni pun dah cukup baik.." Kata Kak Ton kepada saya.
Sewaktu saya mahu melangkah keluar dari NICU untuk membawa Ian pulang suatu waktu dahulu, tangan Kak Ton lah yang memegang erat bahu saya sambil berkata, "Be strong Wan.. Apa2 nanti, call akak yea..". Saya hanya membalas pendek, "Baiklah kak.. Terima kasih yea.."
Sebetulnya, saya tidak begitu mengerti kata-katanya. Sebesar mana lagikah kekuatan yang diperlukan? Selama ini, bukankah saya sudah cukup kuat? Kini saya mengerti maksud di sebalik kata-katanya.. Saya mengerti apa yang ingin dia sampaikan.. Kerana saya tidaklah sekuat mana. Sudah berkali-kali jatuh. Sudah berkali-kali juga menangis. Namun yang pasti, saya tidak mahu mengaku kalah demi Ian. Ini janji saya. Janji seorang ibu.
Pada saya, satu 'rasa' yang tidak dapat digambarkan apabila Ian diterima dan disayangi sedemikian. Pernah saya kerisauan kerana memikirkan penerimaan masyarakat terhadap anak-anak seperti Ian. Paling saya takuti, Ian akan disisihkan kerana kelainan yang ada padanya. Saya perlu 'menyiapkan' Ian untuk menghadapi semua ini bukan? Ian, untuk kesekian kalinya Mama mahu kamu tahu, terpilih bukannya tersisih! InsyaAllah, kita pasti akan dapat melaluinya..
Mama tidak akan dapat melindungi kamu dari pandangan liar mata yang melihat kamu, atau pun menahan teman-teman sebayamu andai kamu diejek. Tapi Mama pasti akan cuba menyiapkan kamu untuk menghadapi semua itu. Menjadikan kamu anak yang kuat dan tabah. Rayyan, dunia sudah menetapkan piawaian pada setiap perkara. Namun harus kamu ingat, kamu tidak memerlukan kelulusan dari sesiapa untuk mengiktiraf kebijaksanaan mindamu dan kecantikan paras rupamu. Kamu sudah cantik dan bijak di mata Mama dan Ayah. Noktah.
P/s - Untuk yang membaca dan mempunyai pengalaman, boleh bagi advise pasal jumperoo tak?? =)
21 comments:
Rayyan baby yg kuat...
Happy belated birthday Rayyan...
p/s : berkenan betul dgn nama Rayyan
Gud luck Jiey and all d best best to u n Ian..
apa2 pun jiey Ian sudah ada kawan...ada rania (anak aly), rayyan(anak bujang ambo),idris dan sophia(anak put),wafiq(anak ely),fahri n hafiy(anak lyna),nabila(anak ina),sarra(anak ita), iman(anak jue),mika(anak mel),ramai lagilah..Ian tak keseorangan..nanti kalau dorang leh borak2..pastu sero mok2 yang terlebih dr anak2 bergossip nie..hehehehehe
Ian adalah baby yang paling banyak tersenyum!
dan off course Ian boleh jadi model suatu hari nanti dengan senyuman yang menawan macam tu.
:)
Jiey, N3 kali nie...buat ummi menangis lagi. Baik dan tulus betul kak ton tu kan...
Pasal Jumperoo, ummi pernah jumpa yang RM 699. Tak de lah pengalaman mengunakannya. Ummi rasakan ada lagi 1 dia macam jumperoo tu,tempat pijak tu ada muzik2. So, kalo dipijak dia berbunyi2.
pertama kali saya masuk ke blog ini. semoga kamu tabah dengan dugaanNya. Insyaallah Rayyan akan sihat kembali. hepi belated besday to ian. -mama nabil-
Jie.. hari tu akak saya baru bagi tahu saya.." sebenarnya anak aku safwan tu doktor kata dulu akan slow dari segala segi dari kanak2 normal lain..sebab premature tapi aku kuatkan semangat layan dia macam anak aku yang normal lain... tadaaa ko nengok anak aku Safwan dah gi PLKN kat SIBU kekekeke" balik ni nak masuk kolej lak..
moral of the story doktor memang orang terbaik untuk kita rujuk.. tapi yang paling terbaik adalah diri kita sendiri macam mana kita nak tentukan nasib anak kita terletak pada tangan kita.. doktor hanya bagi pandangan perubatan yang dia belajar..
Go Go Mama Iannn.. U Can Do It
jiey kalo saya ade jumpeero tu bule saya bg Ian pakai tp saya pun x terbeli sbb rega nyer yg mahal.... cube u gugel tgk kot2 ade org nk jual 2nd hand nyer ke???
Cube Jiey try carik jumpeero tu kat Mudah.com bak kata kak elyn, yg second maybe murah sikit..
Baby kan ade instict kuat..hehehe..mungkin Ian tau kak ton tu sgt ikhlas n sayang die..jadi die calm n behave jek dgn kak Ton..
makin besar ian makin handsomelah... suka tgk pic ian...
Jiey, akak dulu kan pun nak beli walker untuk Ridhwan tapi Dr. Noor Laily kat Nury tak kasi cause dia kata un-natural way for the child to learn how to walk...that's what she said lah...and Dr. Taayah pun was never really keen to kasi akak beli untuk Ridhwan dulu cause dia kata Ridhwan akan dependent pada walker but his upper body will not be strong..so ntahlah yea...akak memang tak pernah beli in then end cause both doctors tak encourage..you can ask Sarjit though or Dr. Sofiah kalau musykil ke kan...cause macam Ridhwan nie has sensory problem so walker will not help much cause dia tak dapat rasa actually so kena emphasize on his sensory issues dulu baru leh introduce toys camtu to him..but Ian may be different..so then again, no harm trying anyway kan ;)
Kamalnzura : tenkiu..
P/s - kalo berkenan, bleh la untuk 2nd baby.. =)
Ina : Thanks a lot. Dear, take care tau..
Leen : Mintak2 la diorg sumer nak kawan ngan ian ek.. :P
puterikurekure : nenek dia kata, ngikut uncle dia la ni suka senyum..
hopefully, nnt baby intan pun suka senyum.. =)
Liana : a'ah.. yang tu rainforest jumperoo.. rege dia mmg rm699. tp yg jiey berkenan tu lagi canggih sket.. hehehehe..poyo btul.. beli pon blom.. oo.. ape tu ek? mahal gak tak??
tulip : singgah2 la selalu.. Alhamdulillah, Ian jarang nak bebetul sakit.. Cuma nak recover from what he's going thru ni, mmg betul2 mengharapkan pada kuasa tuhan n hard work je la.. =)
p/s - huhuhu.. takleh wat kunjungan balas.. restricted..
Mr. Mrs Zaidi Diaries : Wana, kalo kitorang ikut sgt apa yang doktor ckp, mmg dah lama Ian takde.. Thanks for sharing, hopefully ian pun jadik cam Safwan nnt.. (Tp kalo bleh, taknak la masuk PLKN tu.. Siyan Ian.. :P )
elyn : ala.. ala.. sweetnya elyn.. muahhh byk2..
a'ah.. ada gak jumpa, rm320. tapi lambat. dh sold out.. :P
cikpid :thanks yea. try gak carik ari tu. sold out la pulak.. laku sggh la jumperoo nih.. :P
itu la kan. instinct dorang ni kuat ek.. plg simple, dah seharian tggl ngan maid / babysitter, tgk je mak pak dorang, nak gi kat mak pak diorg gak kan?
ita : *wink*wink* ian ngorat raisha.. :P
kak reenaz : actually, sarjit pun tak bg pki walker tuh.. mama dia ni yang degil.. tp letak kejap2 jer.. tak lebih 5min pun.. :P
sama la ngan ian kak. sensory problem gak ian nih. there's nothing wrong with his kaki. sarjit n dr. taayah pun suh focus on developing his sensory system. macam2 berus kitorg gosok kat kaki dia..
emm..tak sedar air mata menagalir baca entri jiey kali ni..jiey seolah-olah meluahkan apa yg ada dalam hati akak selama ni..benarlah kata-kata ita..hanya ibu-ibu yg terpilih je faham apa yg dirasakan oleh teman-teman senasib..Akak akan ingat kata-kata jiey..terpilih tak bererti tersisih..Itulah jua harapan akak buat Iman...Moga kitakan terus tabah mengahadapi cubaan ini...For Jiey, thanks meminjamkan akak kekuatan..For Ian..go baby..Besar nanti blh main dgn abg Iman..
jiey.
insyallah Ian kuat, tambahan dengan sokongan mamanya.insyallah dia boleh hadapi hari2 nanti dengan mudah.. amin.
salam jiey..
pd pendapat i,jumperoo tu konsepnya lbh kurang sama je ngan walker, only this 1 it helps baby to bounce/jump n walker to b mobile. being mak to a fussy baby (cried non stop with out knowing why, cant stop moving, short concentrating) i know how u feel bout buying him d jumperoo.sbb non of d gadgeds/toys we bought for our bb was helpful to entertain him.so mb u can try doorway jumper (lbh murah, x la terasa sgt kl dia x nak ddk) n mb u can try 2ndhand shop online for things like this.apa2 pun wish u n ian best of luck!
Jiey,
Baca email dulu ye pasal Jumperoo tue. Lepas tu, pengalaman menggunakan Jumperoo ni, Idris memang belajar memijak. Nanti Jiey tgk blog Put pasal cerita kaki Idris. Kalau Sophia dah besar, sure Mama Put buwi jah ko Ian jumperoo hok ada dirumah ni.. ;)
Kak Nani : Jiey tak meminjamkan kekuatan kepada sesiapa. Kerana kekuatan itu memang ada di dalam diri akak.. Kita 'berkongsi' kekuatan itu, kerana kita 'berkongsi' rasa yang sama.. InsyaAllah, moga terus ditetapkan hati dan iman kita semua.. (saje je sebut nama iman.. :P)
nieza : aminn.. aminnn byk2.. puh.. puh.. puh.. (jampi jadik betul, bia masin mulut nieza..)
Put : Timo kasih Mama Put.. Terharu Mama Jiey.. Rindu nok cium pipi gebu sophia n nk cium bau baby.. huhuhu.. nok jupo abe idris hok semak tuh etek.. =)
Jiey...yg bendatu kan...ummi tak ler tengok yg baru. Selalu tengok yg 2nd jer...Kalo 2nd dalam 200 - 250.
semakkknyyyooooooo anok sedaro aku. supo ayoh dio. hik. tapi mato mung nga laki mu srupo jah jiey. so barangkali nnurun duo2. ho ho..
Post a Comment