Monday, May 25, 2009

Selamat Berbahagia Fa dan Amat..

Hari sabtu yang lalu, kami ke Seremban. Memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan seorang rakan lama, Farah.. Sesekali bertemu di upacara begini, pastinya riuh rendah dengan gelak tawa rakan2 yang sudah lama tidak bersua muka.
. Bersama pasangan pengantin..

Fa dan Amad mendendangkan lagu "Aku dan Dirimu"

Ian sedang sibuk 'makan'

Jakun.. Semua tempat dia sibuk nak tgk.. :P

Us again.. Ian dah mengantuk..
.
Notice tak baju Ian yang bertukar? Aduhh.. Ian memang anak yang lasak. Tak dapat saya gambarkan andai dia sudah boleh berjalan nanti.. Semua benda mahu dicapainya.. Dalam kami berjaga-jaga, cepat sangat tangannya.. Hasilnya, jag air putih ditariknya dan hampir suku isi air tumpah.
.
Sudahlah dia sibuk mahu minum dari cawan yang kami gunakan. Ditarik2nya tangan saya sewaktu saya mahu minum.. Dan apabila disuakan ke mulutnya, beria-ria dia mahu memegang gelas itu sendiri.
.
Honestly, kalau bukan kerana fizikalnya, tiada apa yang membezakan dia dengan anak-anak seusia dengannya. Perasaan ingin tahunya tinggi. Dan tangannya juga 'pantas' bergerak.. Otaknya ligat berfikir apa lagi yang perlu dilakukan seterusnya..
. Ian ditidurkan ayah yang mula bosan coz kami melepak dengan begitu jayanya.. :P
.

Sebelum pulang..

Bila bangun tidur, kembali tersengih-sengih la anak ini.. :P

Sesekali reunion begini, seronok juga kan? Ada yang datang dengan anak, ada yang masih single, ada yang sudah semakin slim, ada yang maintain, dan ada yang makin gemuk (merujuk kepada diri sendiri) =)

P/s - Aly, sorry tak tunggu ko.. Lama sgt tu.. Pae bgtau kul 2 baru ko nak gerak.. Ian dah tertido, laki n adik aku dah wat muka bosan dah.. :P

10 comments:

Mrs. Simplicity said...

jeles tgk gmbr2 ko sebab meriah. ramai lg. time aku datang kan, org da susun kerusi meja tau. huhuhu..

bes betul kalo suara mmg semulajadi sedap, bole je nak nyanyi, siap atas stage lg tuh. biasa wajib pengantin kena nyanyi. time aku dulu, siap buat dek je bila dj announce soh nyanyi. sumbang nanti ujan turun..

tu la, sesekali dpt gathering camni mesti bes!

p/s : nenek yg keding tu rilek je aku tgk dukung anak dia. hehehe...

misz_nierah said...

alahai, cair tgk Ian senyum... *wink*wink*wink such a wonderful little Khalifah ^_^

Liana Manjaku said...

cute jer Ian duduk kat kerusi tu... Good boy... :)

Intan and The Boys said...

Ian dah boleh duduk kat kerusi biasa tu. best la!
slalunya tgk gambar Ian duduk atas sofa.

dia dah pandai nak capai2 dan ada keinginan nak buat kecoh, memang dah macam kanak2 lain dah pon jiey. takde beza pon.
:)

Unknown said...

Sgt cute bile tgk ian senyum.. Gewamnnyyerrr

Elyn Sani said...

Ian senyum lagik manis dr aunty la!!! huwaaaaaa

yatie chomeyl said...

ala rs nk ngorat jah Ian nih..suko sgguh senyum2 ko aunty yatie :)

Pnut said...

alaaa jiey, dun worry sgt,INsya-ALlah Ian tader 'istemewa' sgt, normal je nengok dia... dah boleh duduk, dah boleh capai dan gapai..sangat bagus tau...

alesya pun belum boleh duduk tegak lagi, merangkak pun baru-baru angkat badan, belum 'mengayuh' lagi..eheheh

tapi alas meja dah pandai tarik, lps ni abeh la english collection akak tu weiii

Jiey^Mien said...

Aly : romantik je kan ly.. sweet jer diorg nih.. akhirnya.. Alhamdulillah.. nanti kita gather2 la masa birthday Nia =)

misz_nierah : nama pun budak senyum.. =)

Liana : duduk tak lama, pastu sibuk nak kita pegang.. :P

puterikurekure : tapi badan dia tak betul2 strong lagi.. coz backbone dia still lembut.. harap2 ngan fisio non stop ni, bleh la tgk perubahan kan? =)

Jiey^Mien said...

sutera batik : kalau geram, jemput la datang ke rumah.. pastu leh lenyek2 cam saya selalu buat.. :P

elyn : tak lawan wafiq la auntie elyn..

yatiey : ko auntie gak suko la.. ko uncle biaso2 jah..

kak pnut : hahhaha.. Alesya lagi advance la tu kak.. Ian meniarap pun tak berapa nak lepas.. :P