Semalam, saya menerima panggilan telefon dari seorang teman, mengajak saya menonton wayang. Seperti biasa, saya menolak. Bukan kerana tidak mahu, tapi tidak bisa memenuhi permintaannya.
Semenjak Rayyan hadir dalam hidup saya, saya rasakan agak 'berat' mahu meninggalkan dia untuk berhibur.. Pasti saya akan dibebani dengan rasa bersalah. Pada saya, masa yang saya luangkan untuk berhibur itu pastinya lebih bermanfaat kalau digunakan untuk fisioterapi Rayyan atau sekadar berpeluk-pelukan sambil 'berbual' di atas katil.
Ada yang berkata kehidupan saya sekarang agak membosankan dan seperti 'makcik tua'.. Mungkin. Dan mungkin juga tidak. Rasanya, agak susah untuk seorang ibu itu merasa bosan dengan anaknya sendiri bukan? Kerana itu jugalah, cerita di blog ini banyak berkisar tentang Rayyan. Selain kerja, hanya Rayyanlah dunia saya buat masa ini.
Anak-anak seperti Rayyan, perlu diajar tentang banyak perkara. Kerana keterbatasan fizikal, mereka tidak mampu meneroka perkara baru dengan sendirinya. Makanya, penjagalah yang harus menjadi 'mata', 'telinga' dan 'tubuh' mereka. Rayyan belajar dengan bantuan kami. Jadinya, setiap detik waktu yang terluang bersamanya amat penting.
Membawa pemikiran ini jugalah menyebabkan saya menangguhkan banyak rancangan percutian kami sesudah perjalanan kami ke Langkawi. Takut Rayyan kepenatan. Lagi pula, dia nampaknya lebih selesa berada di rumah.
Mahu pergi bersama hubby sahaja, tentu sekali saya tidak sanggup. Rayyan sudah terbiasa bersama saya pada malam hari. Seandainya saya belum pulang apabila waktu menghampiri jam 10 malam, mulalah dia terjerit-jerit 'memanggil' saya. Dan lagi, saya tidak mahu dia merasa ditinggalkan lagi. Saya pernah meninggalkan dia di NICU selama 45 hari sejurus dia dilahirkan. Saya juga pernah meninggalkan dia di Kota Bharu selama 30 hari sewaktu bulan puasa tahun lalu. Walaupun saya kerap menjenguknya, tapi saya bisa melihat betapa 'sakitnya' dia akibat ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, saya dan teman-teman masih sering bertemu dan bersuka-ria. Caranya sahaja yang berbeza. Saya lebih selesa mengundang mereka ke rumah, memasak untuk mereka sambil bercerita tentang banyak hal. Sesekali, ada jugalah waktunya kami keluar. Itupun tidak lama.
Waktu hujung minggu juga masih lagi terisi. Tapi ianya lebih kepada memenuhi jemputan makan di rumah teman-teman, sanak saudara ataupun pulang ke rumah mertua. Sesekali, kami sekeluarga juga ke shopping complex untuk mencuci mata ataupun mencari barang-barang keperluan rumah.. Dan lebih kepada mahu 'menunjukkan' Rayyan kepada dunia luar agar tidaklah dia hanya terkurung di rumah dan dipaksa 'belajar' oleh mamanya sahaja.. :P
Mama yang membosankan bersama cinta hatinya..
Sejujurnya, yang bisa saya katakan adalah, hidup saya sekarang tidak berkisar tentang diri sendiri lagi. Semuanya untuk Rayyan. Dia yang menjadi prioriti. Mungkin sehingga dia besar sedikit nanti. Tawaran untuk menyambung pelajaran saya tolak dahulu buat masa ini. Niat untuk bertukar kerja juga saya tangguhkan dahulu. Rayyan adalah amanah Allah SWT dan saya mahu melakukan yang terbaik untuknya. Inilah namanya pengorbanan.
P/s - Ok la.. Saya akui. Sememangnya saya adalah seorang yang amat membosankan! :P
21 comments:
biarlah bosan kat dunia ni..sekejap aje pun bosanye
InsyaAllah,segala penat lelah pengorbanan dan semua sabar,Allah balas kat akhirat esok,InsyaAllah :)
harap tak lambat nak wish Happy birthday Rayyan!semoga panjang,murah rezeki,sentiasa dilindungi oleh Allah dan sentiasa dalam berakahNya!
yay for Rayyan! (and emak RAyyan juge ;) )
Akak ni pun membosankan jugak... tak yah sebab sesiapa pun memang membosankan hehehehe... akak tah Jiey tau!
tah = tag! isk!
emm..sama lah kita Jiey..Hidup kita takde lain melainkan anak..dan ralik rasanya meninggalkan anak kita lama2 dengan org lain..walaupun dengan mak sendiri..
Abg ina penah kata.."Ibu ni, biarlah Nabila ngan mak..Sampai nak kuar ngan abg pun teringat2 kat Nabila"..
Mungkin cemburu..tapi inilah hakikatnya..Ina lebih pentingkan anak..Sian kat abg..tapi abg boleh lagi nak dok sorang2 kat Rawang tu..Nabila?emm..tak leh..Ina mmg tak sanggup nak tinggalkan dia..Kalau kena pegi Induksi sok tah camner la..!
Anasfadilah : InsyaAllah.. Thanks for the wish.. Tak lambat kot.. Ian punyer corrected age 10 bulan, ada dua bulan lagi kalo nak cukup setahun.. Ada 2 bulan lagi kalo nk wish.. hehehhe..
yey for Ziyyad yang comel dgn matanya yang bolattt juga!!
Kak Sue : Hehhehe.. Rasa cam org lain happening je life.. =)
Kak Sue, utang dulu tau..
Ina : Setuju sgt2 Ina. Jiey pun dah lama tak kuar dating meting.. Hubby dok ajak2 gak, tapi tak sampai ati la.. =)
hurmm.. dah jadi mama nih mmg anak laaaagi penting kan,,:) rasenye sumepun same..mane der bosan dgn anak sendiri ye x>?
ooo..saya juga mummy yg bosan nampaknya..hehehe..rasanya sejak ada anak ni tak pernah lagi tgk wayang..kalo nak tgk citer beli aja dvd..
dating ngan hubby pun kejap2 aja..takpelah kan.
Sebenarnya Ian sangat beruntung dapat ibu macam Jiey, betulll akak kagum dan tabik nih... akak sendiri pun selalu gak tinggal anak-anak kat bibik keluar menebeng dengan hubby kat mamak la..pegi deting tengok wayang la..
rasa bersalah memang tetap ada, cumanya lebih selesa dia kat umah, kalau keluar meronggeng kang terdedah kuman, bakteria, panas, kang balik demam pulak..
tapi kitaorg still outing anak beranak jugak..
tunggu sikit hari dia besar, kami akan usung dia ke sana sini gak macam si abang
kitaorg jenis mak pak suka berjalan..ahahahaha
Eina : Itu la kan? Rasa cam nk gi mana2 tu, kalau boleh, letak anak dlm handbag.. :P
Applecrux : Hahhaha.. Baru la rasa diri ini tak keseorangan.. Boleh bukak kelab mommy2 bosan nih..
P/s - Rs nya, saya lg kronik kot, nk tgk TV pun rs guilty.. Nk gak sembang ngan Ian.. "stimulate hearing" :P
Kak Pnut : Hubby jiey pun jenis suka berjalan.. Jiey plak, ngikut je la.. Tp sejak ada Ian ni takleh la kak..
agaknya, kalau Ian macam baby2 lain, kitorg pn maybe buat benda yg sama.. Jalan2 gak.. Tgk wayang gak.. Tapi since Ian lebih memerlukan, sacrifice la jap.. Nanti dia besar sket, kitorg dating la puas2 pulak.. :P
Salam,rasa bosan tu semua fitrah dan tak salah.Ujian yang jiey hadapi ni pun semau sebab jiey mampu-Allah lebih tahu.Moga kasih ibu lebih kuat dari segala2nya yea-mendoakan dari kejauhan:)
bila dah jadi mak ni anak jadi no 1...
Jiey oiiii..kita yg dah beranak ni mmg camni le. Kalu nk criter, benda pertama yg kuar dari mulut ni musti ANAK. Kalau nk sopin apa2 pon musti ANAK punye dulu. Kalau nk makan pon musti tingat kat ANAK jugak. Sebenarnya bukan membosankan pon..mmg dah rialitinya camtu.. Ala..kat blog ni pon kau kan ramai kawan.. apa yg nk dibosankan?? kan?? :P
ummuabdullahsyaakir : sejak ada Ian ni, so far takde lagi rs bosan.. Kalo keje pun cecepat nak blk coz nk tgk senyum dia.. Suka benar dia senyum.. semua org pun tegur dia ni budak senyum.. =)
mama farish : itu la.. ank dh jd prioriti.. yang ayahnya takpe la, boleh bawak diri, kalau ank ni kita tak urus, sape lak nk at kan.. :P
ai : a'ah la.. baju ank tiap2 bulan beli.. baju sdr blom tentu.. hehhehe..
sdr mmg tak bosan, kalau dok berkepit ngan ank 24 jam pun takpe.. nak2 lagi, leh bwk gi keje.. hehhehe.. cuma takut org lain plak bosan tgk asyik berkepit je.. muahhahaha.. :P
Jiey, first few years of Ridhwan's life memang akak banyak sacrifice takda gie tengok wayang sume tapi akak jumpa jugak kawan2x cause for me, tu lah my time off from jaga Ridhwan 24 jam, which I have no complains ;) hehee...also its good to meet other people cause kita feel good about ourselves and bila balik jumpa anak lagi semangat nak therapy and jaga anak kita...tapi maybe cause akak fulltime housewife so jumpa kawan2x nie lah the only time akak berinteract dengan orang sebaya akak, tapi akak tak jumpa selalu pun, once every two months ke macam tu...tapi takpa Jiey, semua orang ada cara masing2x dia sacrifice untuk anak dia, jangan kisah apa orang kata pasal kita bosan ke apa, mana dia orang tahu apa kita go through, kalau dia kawan baik kita, dia akan faham dan tak question kenapa kita macam tu...also, its good bawak Ian jalan2x, akak pun selamba aje tube feeding Ridhwan depan orang, kena stare and ternganga sume, tapi akak tak kisah cause they are ignorant themselves and I forgive them for being ignorant..cause yang penting akak nak Ridhwan enjoy the things yang akak jugak buat and what other people think about my child doesn't matter..most importantly, apa yang akak patut buat akak buat untuk Ridhwan cause at the end of the day, tu anak kita, takda orang lain yang akan sayang dan jaga anak kita like us kan ;) ...oh and about suami tu, do try to spend some quality time with him jugak yea, akak pun sometimes lebihkan Ridhwan a lot tapi akak tahu, suami akak pun want my attention so I try to give us some quality time jugak bila boleh cause it makes our love stronger and us closer and pada masa yang sama, anak kita akan rasa the love parents dia ada and will feel the love a lot and be a happy child, Insya-Allah :D ..and hopefully dengan kasih sayang yang banyak tu juga, akan indirectly buat ayahnya participate dengan segala therapy and pembelajaran anak and understand more about apa anak kta go through and also indirectly give anak kita very good vibes :D...Insya-Allah..
mmg lumrah dh cmtu agaknye.once dh ada anak ni,mmg akan utamakan anak dlu..nk kuar gi memane pn mesti bwk dia.kalau tak de dia,lebih rela duk rumah melayan kerenah anak2..hehe
Kak Reena : Betul sgt ckp akak.. Tp tu la.. Batasan waktu bila keje pun selalu blk lewat, itu yg terpaksa sacrifice tgk2 movie tu.. Tiap2 hari pun terkejar nak blk tgk Rayyan.. Bestnya dpt jd SAHM cam akak.. =)
Take note jugak pasal si ayah tu.. Mommy jiey pun selalu bagi advise camtu.. Tp susah nak balance for the time being.. Seb baik ayah dia paham je... Pasni, once a month mmg kena buat gi dating nih.. =)
P/s - Kak, you're one of a very approachable and inspriring mother, can I write something bout you?? :P
mama-qaisara : ingtkan jiey sorang je yang over freak.. rupanya semua mak sama ek.. :P
Idris sekarang dah 2 tahun, seawal usia dia setahun dulu pun, Put jarang tinggalkan dia. Kalau nak pergi movie pun, Put dan hubby pilih midnite, dan pegi cinema yg paling dekat dengan rumah ;)
Sekarang, ada juga ditinggalkan untuk mama keluar berhibur :P takpe Jiey, slowly. Memang anak keutamaan kita dan bukan bosan namanya tapi berkorban demi melangsaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
p/s: berjanji dan berikrar, selagi idris tak cecah 5 tahun, mama dia tak akan sambung belajar.
iyer ler Jiey...Ummi rasapun cam tu gak! Bila dah ada anak nie prioritinya pada anak! Kadang2 terfikir gak nak gi dating dengan hubby. Tp, bila fikrkan anak, tak jadi. Sudahnya walau gi manapun kena bawa anak! Nak makan kat luar pun fikir...apa dia nak makan! Semua restoran/kedai yang kami makan mesti ada sesuatu yg boleh di makan oleh anak kami. Anak tetap no 1!
yang, mana ada bosan. Ian tu dah cukup buat hiburan hari2 Jiey tau.
kite pon tak sabar nak ada anak sendiri. tak perlu nak keluar2 je cari2 hiburan yang ntahape2. huhuhu.
Jiey bukan mama yang membosankan. malah banyak menghiburkan. :)
Jiey, takyah lah tulis pasal akak, segan lak Jiey nak tulis pasal akak when I am just a normal mother who is trying to do the best she can for her child...also akak ikhlas kalau orang tanya anything yang akak may know from what I've experience cause akak was in your shoes dulu and felt very lonely masa tu cause I really had no one to share and tell me what to do, and sometimes feeling lost about everything...so sedikit sebanyak akak tahu camna rasanya apa yang Jiey may be going thru now...you are a strong mother too you know! To want to do the best for Ian, Insya-Allah we do what's best for our children yea! Ganbatte!! (berusahalah! ;) )
Post a Comment