Ian demam. Selsema. Mata merah. Hidung pun merah. Mata berair. Hidung pun berair. Kasihan.. Yang lebih kasihan, sebab Ian berjangkit dari mamanya..
.
Baby yang demam dan kepenatan..
Sukar untuk Ian makan seperti biasa. Susah untuk Ian minum seperti biasa.. Dan sebelum ini juga, Ian sering menolak susu dan buburnya. Ian sering menolak jus buah-buahan dan nestumnya. Natijahnya, berat Ian susut. Hanya tinggal 7.65kg. Ketinggian juga tidak bertambah. Ini menunjukkan tiada pertumbuhan yang berlaku. Mengundang kebimbangan pada Dr.Yong dan dibekalkan Ian dengan MCT Oil untuk menambah zat dan tenaga, serta Appeton sebagai pembuka selera makan.
Teman saya bertanya, apa yang dikatakan mata berkaca? Mata berair? Jawapannya, seperti ini..
Kata mommy, mata baby memanglah bersinar-sinar kerana tak tercemar seperti mata kita..
Sangat membimbangkan. Bagi bayi seperti Ian, demam bukanlah satu perkara yang biasa. Kerana itu, Ian perlu dipantau setiap masa. Dan saya juga berdoa agar ianya tidak merosakkan apa yang Ian sedang nikmati sekarang. Aminnn..
.
P/s - I've got the date for Ian's appoinments. This coming wednesday and friday.. I don't know whether I'm ready for this or not! Well, i'll never be ready right?? Might as well I just get it done as soon as possible! =)
8 comments:
cian Ian..get well soon ek cutee..
Eh.. bantal Ian sama le cam bantal Syafiah.. I know the feeling. Mak anak istimewa cam kita ni risau selalu... sebab ia membawa kepada beberapa petanda.. tak gitu? But hopefully everything just A-ok for both of them!
mayra solace :
Thanks.. InsyaAllah.. Mintak2 la sehari dua jer..
Kak Suealeen :
Sama? Ish, sehati sejiwa tu.. Hahhaha.. (Belum apa2 lagi dah pandai kenen2 ngan Cik Syafiah yang putih melepak ala-ala minah saleh itu.. :P )
kesian ian.. harap2 dia cepat sembuh.. don't worry too much jiey. the hero is going to be O.K. :)
jiey, khadijah pun jangkit demam dgn mirah gak minggu lepas. Sian dia, mujur semalam je pastu dah ok. Tak lama lepas tu kena batuk sket dgn selsema.
Harap2 Ian pun cepat baik yea..
nieza :
InsyaAllah.. Kata hero..
mirah :
Musim kot.. Yang tak tahan tu, selsema la kan?? Mintak2 la cepat baik.. yang klakar tuh, sama2 jangkit frm mak memasing.. :P
auwww..mata Ian sgt sexy la!!
gmbar yg Ian kena dukung with his uncle...they look very much alike
Post a Comment