Thursday, February 26, 2009

Tentang mimpi..

"Saya sudah ada jawapan untuk soalan ini. Tidak perlu mencari jauh rupanya. Tidak perlu bertanya seluruh alam rupanya. Jawapannya ada di hadapan saya."
.

Ini kata-kata saya di dalam entry ini. Bila saya kata jawapannya ada di hadapan saya, saya merujuk kepada Rayyan Ariff. Rayyan Ariff yang menjadi persoalan, dan dia jugalah jawapan yang saya cari-cari..
.
Saya yang melihat kepayahannya setiap hari.. Dan saya jugalah yang melihat perkembangannya setiap hari.. Sebenarnya, saya telah memutuskan. Masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan Ian di dalam mana-mana kategori. Dan saya juga tidak mungkin mendaftarkan dia dalam masa terdekat. Selagi tidak mendapat pengesahan dari mereka yang arif.
.
Ya, memang ada kelainan pada dirinya. Kelainan yang membawa perbezaan besar antara dia dan bayi-bayi lain. Tapi saya yakin, dengan usaha yang gigih dan doa yang berterusan, pasti ada cahaya buat kami..
.
Untuk mana-mana bayi pramatang, bagi mengukur perkembangan dan tumbesaran mereka, ianya tidak mengambil kira mengikut tarikh lahir sehinggalah bayi itu berumur 2 tahun. Perkiraannya berdasarkan corrected age yang mengambil kira dari tarikh due date. Kerana itu, Dr.Yong melihat Ian sebagai 7 bulan setengah (berbanding usia dari tarikh lahirnya yang sudah 9 bulan setengah).
.
Bagi perkembangan Ian mengikut corrected age, dia mula bercakap dan berinteraksi dengan orang-orang di sekelilingnya di usia 2 bulan. Dan mula menunjukkan minat pada permainan di usia 3 bulan. Dia juga mula mengenal tangannya sendiri pada usia 3 bulan. Pada usia 5 bulan, dia sudah boleh meniarap. Dari posisi terlentang kepada posisi meniarap, dan sebaliknya (tapi skrg dah taknak meniarap dah.. taktau nape.. haihh..).
.
Di usia 6 bulan, Ian mula mengangkat kedua-dua tangannya apabila meniarap. Struggling. Tapi dia kuat. Dia juga sudah boleh menegakkan kepala tanpa bantuan. Struggling. Tapi ada improvement. Dan kini usia 7 bulan stgh, badan ian sudah agak keras walaupun agak berlainan jika hendak dibandingkan bayi-bayi tipikal lain. Beberapa kali kami berjaya meletakkan Ian dalam posisi berdiri.. Ada kalanya berjaya, ada kalanya gagal. Biarlah. Pada kami, itu sudah menjadi bukti kemampuan Ian. =)
.
Tentang kebolehan memegang botol susunya sendiri, saya sudah lupa bila kali pertama Ian melakukannya. Sekarang, Ian mampu memegang untuk jangkamasa yang lebih lama. Tapi Ian tak rajin! Seboleh-bolehnya dia mahu kita yang melakukannya. Kalau mahu dia sendiri yang pegang, caranya senang.. Tunjukkan sahaja botol di depannya, dan botol itu akan dicapai dan disuakan ke mulutnya sendiri. Jangan sesekali mengambil botol itu dari tangannya, kerana pasti, tiada apa yang boleh kita lakukan untuk dia memegang kembali. (Salah Mama kerana memanjakan Ian dan tidak mahu Ian susah.. Hehehee)

Di dalam semua pencapaian Ian, paling menyentuh hati saya adalah apabila dia kenal saya sebagai ibunya. Apabila dia mengangkat tangan minta didukung apabila saya lalu di hadapannya. Apabila dia memilih saya tidak kira dengan siapa pun dia berada pada masa itu.. Saya terharu.

Kalau sudah sejauh ini pencapaian Ian, apa perlunya saya membuat apa-apa klasifikasi. Biar masa yang menentukan.

"Mengakui ketidakupayaan anak sendiri itu sesuatu yang besar. Tapi saya pasti saya akan dapat melakukannya andai terpaksa."

Sewaktu mula menerima perkhabaran tentang keadaan Ian, saya kecewa yang amat. saya belajar untuk melepaskan. Sehinggalah di suatu malam saya bermimpi, ada seorang bayi di sebelah hubby.. Yang aktif bergerak. Kaki dan tangannya. Bangun dari tidur, saya berfikir, Rayyan Ariff kah itu? Atau sekadar mainan tidur kerana saya terlalu menginginkan kehadiran Rayyan. Melihat kembali rakaman yang dibuat pada usianya 3 bulan, mengingatkan saya pada mimpi itu. Ya, itulah bayi yang saya lihat di dalam mimpi saya! Itulah Rayyan Ariff!

Di dalam ruangan comment sebelum ini, seorang sahabat yang istimewa menyatakan mimpinya. Mimpi Rayyan berlari di sekeliling rumah kami sambil saya mengejarnya. Sungguh, saya juga bermimpi tentang perkara yang sama 4 hari yang lalu. Ian berjalan dan berlari. Mungkin kebetulan. Mungkin harapan. Apa sekali pun tafsir mimpi itu, biarlah ianya sesuatu yang baik.

P/s - Saya berdoa agar Rayyan dapat berjalan, dan seterusnya menolak kemungkinan yang diletakkan oleh pakar neuro; Dr. Wong, pada pertemuan kami yang lalu. =)

7 comments:

Eliss said...

tersentuh perasaan ini..harap2 Ian boleh berlari2 sampai Jiey tak larat nak kejar=)
nuha pun memang malas pegang botol..tapi kalo pegang sendiri sibuk nak masuk ke mulut dan kuarkan botol dari mulut..hishhh..

Mrs. Simplicity said...

ian is a strong boy because both of his mom and dad are strong and not giving up to teach and believe that he can be just like any other babies. Mama dgn ayah ian kuat, ian mesti lagi kuat!

Leen Die said...

Bagus jie..bangga lagi ngan jie..ian dah pandai pegang botol susu..insyallah jiee mesti ian leh berjaya dlm hidup dia..jiee ken akuat k..bila lah nak meet up nie kan..bila tgk ian tingat kat rayyan anak ambo..huhuhuhuh..rindu kat anak kat umahhh......waaaaaaaaaa

m.e.m.e said...

salam mama ian...please fell free to visit my page Aruna@meme...jgn risau sgt sama ada Ian boleh jalan atau tak...masa saya dulu, ada orang tua bagi petua, kalu lututnyer keras...maka insyaallah anak kita boleh jalan and cuba tengok tapak kaki Ian...kalu banyak garis2...itu tandanya lambat jalan...saya tatau betol ke tak but let time decide. don't pressure Ian and yourself...and baby prem memang kepala panjang sket. Anak saya kepala dulu leper sebelah then masa mandikan dia, saya selalu usap kepala dia secara membulat..to make it back in shape mcm kepala biasa..it work as their bone are still quite soft and possible to mold(?) back. Plas bagi Ian tidur atas bantal yg ada lekuk bulat tuh..

Leen Die said...

lagi satu perkembangan ian oklah teu jie..every month dia tunjuk perkembangan dia kan..bangga tgk ian pegang botol susu.....wink!!! :P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey
I think there is nothing wrong with Ian.. nampaknya, development Ian lagi bagus dari Idris. Hingga ke hari ni, Idris refuse nak pegang botol. Idris tak ada minat nak pegang atau nak sentuh apa-apa pun.. cuma ada la kadang-kadang masa Put dukung dia, dia 'makan' tudung mama..

Insya Allah, time will tell :) Jangan lupa untuk terus berusaha.

Kiss to Ian ;-)

Yasmin Nabilah.. said...

salam..jiey..ina rasa Ian akan ok..sebab dia boleh buat seperti normal baby..pegang botol..main.lebih baik lagi berbanding ngan budak CP (cerebral Palsy)..mgkin akan amik masa sket..bersabar k..ina amik masa yang lama gak untuk kuatkan semangat jaga Nabila..sebab klu CP lagi teruk klu kita biarkan dia..so far nih sejak buat fisio..ada nampak sket perubahan dia..walaupun tak semana..tapi tu dah cukup buat ina gembira..tentang OKU tuh..terpulang pada jiey..bagi ina ni semua hak dia.cuma ina blum ada kesempatan utk daftarkan Nabila.ada masa sok mgkin ina nak daftar..tapi tu tak bermakna kena layan cam OKU..layan dia seperti bb normal..betul kata jiey..buat apa nak malu cerita ttg anak kita..biarkan org nak kata apa..ina dah lali ngan apa org ckp..sibuk ckp kita tak pandai jaga anak..tak buat rawatan la..diorg apa tau..kita yang merasainya..betul tak?