Saturday, February 28, 2009

Rumah baru..

Rasanya, 'rumah' baru kami ni lebih ceria dari yang lama.. Betul ke ek? Ke saya yang perasan?? :P
.
Before this, I 'closed' this blog for a week untuk renovation process.. Tapi tak sangka kali ni, kejap je dah siap.. (Maybe sbb mommy ada, and he's been looking after Ian, so mama boleh main tenet lebih lama.. Hehhehe..) But I don't really like the scrapbook that I've made. Ingat nak tukar lain.. InsyaAllah, I'll make a few design, bila dah finalize, i'll open this blog back.. Tapi best jugak open to selected readers, at least kita tau sape yang baca.. :P
.
Bercakap tentang rumah, inilah rumah yang kami diami sekarang..
.
Sila abaikan Mr. Hubby yang tengah terlentang depan TV..
.
Di bahagian luar rumah, ada kolam ikan.. Tp kitorg x pernah guna.. Hubby bukannya jenis rajin nak membela binatang.. Malas nak tuka air.. Malas nak mencuci..
.
Rumah ni quite spacious jugak.. Asalnya, ini rumah teres setingkat 3 bilik. Tapi owner dah renovate jadi setingkat setengah.. Bahagian depan dah extend (sampai takleh masuk kete) and bahagian belakang pun dah extend (takde tanah dah nak bercucuk tanam). Atas ada 2 bilik and 1 bilik air, bawah ada masterbedroom with attached bathroom and ada satu guest room.
.


Pada yg gemar hiasan yang sarat2 ni, sesuai sangat la rumah ni untuk kamu.. Takde satu pun lampu fluorescent panjang yang biasa tu.. Semua pun ala2 rambu-ramba.. Kalau yg suka simple, memang tak sesuai la..

Semasa gambar-gambar ini di ambil, rumah ni masih agak 'kosong'.. Kami baru kahwin and baru tinggal di sini.. Sekarang dah bersepah barang. Ini rumah makcik hubby. Kiranya kami menyewalah dulu.. Perabot rumah, kami beli tailored dengan saiz rumah ni, kerana asalnya, kami ingin membeli rumah ini dari makciknya.. Tapi kerana certain issues, tak jadilah pula..


Rumah ni sekarang ni untuk dijual.. Kami? Alhamdulillah.. Dalam proses juga.. InsyaAllah dalam bulan depan dapat kunci.. Tapi of course la, sebelum pindah, byk kerja2 renovation yang perlu dibuat.. Inilah good news yang saya maksudkan di dalam entry ini. Bukanlah Ian nak dapat adik seperti yang disangkakan oleh teman-teman saya.. :P

Kondiminium 3 bilik. Unit kami berhadapan dengan swimming pool. Hmmm.. Another good physio theraphy for Ian. Cukuplah buat sementara waktu. Lagipun, untuk mencari landed house di kawasan Ampang, hadoiii.. Bercinta! InsyaAllah.. Sudah dibincangkan dengan hubby, mungkin dua atau tiga tahun, kami beralih ke landed house pula, jika diizinkan Allah SWT.. Aminnn.. (Meh amin ramai2 meh..)

Takleh imagine camne nak susun barang kitorg yang bersepah ni bila dah pindah ke smaller place nanti.. Nampaknya, yang mana tak muat, terpaksa la bagi orang.. Yang pasti, tak sabar nak decorate nursery Ian!

P/s - Kalau sape2 berminat nak beli umak makcik hubby, bleh bgtau..

6 comments:

alyyani said...

aaa nak dok kondo lak ek. aku lak nak cari landed house. x larat nak angkut barang. huhu... tapi yg bestnye, privacy terjamin, ade pool. syok gak..

tu la, camne nak squeeze barang2 ko yg banyak tu jiey. cam banyak je tu.

Jiey^Mien said...

Itu la Ly, kwn2 aku yg dok kondo sumer kata susah nak angkut brg.. Nak cari landed house, setakat ni, yang aku nak, semua 400-500k, bengkok la mokcik n pokcik..

Area Cheras laki aku taknak, area lain pun sama.. Ampang paham2 sdr je la.. Kalau area yg aku dok skrg ok gak harga.. Tapi susah trsnport.. Aku kan 'terror' drive..

InsyaAllah kitorg nk cari landed gak.. kondo ni coz murah giler.. 40K lower than market price.. owner nak let go urgently.. kitorg pun amik je la.. Mula2 pikir, tak nak duduk leh bagi sewa, tapi coz owner umah skrg nak jual, duduk je la dulu..

kalau kitorg jual ikut market value pun dah free2 untung atas angin.. Itu yg aku ikut je.. Kalau tak, mati2 mokcik suh pokcik cari landed house.. =)

ijan baik said...

kak, umah mkcik tu hrga dlm bpe?

Jiey^Mien said...

ijan, 220k jer.. Dekat taman saga.. dekat air terjun bukit belacan etc
interested ke jan?

ijan baik said...

220? oooo... myb xmampu lg skang nih, hihi.. bajet dlm 170k je. hahaha...

Jiey^Mien said...

Akak tau jan, ijan kawin, then combine income.. Mesti boleh punya. =)
Actually, 220k tu still dlm budget kitorg lagi.. Tapi akak nak cari area tgh2 bandar.. Yang senang public transport.. Susah dok kat atas bukit nih.. Sbb terror sgt drive.. :P