Saturday, February 14, 2009

Terima kasih

Saya sibuk di dapur. Ian pula di ruang tamu bersama hubby. Jelas kedengaran suara hubby berbual-bual dengan Ian. Sesekali terdengar jeritan Ian disulami bahasa bayinya..
.
"Terima kasih sayang.. Terima kasih Ian. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ayah. Terima kasih kerana membahagiakan. Ayah sayang Ian. Sayang sangat-sangat."
.
Kata-kata yang terlontar dari mulut hubby tika itu membuatkan aktiviti saya terhenti seketika. Memasang telinga. Cuba meneka ayat-ayat yang bakal muncul seterusnya. Tapi ia terhenti di situ. Seterusnya, lebih merupakan gurauan antara seorang ayah dan bayi kecilnya.
.
Saya tahu, ia merupakan suatu ayat biasa dari mulut seorang ayah. Tapi hati saya terkesan apabila ia datang dari mulut hubby. Sesungguhnya, kasih sayang itu sesuatu yang tidak bersyarat. Kasih sayang itu tiada sempadan..
.
.
P/s - Rayyan Ariff, walau dalam keadaan apa sekali pun dirimu datang, hadirmu dinanti.. Engkau membawa sinar bahagia ke dalam dunia kami.. Mama dan ayah akan terus menyayangimu selamanya.. Dengan senyummu, cerahlah kembali jiwa yang mendung..

2 comments:

Anonymous said...

Nama pun anak tu penyeri rumahtangga.. Aku ni ha.. Ada anak tekak je hah.. Bila la nak beranak nih.. Berlaki pun belom.. Hahahaha..

Jiey^Mien said...

Han : Relax la weh.. Mana tau jodoh ko sok lusa.. Pastu sekali pegnen terus dpt kembar.. =)