Dalam hidup ini, sudah menjadi lumrah manusia untuk berteman dan berpasangan. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi teman-teman yang setia bersama di kala susah dan senang. Dan sanggup bersama mengharungi pasang dan surut lautan kehidupan.
.
Pasti panjang andai saya mahu menyenaraikan nama2 kalian. Tapi, kalian tentu tahu siapa kalian. Terima kasih teman. Terima kasih sahabat. Terima kasih kerana sentiasa bersama diri ini dan terima kasih kerana memanjangkan kasih sayang yang ada kepada Rayyan Ariff.. =)
.
Ian with Mak E, Mama Biey, Auntie Ya and Auntie Lily
Ian with Auntie Chah and Auntie Jah
Dan seorang lagi teman, yang saya kira cukup istimewa. Setelah sekian lama terputus hubungan, kami bersua kembali. Kami kembali menyelusuri jalan-jalan yang sama kami lalui beberapa tahun dahulu, sambil mengimbau nostalgia lalu.. Bercerita tentang hidup. Bercerita tentang masa hadapan. Lawak dan jenakanya masih sama tapi penampilannya sudah berlainan. Usia mendewasakan dia. Dan saya kira, saya juga begitu di matanya.
Pertemuan kali ini menggamit seribu rasa. Untuk kesekian kalinya, kami berkongsi tawa dan air mata apabila bercerita tentang kehidupan. Sejujurnya, saya ralat kerana dia tiada di hari-hari bahagia saya. Dan juga di hari-hari kelam saya. Mungkinkah dia juga begitu? Wallahua'lam. Yang pasti, saya bersyukur kerana saya belum terlepas hari bahagianya nanti.. Dan saya ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan,
"Selamat Pengantin Baru wahai sahabat.. Semoga segala kebahagiaan akan terus bersamamu Cik Rusliana.."
P/s - Terima kasih juga buat rakan-rakan di alam siber ini yang sudi berkongsi cerita dan memberi panduan kepada saya.. InsyaAllah, panjang umur, teringin hendak bersua muka.. =)
.
Hmm.. Saya kena diet. Nak pakai kebaya masa wedding Leno! Tapi tak sempat dah.. Huhuhu..
5 comments:
Semoga dapat berkebaya secepat mungkin *wink!
e.l.i.s.s.m.i.e : Hohoho.. Susah tu.. Asyik lapar jer.. Kebaya2 lama dah bersawang agaknya.. =(
eh..bukan ke kat atas tu adik catriona ross?
weyy,,kenapa aunty ya @ kakak yg pakai baju merah tu kepala separuh aje..ermmm geram geram..
pastu, leno ni cam familiar je nama...sape eh???
cantiknya auntie chah...single lagi ke kak, auntie chah tu?
Post a Comment