Sunday, March 22, 2009

Hari minggu yang biasa

Seisi rumah tidak sihat. Saya dengan batuk, selsema dan sakit tekak yang masih tidak berkurang walaupun bekalan ubat hampir habis. Ian, banyak tidur hari ini. Bosannya. Hubby baru sahaja tiba di rumah setelah sehari semalam di Klang. Batuk hubby pun tidak berkurang. Bibik juga demam, batuk dan selsema. Saya memberi dia cuti untuk sehari. Kasihan.


Latest on Ian, last week, he had figured out that the red-white ball in the middle of the rattle can be moved by using his fingers. Now, it's no more about getting the rattle into his mouth, it's all about making the red-white ball roll.

Alhamdulillah, bibik melayan Ian dengan baik. Lagak seperti anak sendiri. Sekarang, saya seperti bersaing dengan bibik pula. Oh, Ian.. Jangan berpaling tadah ok! Ini Mama, itu bibik! Ayat jelous standard bagi wanita berkerjaya yang selalu keluar awal dan pulang lewat dari pejabat. :P
.

Ian dok sibuk borak ngan bibik..

Semalam, berbual lama dengan Kak Suealeen di telefon, sebelum talian terputus (malang, tiada charger di rumah!). Kak, terima kasih. Sayang akak. Hati? Not that sad anymore.. Betul, ini janji kita dengan tuhan. =)

P/s - Seharian di rumah. Bosan. Sepatutnya, hari ini kami ke Perak. Ke majlis perkahwinan seorang sahabat. Terkilan kerana tidak dapat menyaksikan persandingannya. Kita hanya merancang.

6 comments:

ibu_Arifa said...

wah..pandainya Ian..khusyuk tul dia main benda tu..pandainya dia.. lama jgk dia main ya, kire leh bg tumpuan agak lama jgk tu kan.. tahniah Jiey..tahniah Ian..(kiss..kiss)

Elyn Sani said...

gud morning rayyan.... muah!!! leka tul die main mende tu.....

jiey saya pun jeles ngan "kakak" yg sehari suntuk duk ngan wafiq..... rase cam nk benti je jaga anak kan!!!

Jiey^Mien said...

time kasih ibu_arifa.. Ian kiss ibu_arifa balik! muah.. muah..

Gud morning Auntie Elyn n Wafiq.. Kalau nak suh Ian leka, bg je ape2 toys... =)

itu la kan.. nak benti keje gak.. huhuhu.. kang tak pepasal ank ckp bhs indon kang.. dh la ptg2 bibik tgk citer jelita.. :P

Anonymous said...

cumiiillll!! Ian soooo clever!!

Leen Die said...

huh..betul2 ian sangat2 bijak.focus tul dia ngan mainan dia..bagus2 untuk development dia nyer brain..nanti auntie p sn autie bawak toys utk ian ok..jie apa kata wat pot luck ke rumah jie..kiter pun jeles ngan akak yg jg anak kiter..ambik rayyan kul 6.30 kul 7 lebih dia tido then kul 9 tido..wawaawa..leh main kejap je ngan dia..sedih..kadang2 pagi2 bila antar ke kakak tue terus nak pergi..waaa..bila petang ummi dia dtg ambik kadang2 tak mau ngan ummi dia..waa sedihhhh..tp bila tipu2 tglkan dia terus wat suara mintak kasihan..huhu

Anonymous said...

jiey..u bertuah dapat maid yang baik.. kesian Jiey batuk tak baik-baik ye. Try ubat batuk Sedilik DM. i pun kalau batuk sure lama, payah nak baik.. ubat batuk from Clinic tu tak o.k for me. then someone suruh cari that ubat batuk from farmasi.. and it work for me. try lah..