Monday, March 30, 2009

My brain injured child..

Hahhaha.. Title ala2 MommyLyna : "fahry anakku yg kurang upaya"..
.
Well, this time, I'm going to talk about Ian's test results.. I know it's long overdue.. I just couldn't find the time to do it.. I wish I'm a SAHM.. =(
.
From the EEG test, we found out the followings:-
  1. Confirmed. Ian ada seizures. Tapi sejujurnya, kami sendiri tidak tahu bagaimana.. Seizures can come in so many ways. Tak semestinya sawan mata terbeliak ke atas yang kita biasa tengok.. It could be a sudden silence, sudden cry and even sudden drooling.. Or, certain weird movements.. Ian has this habit of geleng-geleng kepala. Especially kalau dia tgk kita buat. At first, we thought that this is his seizures. Luckily, he did it in front of the Dr. But Dr. Sofiah said it's not seizures. He was much awake when he did it. Siap senyum2 lagi.. It's his habit. So, till now, we still don't know in what form does Ian's seizures happen.
  2. His brain wave is imbalance for his left brain and right brain. Read : Left brain's ability is higher than the right one.
  3. He has developmental delay - Nothing new bout this kan? He is expected to be since he's in mama's womb lagi.. =)
  4. Physically, it's not that bad.
And for the BAEP test, we don't put high hope because of certain things that turned the alarm on.. As long as there is something, it's enough for us. We have yet to receive the report. We should get it by wednesday or maybe later than that.. But as per the non-official result :
  1. Ian's right ear is better than the left one
  2. But the thing is, even his right ear shows only minimum response to sounds.. So, do your own math! :P
Well, minimum is better than nothing.. Kalau ada rezeki, nanti bolehlah pakai hearing aid.. =)
.

My-fair-skin-with-curly-hair-brain-injured-baby

If you think the above is not good, well, think again! Kami memang bersyukur sangat2.. Dulu, kami diberitakan anak yang kami nantikan tidak akan lebih dari sebatang sayur, tidak dapat berfikir, melihat, mendengar, hatta bergerak sekali pun. Dan hari ini, dia buktikan itu semua tidak benar.

Yes he has seizures. But it's just a mild one. Currently, he's on Epilim. Hopefully, when the time comes, everything will dissappear. Adik lelaki saya dahulu pun ada sawan. Bila ia menyerang, badannya menggigil, mulutnya berbuih.. Dan saya saksikan wajah mommy yang ketakutan setiap kali ia terjadi. Gelombang otaknya juga tidak seimbang. Kata Dr. kesan jatuh atau pun hentakkan yang kuat di kepala. Dia memang pernah jatuh dan terhantuk dengan kuat sewaktu berusia 4 tahun, sedang dia bermain di rumah moyang kami. Kesannya, dia muntah-muntah dan kepalanya bengkak.

Tapi seizures hanya bermula sewaktu dia berusia 5 tahun. Selama 6 tahun dia mengambil pil Epilim. Pernah dia mengeluh, "Kenapa orang lain tak payah makan ubat tapi Jek kena makan?" Payah untuk mommy menerangkan. Itu belum dikira dengan larangan bersukan yang dikenakan ke atas Jek. Mommy dan abah terpaksa. Bimbang takut Jek jatuh lagi. Susahkan untuk diterangkan kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, Jek bersukan juga secara curi-curi. Sepak takraw. Cuba bayangkan apabila dia menanduk bola.. Bila abah tahu, teruk Jek dimarahi. Dia juga tidak dapat ke pertandingan negeri yang berlangsung esoknya. Dari segi pembelajaran, dia juga dikategorikan sebagai pelajar yang lemah. Warna merah sudah menjadi kebiasaan di dalam buku laporannya.

Jek pulih sepenuhnya pada usia 11 tahun. Bekalan ubat juga terhenti di situ. Tahu apa keputusan UPSRnya? 5A. Diterima memasuki MRSM dan sekarang di UiTM menyambung pelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Siapa sangka bukan? InsyaAllah, Ian juga akan begitu setelah dia pulih nanti.. Lagipun, Ian only has mild seizures compared to Jek who was pretty bad. If Jek's imbalance brain wave can be corrected, Ian pun mesti boleh.. =)

Ayah Chik a.k.a Jek..

Developmental delay? Well, it is expected if you look at his CT scan result. He may not have brain tissues like what we have, but luckily, all the tissues that he has is working well. He's delayed by 2 months. Hanya 2 bulan. Itu terlalu jauh kalau hendak dibandingkan dengan terencat akal seperti yang dijangkakan suatu masa dahulu.. Nampaknya, Ian will be two months younger than his age.. :P

Selebihnya, dia perlu banyak stimulasi. "He's brain tissues are ok although with the fact that it's totally different from us. If you can make the available brain tissues to work double or triple time, it should be good.." Itu kata doktor. Alhamdulillah..

Kalau bulan lepas, ukurlilit kepala Ian berada di bawah garisan graf yang sepatutnya.. Doktor sedikit risau. Bimbang sekiranya tiada pertumbuhan sel otak yang berlaku kerana tiada pembesaran saiz pada kepala. Pada saya, ia bukan sesuatu yang membimbangkan. Kepala Ian panjang dan flat. Tentu sekali ukurannya tidak tepat. Tapi untuk bulan ini, ukurlilitnya sudah kembali berada pada titik yang sepatutnya pada graf tersebut. Betulkan kata mama, sel otak Ian sedang berkembang! Sekali lagi, syukur Alhamdulillah..

Dari segi fizikal, he's not doing so bad. "Kalau awak betul2 ikut exercise dan terapi yang diajar, within a month, he can sit on his own. Even now, ada 'daya' yang dia berikan. Bukan semata-mata bergantung pada kita." Kata Doktor. Sekali lagi, Alhamdulillah..

Yang lebih menggembirakan, 3 doktor meletakkan sasaran yang sama. Kalau rajin sebulan, kalau malas, mungkin 3 bulan.. Paling menggembirakan, "Kalau diperhatikan pada body tone Rayyan, he should be able to walk by year end. But of course, with non-stop exercise.." InsyaAllah doktor.. Dengan izinNya..

Hearing? "Continue to do the stimulation, InsyaAllah his brain will react better.." Pernah terbaca di satu blog, anaknya disahkan menghidap cortical blindness di samping brain injury yang serius. Tapi si ibu tidak pernah putus asa.. Stimulasi dilakukan tanpa jemu.. Sekarang, anak itu berusia setahun 7 bulan.. Dan mata kanannya dapat melihat dengan penglihatan bagi bayi berusia 3 bulan.. Miracle bukan? Itulah pentingnya berfikiran positif.. Mungkin lama-kelamaan penglihatannya akan semakin baik. Begitu juga untuk mata kirinya nanti.. Mama tahu, kalau dia boleh, Ian pasti boleh! Ian anak yang kuat bukan? InsyaAllah..

P/s - Mintak kawan2 sama2 doakan Ian yea.. =) Pada kami ibubapa kepada anak istimewa, selain dari anak itu sendiri, harapan yang diberikan lah yang menjadi penyuntik semangat untuk terus berjuang..

Conversation I had with Jek last nite,

Jek : Jek dah agak dah Ian macam Jek dulu, tapi mommy kata bukan.

Saya : Sama la.. Cuma penyebab tu yang lain..

Jek : So, Ian ni lembab la ek??

Saya : Nanti dulu.. Nah tgk, this is his brain tissues, the rest is you-know-what..

Jek : Yang mana tissue kak?

Saya : Yang ni la..

Jek : EHH.. Biar benar???? Kalau macam tu, Ian ni bijak la.. Genius!

Saya : Hehehe.. I told you he's a miracle!

21 comments:

Leen Die said...

Alwiz pray for Ian..go..go..go..Ian..u can do it babyy...muahhss

Mommy Lyna said...

tak paham yang conversation dgn Jek pasal brain tissue tu. bakpo Jek tekejut gitu mo? ada apa dgn brain tissue?

hehe.

kawe ni bab2 biologi meme HITAM. sebab tak amik biologi (alasan).

Unknown said...

yezzzaaaa... ian mmg seorang yg kuat...mmg dia genius... seronok dengar perkembangan positive ttg ian... insya'allah ian akan sembuh sepenuhnya n akan msuk u cam ayah chik dia... and he will walk end of this year or earlier than that... go for it ian!!!!

ibuVouge said...

insyaALLAH.. go Ian go..

jiey.. Ian sungguh handsome la!

AppleCrux said...

Salam perkenalan,
I have been following your blog for some time already..but this is my first time commenting here. Your child is truly a miracle and he is so blessed with a set of parents like you...Insya-Allah with all the prayers and doa of the readers here, Ian will recover..it is better delayed, than having nothing at all..So Insya-Allah.

yatie chomeyl said...

Ya Allah, Kau berilah kekuatan pada ibu ini dan kau bantulah anak kecil ini untuk membesar sihat dan sempurna, amin :)

Ina said...

Alhamdulillah! Ian is really a fighter :) InsyaAllah Ian will show more great improvements soon. Jiey, gambatte ne!

Jiey^Mien said...

Leen : Thank you Auntie Leen.. =)

Mokcik Lyna : Jwp dh pertanyaan thru sms key? Detail doh tu..

Adwindaa : InsyaAllah.. Aminnnn..

IbuVouge: Thanks.. InsyaAllah.. Bg la add blog awak, bleh sy buat kunjungan balas.. =)

AppleCrux :
Salam perkenalan..
I think it's applicable to all parents. They will do the same things that we did for Ian.. =)
If this is not my story and I'm reading it from others' blog, I'll feel the same way too..
Err.. Can you give me your link so that I can pay your blog a visit? =)

Yatie chomeyl : Thanks Auntie Yatie.. =)

Jiey^Mien said...

Ina : Hopefully seizures tu tak kacau Ian punya progress.. =)
Thanks for the support dear..

Mrs. Simplicity said...

banyak info kat entry ko kali ni. snok baca, absorb..absorb dalam kepala :D

jek tu umo bape weh? bujang lg ke? akak aku single. boleh la. hahaha...

Jiey^Mien said...

Aly :
Hehehhe.. Knowledgeable tak aku? :P

Jek blom akil baligh lagi.. bg kat adik ko la weh..
Abg aku ada.. Tp over la pulak.. Nk yg free hair.. Kalo kakak ko freehair, ok la tuh.. =)

nieza said...

Jiey..
i'm really happy reading this. Ian is true fighter, ada banyak perkembangan positif.. dan banyak jugak harapan.. insyallah he's going to be better, much much better. rajin2 stimulate dia ye..

insyallah kami semua akan sentiasa doakan Ian.. peluk cium utk Ian.

Pnut said...

Ian bijak dan genius... aminnnnn moga benar semua kata-kata itu...

u are great jiey.. do the best for Ian.. i know you will.. penyuntik semangat pada orang lain....good job jiey...very good

Ibu Mifzal said...

salam..

doa dr saya juga utk ian..

Jiey^Mien said...

nieza : Thanks nieza, InsyaAllah..

Kak Pnut : InsyaAllah.. Untuk anak have to la kak.. =)

Ibu Mifzal Arsyad :
Salam..
Thanks a lot.. Cukup berharga.. =)

AppleCrux said...

hi again,
yes, feel free to drop by my blog
applecrux.blogspot.com

fajar said...

Salam

Dear Jiey, kami doakan agar Ian sihat dan membesar sebagai kanak-kanak yang baik. Insya Allah. Kanak-kanak yang seistimewa dia, selalu dalam rahmat Allah. Kami tahu, bukan mudah untuk melalui kehidupan bersama Ian pada ketika ini. Tapi, Jiey dan suami telah melaluinya lebih dari itu hingga ke saat ini. Teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal.

Ketabahan dan kekuatan itu datang tanpa kita sedari. Doa kami sentiasa bersama kalian.

Jiey^Mien said...

Salam Abg Fajar,

Terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberikan. InsyaAllah, amanah Allah ini akan kami jaga sepenuh jiwa.. Walau sukar, perjalanan tetap harus diteruskan.. Sebagaimana kuatnya Abg Fajar dan Kak Anis, kami juga mahu begitu..

Terima kasih di atas doa yang dikirim.. =)

nana said...

hi Ian's mummy.. sy suke bc awk punye blog. Bertuah sbnrnye awk walaupun mempunyai ank yg camtu coz awk akn dpt blh ganjaran disisiNya.

fyi, sy dulu pun ade sawan gak ms kecik2 dulu. mcm2 rawatan yg sy terima baik moden mahupun tradisional. umur hmpir 11 thn br baik sepenuhnya. Alhamdulillah.. dan skg sy dh jd executive di sebuah syarikat multinational in procurement & logistic div. Alhamdulliah, ni seme kuasa Allah. semua yg berlaku pasti ade hikmah disebaliknye kn.

Jiey^Mien said...

Thanks Nana.. Baca2 la selalu.. =)

There are so many miracle in life kan? And you're one of them.. Hopefully Ian will be OK. Not just with the seizures, but also, with him being a h************ person..
=)

Watie Aziz said...

Wahh...akhirnya, berjaya juga i dapat serba sedikit info pasal ur baby ...i baca ur WHOLE blog & its very inspiring..:) terima kasih sebab melalui apa u tulis, i jadi insaf & bersyukur atas kurniaan yang Tuhan berikan pada i ..seperti manusia lain, kadang2 kita tak pernah puas dgn apa yg kita ada kan?? tq Jiey ..tq so much ...:)

i doakan yang terbaik utk putera U yang dijanjikan syurga untuknya ..:0 i believe in stimulation .. that is what i did to Qarissa & buat stimulation tuh macam game ..

may Allah bless u & ur family always Jiey...hope to meet u one day ..god bless..