Tuesday, March 3, 2009

Perihal.

Orangnya baik. Rajin. Sapu rumah 3 kali sehari.. Mop lantai tiap2 hari. Keje tak berkira. Pantang duduk diam. Ada sahaja kerja yang dicari.. Rumput di luar rumah pun sudah di cabut. Lantai dari hall sampai ke dapur, licin selicin licinnya.. Puas hati. Superb.
.
Tapi masalahnya banyak. Masalah peribadi. Kaum keluarga di Indonesia tidak berhenti menelefon. Katanya, kalau dia punya sayap, sekarang juga dia mau terbang pulang, Katanya lagi, dia hanya mahu kerja 3 bulan sahaja.
.
Dia sudah memberitahu perihal ini kepada agen. Kata agen, kerja dulu 3 bulan. Lepas itu pulanglah. Tapi jangan sesekali memberitahu majikan. Kerna nanti, majikan pasti menolak. Dan dia, dengan sejujur mungkin, berterus-terang. Konon dengan niat, tidak mahu menyusahkan kami di kemudian hari.
.
Aduhhh.. Pening kepala. Bila disuarakan kepada agen, kononnya boleh diganti dengan orang lain. Penat kami mengajar yang ini, nantinya, mahu mengajar yang lain pula.. Dia juga takut bila tahu kami maklumkan kepada agen. Kasihan.. Ditelan mati emak, diluah mata bapa.. Sudahnya, jgn duit hangus begitu sahaja. *sigh*
.
P/s - Kalau org sudah tidak sudi, manakan mungkin makan dipujuk!

2 comments:

Mrs. Simplicity said...

jiey, nak tgk muka maid ko tu. nak tgk muka nye friendly ke tak...

Jiey^Mien said...

Gile ah Ly.. Takde aku ingin nak amik gamba dia.. Dia pun mesti pikir semacam bila aku amik gamba dia.. Hari ni, pepagi buta lagi dia dok ngelap TV rack.. Gile rajin ah..