Friday, January 7, 2011

Anak masuk sekolah, mak yang terlebih excited.. Tak gitu?? :P

Rayyan Ariff masih selsema dan batuk. Begitu juga dengan saya.. Kerna sudah dua malam saya tidur awal, badan tidaklah begitu letih.. Dan subuh tadi, walaupun dikejutkan awal oleh putera tercinta, mata langsung tidak mahu terlena kembali.. Sudahnya, saya minta bibik siapkan Rayyan Ariff untuk ke klinik, dan dalam pada itu, pergi ke sekolah Rayyan Ariff untuk sesi penilaian kemasukan..
.
Sejujurnya, saya rasakan Rayyan Ariff boleh diletakkan bersama-sama anak-anak normal. Kemampuannya 'berinteraksi' dengan dunia luar cukup mengagumkan saya. Mungkin dengan pendedahan yang kerap kami berikan kepadanya, dia tidak mempunyai masalah untuk terjun ke dalam 'dunia kanak-kanak' dan leka bermain bersama-sama kawan-kawannya yang lain..
.
Cukup comel tatkala saya memimpin Rayyan Ariff berjalan di sekitar bilik darjahnya, datang seorang murid baru yang mungkin hanya berusia 2 tahun dan terus memegang tangan Rayyan Ariff. Lagaknya seperti seorang adik yang memimpin abangnya. Comel! Dan yang paling nyata, di dalam dunia kanak-kanak sekecil ini, tiada istilah diskriminasi dan pembezaan.. Makanya, walaupun Rayyan Ariff berbeza, mereka menerima dia seadanya.. =)
.
Sayang sekali kerana saya tidak membawa kamera. Tambahan pula, telefon bimbit saya kehabisan bateri. Terpaksalah saya meminjam telefon bibik seketika, sekadar untuk mengabadikan kenangan Rayyan Ariff di sana..
.
Playing with his friends.. Dua tiga kali ditunjukkan, Rayyan Ariff sudah bisa meletakkan kereta itu di track nya sendiri.. Bijak anak mama!
Rayyan Ariff saya tinggalkan sebentar untuk mendapatkan bibik yang sedang duduk di luar.. As expected, hero mama langsung tak menangis!! =)
Tumpuan yang ditunjukkan sewaktu bermain lego ini juga baik.. Dan ini, percubaan untuk turun dan mengambil telefon bimbit dari tangan Mama.. =)
Seterusnya, kami bergerak ke sekolah kedua iaitu sekolah khas untuk anak-anak istimewa.. Malangnya, sekolah ini masih lagi under renovation. Makanya, saya mengambil kesempatan untuk sekadar berbual dengan guru yang bakal mengajar Rayyan Ariff dan pengetua sekolah tersebut.
.
Pengetua  sekolah ini pernah mengatakan bahawa mereka hanya menerima anak istimewa yang sudah tahu berjalan. Namun sekurang-kurangnya, mereka memberi peluang untuk 'menilai' dahulu kebolehan Rayyan Ariff sebelum menolak dia mentah-mentah.. Keputusannya tadi? Diterima ataupun tidak??
.
Cukuplah saya kongsikan dengan 3 perkataan yang diberikan kepada Rayyan Ariff; good, miracle dan impressive.. Alhamdulillah.. 
.
Dan kami, yang mana pula pilihan kami?? Kalau diikutkan hati, meronta-ronta mahukan Rayyan Ariff bersekolah di tempat yang pertama! Namun seperti yang saya katakan, fizikal Rayyan Ariff juga masih perlu diberi penekanan.. Makanya, InsyaAllah, kami akan memilih sekolah kedua.. 
.
"Hmm.. In term of alertness and focus, I think he'll be better than his other classmates because most of them are autistic and they're in their own world.." Ujar guru kelas Rayyan Ariff merujuk kepada 'bakal' teman-temannya nanti.. 
.
Mulia sungguh tugas guru-guru ini bukan? Mengajar anak istimewa bukannya mudah. Untuk Rayyan Ariff sahaja saya sudah penat. Inikan pula mahu ditambah beberapa orang lagi anak istimewa.. Kalaulah saya punya sumber kewangan yang kukuh, sungguh saya teringin untuk membuat kerja sukarela di sini.. Berkongsi dengan mereka yang memerlukan.. =)
.

Destinasi seterusnya, ke klinik lah kami.. Sebakul kena bebel dengan doktor. Hahhaha.. :P
.
Dan saat ini, Rayyan Ariff sedang tidur setelah diberikan antibiotik dan ubat selsema.. Maklumlah, penat ke sekolah walaupun sebentar.. =)
.
*Mode dalam hati ada taman*

12 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

hi jiey.check email.. me dah jawab.. hehehe

mirah said...

mmg kekadang mak lg over excited..hihi..
moga yg terbaik utk Rayyan, jiey..

Rizziela said...

wah! nak sekolah dah rayyan

. said...

maji.. ita, yeh n faheem pun flu.. miserable gila sbb diri sendiri saket n kene jaga anak saket.. now demam dah tader tp selesema n batuk2 ada lagi..

excited nye tgk gambar school tu.. byk gila toys.. mak budak tgk pun rambang mata.. hehe

Mama Kembar Tiga said...

bestnya Rayyan dah nak skolah! opkos mak mak yang akan terlebih excited, it's expected pun hehehe... Belajar rajin rajin yer Rayyan, good luck darling :-)

Bicara hati ibu aisya said...

Wah..excitednya tgk rayyan dah nak g school.Belajar rajin-rajin ye nak.Rayyan mmg anak yang baik n bijak.Semoga segalanya yang terbaik untuk rayyan ariff

p/s: jiey..ayu juga pernah bercita-cita nak jadi volunteer suatu waktu dulu ;)

Mama Naveed said...

hi Jiey..

memang betul pun, Naveed tahun ni start sekolah, mama nya pun terlebey excited.. Hihihi :D

Anonymous said...

teringat kisah akim masa masuk kindergarden dua tahun lepas..walaupun akim tak mcm dorang..tp kawan2 yg lain semua baik2..rasa terharu sangat2 mase 1st day hantar die kesekolah dan macam tak percaya yg sekarang dia dah darjah 2..

Ma Ri Ni said...

dear, all moms,
boleh share tak information tentang berapa lah duit yang korang kena keluarkan just nak masukkan anak korang pergi TADIKA or preeschool sebelum nak masuk Primary school kat malaysia ni. Selalu dengar, beribu-ribu yer? Masa sy nak masukkan anak pi nursery pun, kena juga bayar almost RM700 sebab kena bayar 3 bulan deposit tuition fee plus admin fee. TQ

mrs.krie :O) said...

wwahhhhh bestnya dengar kak..ian dah nak skolah dah....kita doakan yg terbaik utk ian....psstttt...mmg musim la kak demam n selsema...saya pon ngah batuk2...yg bak kata akak, satu opis boleh kenal bunyik batuk sapa...

yatie chomeyl said...

koho bijok la abe ian pahni sbb dh masuk skoloh

ngaji sungguh abe Ian, nanti buleh ajar adik SN retep :)

Mamanurin said...

tengok rayyan kat sekolah, mamanurin pun rasa mcm nak pergi je sekolah lagi..seronok..tulah dulutimesekolah tgk org keje sebuk nak keje kan..moga rayyan terus sihat dan kuat!