Wednesday, January 19, 2011

Saat Kau limpahkan karuniaMu, dalam sunyi aku bersujud!!

Sewaktu mengetahui bahawa di dalam rahim saya ada satu nyawa kecil yang bakal menjenguk dunia dari tempoh kurang dari 4o minggu lagi, segala impian saya sandarkan padanya.. Di setiap doa dan ingatan, saya memohon hanya yang terbaik untuknya..
.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang comel.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang pintar.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang  cerdas, fizikal dan mental.
.
Seperti ibu-ibu yang lain, saya mahukan anak yang paling baik.. Saya mahukan anugerah yang paling indah. Saya mahukan apabila anak kecil saya tersenyum, seluruh bunga-bunga akan turut tersenyum bersamanya. Saya mendoakan segala keindahan ada padanya..
.
Namun ketentuan Allah adalah rahsia Allah. Dia menganugerahkan saya dengan Rayyan Ariff yang lebih indah daripada apa yang saya bayangkan. Rayyan Ariff yang penuh dengan keajaiban dan kejutan.. Terima kasih tuhan!
.
Saat kejatuhan kami yang paling dalam adalah tatkala Rayyan Ariff disahkan tidak dapat melihat dan mendengar pada usianya sebulan. Kesakitan itu melebihi daripada apa yang kami rasakan tatkala dimaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak akan hidup lama kerana kerosakan otak yang teruk yakni pada minggu ke 23 kehamilan.. 
.
Mungkin kerana apabila melihatkan semangat juangnya yang tinggi, kami mula meletakkan harapan yang menggunung padanya.. Lantas kami terlupa pada segala diagnosis dan prognosis yang pernah diberikan kepada kami sebelum kelahiran Rayyan Ariff..
.
"His optic disc is pale, I dont think he can see.." Pada usia Rayyan Ariff sebulan.
"He can see.. But I can't determine his vision level at this age. With the brain damages and his crossed eyes, I dont think that his vision is as good as a normal child.. We'll continue to monitor him.." Pada usia Rayyan Ariff 5 bulan.
"His eyes are not as shaky as the last time I saw him.. But it cannot be an indicator that his eyes are OK..  We will check later to see whether he needs a spectacle or not.. I'll be surprised if his eyes are not affected in any way.." Pada usia Rayyan Ariff setahun lebih.
"We'll do the procedure to check his eyes power to determine whether he needs a spectacle or not under GA later.. We cant have the procedure if he's not under GA, he struggled so hard and he's pretty strong.." Pada usia Rayyan Ariff dua tahun lebih.
.
Setelah 2 kali tertunda, prosedur itu berjaya dilakukan semalam..
.
Hari Rayyan Ariff bermula seawal jam 4 pagi kerna saya sibuk 'memaksa' anak itu makan dan mengambil ubatnya kerna dia perlu berpuasa bermula jam 5 pagi sehinggalah prosedur itu selesai.. Sedih juga melihatkan anak sekecil itu bermain dengan perut yang kosong dan sedikit 'restless' kerna tidak diberi susu.. tapi saya tahu anak saya kuat.. =P
.
Sejujurnya, hati ini begitu tercalar setiap kali melihat Rayyan Ariff menahan kepedihan apabila sejenis cecair dititikkan ke dalam matanya.. Prosedur itu diulang beberapa kali setiap 15minit dan bagai orang dewasa, Rayyan Ariff hanya membiarkan sahaja proses itu berlangsung. Tiada lagi amukan dan tangisan seperti mana pada sesi-sesi yang lalu. Sekali lagi, kuat sungguh kamu anak!
.
Rayyan Ariff disogok dengan majalah dan mainan..


Majalah kereta menjadi kegemaran saya.. =)

Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin

Mata yang cantik dan bercahaya..

Akur dan tidak melawan seperti kebiasaannya..
Menahan kepedihan..


Anak comel saya..
Prosedur itu berlangsung sekejap sahaja. Dari bilik pembedahan, saya diminta menunggu di unit pemulihan. Dan sewaktu menyaksikan katil Rayyan Ariff disorong ke ruangan itu, nafas saya bagaikan terhenti.. Waktu juga bagaikan berhenti berdetik. Hanya debaran yang ada..
.
"How is he doctor? What about his eyes?" Bertanya.
"Dont worry, he's OK. We just need to wait until he regain his consciousness.." Jawab Doktor itu.
"Both of his eyes are OK. Power also OK. He doesnt need spectacles. Last time, we have some concern because his nerve and neuro doesnt look good.. But he's OK now.. I'll see him again in one year time.." Sambung Doktor itu lagi..
.
Hanya lafaz syukur yang mampu saya ucapkan! Syukur Alhamdulillah.. Tidak terhingga besarnya rahmat yang Dia limpahkan ke atas kami sekeluarga.. Saat itu, ada cecair yang bergenang di kolam mata ini tanda sebuah kesyukuran.. Syukur Ya Allah!
.
Saat saya sendiri menemani Rayyan Ariff yang belum sedar, lirik lagu PadaMu kubersujud berputar-putar di minda ini.. Terima kasih tuhan!
.
 "Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud"
.
Setelah seketika, cinta hati saya sudah tersedar.. Warna kuning di matanya itu adalah cecair antiseptik..

Cubaan mencapai handphone Mama.. Confirmed! Anak saya sudah kembali!! =)

Kembali meneruskan 'pembacaan' di wad sementara menantikan doktor untuk proses discaj.. =)
"Allahu Akbar Maha Besar
MemujaMu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan.."
.
Ya Allah, terima kasih diatas kurniaanMu yang terindah ini. Sesungguhnya, hanya Engkau yang maha mengetahui.. Semoga penglihatan yang baik ini akan terus menjadi pinjaman buat Rayyan Ariff selama dia bernafas dibumiMu ini Ya Allah... Aminnnn..
.
You'll always be our little miracle, Rayyan Ariff!

41 comments:

me suya said...

alhamdulillah.. rayyan ariff memang a strong little boy.. Creating another joyful+tears with strong mummy like kak jie^^

yatie chomeyl said...

caya lah abe Ian *high five sket*

alhmdulillah Jiey, Allah Maha Kaya..alhamdulillah syukur sangat2x

:)

Cik Chuie said...

Ian sangat kuat Kak Jie.... Ian akan selamanya menjadi miracle... InsyaAllah..

Cool said...

Aku kan jiey kadang aku rasa.. rugi duduk terpesuk kat meja tak berkesempatan.. tgk dunia luar.. (read melancong tour europe ke) tp bila baca ceta rayyan... its all worth it.

Eliss said...

bergenang jugak Ummi rayyan yang satu lagi disini..

Alhamdulillah...

AppleCrux said...

ALhamdullilah Jiey..sebak kita membacanya..moga bertambah nikmat utk Ian!

wanie md zain said...

alhamdullilah jiey..wanie rasa mcm nak nangis jugak...sayang ian...

chekna said...

tumpang gembira jugak.. sememangnya rayyan adalah salah satu petunjuk keajaiban tuhan.. dan bertuahnya rayyan mempunyai mama setabah jiey...

nisa said...

Insyaallah Ian akan sihat selalu..semoga kak jiey juga sentiasa sihat dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan

Che Nie said...

syukur alhamdulillah, sejauh mana Allah menduga kita, tak mungkin Dia menduga tanpa rahmatNya. Ian, u are truly a miracle from Him to mama and abah !! Beat them wrong !!
now Ian boleh concentrate sekolah ye..

hugs and kisses,
Che Nie and gang.

Normaliza said...

Kagum dengan semangat rayyan ariff..Semoga terus dilimpahi kesihatan & kesejahteraan ye sayang.. :)

Azrina said...

Insyaallah setiap kali saya bersujud pada ALLAH saya akan doakan anak kecil ini akan mencipta keajaiban. Jgn lupa Allah itu Maha Berkuasa, kita manusia merancang tapi Allah menentukan.

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey, seriously air mata meleleh semasa ayu baca coretan dan menyaksikan gambar-gambar ian.
Alhamdulillah...atas rahmatmu Ya Allah.
u are miracle ian..budak comel yang sungguh kuat!

p/s:aisya xtahu lg apa nasib matanya.bulan 3 nih baru doc confirmkan :(

Nini The Cokelat Celup said...

alhamdulillah..kak jie, sungguhnya sy berkongsi kegembiraan ini..syukran pada mu yaAllah!

AMIIZAA@Mieja said...

Salamss jiey,
mengalir air mata akak ...akak doakan semoga rayyan sentiasa dalam lindungannya, moga ada 'sinar' ajaib yg allah beri buatnya....amin amin....

Rokayah Zain said...

Alhamdulillah.. sungguh besar rahmat Allah buat Rayyan Ariff... saya turut gembira mendapat perkhabaran ini..

Unknown said...

Alhamdulillah syukur!

linda said...

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..
syukur padaMu ya Allah...
jiey, sebak sy bace entry ni...
& hepy sgt dpt tau ttg ni...
alhamdulillah jiey, Allah maha pangasih....ian takyah pkai cermin mate....:)
jiey, sy kagum ketabahan jiey...& kagum dgn cara jiey didik ian...jiey inspirasi sy....
hope jiey tak bhenti menulis blog ni ye...tiap2 ari sblm mulakan kerja, sy akan bace blog jiey dulu...bagaikan ade yg 'tertinggal' klau tak bce blog jiey...:)pertama kali bace blog jiey dulu (sblm sy kawin), terus sy jatuh cinta....tiap2 ari msti nak tau pkmbngan ian....:)
ian mmg ank yg terindah & teristimewa...sape2 yg lihat ian pasti jatuh hati...semangat juang ian mmg tinggi...smg ian sentiasa dilindungi olehNya...
sntiasa doakan yg terbaik untuk jiey sekeluarga..dunia & akhirat...aminnn....

**maaf jiey, pnjg plak komen..:)

Papa, Mama & Azra said...

Alhamdulillah Jiey! Syukur kami mendengar khabar gembira ini. Tahniah!

Eray Majid said...

alhamdulillah :D

ieda said...

kuasa Allah yg maha besar.

Monamie said...

alhamdulillah. Mata rayyan bersinar ja. rayyan kuat. jangan risau. Insyaallah.

Nonie said...

Alhamdulilah....satu berita baik yg memang amat dinanti-nantikan oleh semua ibu...iaitu kata-kata dari doktor spt "anak puan takde apa-apa,semuanya dlm keadaan yg baik"...semoga keadaan Rayyan bertambah baik dr semasa ke semasa k:-)

kella said...

sesungghnya.. Allah telah menguji kerana dia benar benar tahu hambanya ini mampu untuk menghadapinya..

sungguh kita kagum kat ibu rayyan ni!

membuatkan diri ini terasa kerdil...

semoga sentiasa tabah menghadapi hari hari mendatang...

sayu..

mrs. hisham said...

Alhamdulillah jiey.Syukur.

teacher bonda said...

alhamdulillah jiey..

A.I said...

YEAY!! syukur Alhamdullilah...(^_^)
Rayyan mmg budak yg hebat!

Jiha Kamaruddin said...

Tetiba menitik airmata saya. Pertama kali rasa nak komen dalam blog ni. Selama ni hanya menangis dalam hati bila menghayati betapa kuatnya semangat ibu Rayyan Ariff !!! ...

Anonymous said...

Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah kepada Rayyan Ariff. Terharu seketika ketika membaca entry akak kali ni..sesuangguhnya Rayyan Ariff adalah anak yg kuat dan begitu juga dgn mamanya :)

your silent reader,
UK

jie said...

alhamdullilah. he's got ur eyes la jiey. tapi mata ian lagi bersinar-sinar haha

Ina said...

alhamdulillah! u r such a miracle baby ian. moga lebih banyak yg baik2 utk ian selepas ni ye, isnyaAllah. lama xkomen kt sini. mama ihsan xsempat2 berblog semenjak blk msia ni :D

[ibuLUNAZALEA] said...

alhamdulillah.syukur pd Allah.

Ian mmg kuat.sangat tabah.
terimakasih ya Allah/

kuatkan semangat Jiey,

Mama Kembar Tiga said...

Yay, Rayyan tak yah pakai spek, Alhamdulillah :-)

transformed housewife said...

Alhamdulillah. meme sebok baco entri ni sakni.

munna said...

Alhamdulillahah.. semogga Rayyan akan lebih kuat lagi selaps ini.. buktikan yg diagnosis doc tu mampu di lawan..

Mamanurin said...

alhamdulillah, syurkur pada rahmat allah yang maha besar ini..menitik-nitik airmata tengok pic rayyan tu..sakit rasanya hati mama tengok rayyan dlm kesakitan tapi mama tahu rayyan kuat!! muahhhh dear

eiNa said...

syukur Alhamdulillah!!!
sebak tgk pic2 Ian nih Jiey.. tingin nk jmpa n kiss2 Rayyan Ariff yang kuat dan ensem nih...

kayyana said...

alhamdulillah kak.. syukur kehadrat Nya... Dia Maha Besar kak... semoga rayyan arif terus sihat dan kuat... die mmg seorang anak yg kuat kak... Alhamdulillah!!!

Min said...

syukur, alhamdulillah! moga rayyan akan terus beri kejutan yg best mcm ni kat mama dia...

Watie Aziz said...

oh jiey! meremang bulu roma baca entry nie! bravo rayyan! syukur padaMu Ya Allah ...

Unknown said...

Alhamdulillah.Semoga rayyan sentiasa jadi anak yang kuat dan tabah.