Semalam, sebaik sahaja hubby tiba di rumah dari LCCT setelah menghantar bibik yang pulang ke Indonesia untuk bercuti sebulan, saya terus mendapatkan kereta untuk membawa Rayyan Ariff ke sesi terapi pertuturan di Subang Jaya..
.
Tidak susah untuk mengejutkan anak ini bangun dari tidur..
.
Sesi terapi pertuturan berjalan dengan baik walaupun pada awalnya Rayyan Ariff menolak untuk dipakaikan hearing aid. Setelah 'dipaksa' barulah dia mengalah.. Beberapa peningkatan ditunjukkan oleh Rayyan Ariff daripada segi teknik bermain dan pengecaman..
.
Setelah selesai, kami berdua bergerak ke kereta. Hanya saya dan Rayyan Ariff kerna ayahnya menyertai tournament futsal. Setelah meletakkan Rayyan Ariff di kerusi sebelah pemandu, saya mengambil 'sesuatu', menutup pintu dan bergerak ke tempat duduk pemandu. Melihat apa yang ada di tangan saya, sungguh saya terkejut dan kaget! Bukan kunci kereta tetapi hearing aid Rayyan Ariff yang dibukanya sendiri tadi!!
.
Ya Allah,cuainya saya!! Terus sahaja saya menjerit memanggil seorang kakitangan SDMC untuk meminta bantuan.. Apabila dia mengetahui bahawa kunci kereta saya tertinggal di dalam, dan anak saya terkunci, terus sahaja dia memberi cadangan agar menyuruh Rayyan Ariff membuka kunci tersebut. "He doesnt know how, he's a special child!" Tegas saya dengan suara yang bergetar..
.
Terasa kesal kerna saya tidak pernah mengajar Rayyan Ariff cara untuk membuka kunci pintu. Beberapa kali saya menjerit dari luar sambil menunjukkan punat kunci itu kepada Rayyan Ariff. Dan dia pula menyangka bahawa saya ingin bergurau, lalu punat itu ditekannya berkali-kali. Semakin dalam.
.
Setelah mencuba beberapa ketika, seorang lelaki cina yang mungkin juga kakitangan SDMC, berjaya membuka pintu.. Ya Allah, hampir menitis air mata saya sewaktu mendapatkan Rayyan Ariff. Walaupun tempoh terkunci itu tidak lama, namun tahap ketakutan saya sukar untuk dijelaskan. Dengan sepenuh rasa saya mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu, namun saya langsung terlupa untuk mendapatkan namanya atau nombor telefonnya..
.
Terpaksa membawa Rayyan Ariff di dalam keadaan begini kerana carseatnya berada di dalam kereta ayahnya yang berada di bengkel.. *Kalau laki gila kereta gitu la.. sibuk nk modify sana sini*
.
Perjalanan pulang bersama Rayyan Ariff sungguh mencabar apabila dia asyik menangis dan meraung. Habis tudung dan lengan baju saya ditarik-tariknya. Cukup memcabar!!
.
Setibanya kami di rumah, saya menidurkan Rayyan Ariff sambil melipat kain. Setelah itu, saya mendapati bahawa peti sejuk kami rosak. 'Berperang'lah saya di situ, memasak kesemua bahan basah yang ada di dalam peti ais sebelum ianya rosak.. Sambal sotong, ikan goreng, ayam rencah dan ayam BBQ. Sekilo daging terbuang begitu sahaja kerna saya sudah penat. Ayam BBQ pula saya agihkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Iyalah, seekor ayam, mana mungkin dapat saya dan hubby habiskan.
.
Niat di hati mahu mengosong dan membersihkan peti ais, namun anak kecil saya hanya tidur sebentar sahaja. Sudahlah begitu, merengek dan menangis tidak mahu ditinggalkan.
.
Jam 4pm, kami bergerak ke Subang Jaya sekali lagi untuk sesi fisioterapi. Kali ini, Rayyan Ariff saya letakkan di belakang. Di atas carseatnya yang sudah diambil ayahnya di bengkel sewaktu rehat tengahari tadi. Di MRR2, sewaktu saya sedang memandu, tiba-tiba sahaja kereta di hadapan brek mengejut. Makanya saya juga sama. Dan serentak itu, Rayyan Ariff terlompat keluar dari kerusinya, terhentak pada kerusi pemandu sebelum jatuh ke bawah. Nasib baiklah di tempat letak kaki itu ada begnya, maka kepalanya terjatuh ke atas beg.
.
Lama juga dia di dalam posisi itu sebelum saya dapat berhenti dan mengangkatnya untuk diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu. Rupa-rupanya, carseatnya sudah rosak. Tidak boleh dikunci lagi. Sudahnya, kami ke SDMC dengan dia yang duduk di kerusi penumpang sahaja.
.
Budak comel yang sibuk menyelongkar begnya sendiri sementara menantikan Auntie Sarjit
.
Dengan Sarjit, saya bercerita panjang dan topik kali ini adalah berkenaan dengan pembantu rumah. Huh, kerenah-kerenah mereka ini sungguh menyakitkan hati!!
.
Bekerja sambil bercerita..
.
Perjalanan pulang agak aman kerana Rayyan Ariff agak kepenatan. Tambahan pula saya sogokkan anak kecil itu dengan helikopter mainan yang saya beli di stesen minyak..
.
Setibanya kami di rumah, saya menguruskan Rayyan Ariff dan terus ke dapur. Mengemas dan membersihkan peti ais yang sudah dikosongkan hubby. Sementara itu, Rayyan Ariff dilayan oleh ayahnya.. Penat sungguh. Sudahnya saya tertidur bersama Rayyan Ariff seawal jam sepuluh malam!
.
Itulah hari kami yang penuh dugaan dan kepenatan!
11 comments:
yg membaca pun penat, suspen, sedih berbaur baur
alhamdulillah semuanya selesai dan selamat..
aku baca pun penat weh. tgh bayangkan ko tgh drive smbil nak layan ian kalau mengamuk. kalau aku dgn nia adoi, mmg tak tahan ko.
alahai kesiannya...nasib baik x jadi pape masa brek mengejut tuh...
baca pun dah terasa letihnya jiey...syabas sb berjaya mengharunginya.
akak pernah terserempak dgn budak terkunci dlm kereta.budak umur sekitar 2 thn kot.aktif ke depan ke belakang kereta.maknya kat luar nampak cool ja dok suruh dia unlock.enjin kereta hidup.akak punyalah risau takut dia tolak gear...ramai org dok kerumun kereta,dia kat dlm seronok loncat2 ingat org main dgn dia.last2 ada one guy buat mcm mana ntah boleh gak masukkan tangan dia utk unlock the door.
akak rasa rayyan dah boleh ditrain utk buka kunci pintu mulai sekarang.
aduh.. betul2 penat & pack.
aku pernah gak terkunci anak ms tuang mnyk. ms tu yg kecik umo 6bln & no. 2 5thn. dedua tgh tido. kereta autolock. sebbaik tingkap blkg blh umpil. kalau tak.. mmg nak kene pecah gak. sbb ank dah berpeluh2 kt dlm.
jiey;
siannya baca..kalo next time xde sapa nak assist..sila tel lynn ok..lynn eh temankan jiey & ian..sian sgt2 baca entry ni!!adoi bibik balik indon?ian sapa jaga nanti,naik seram lak nak amik bibik ni!!
huhu..penuh dengan suspen..Ina pun slalu jadik cam jiey..brek mengejut..Nabila pun nyaris2 terhumban ke depan..tapi tulah..nasib baik dok sebelah ina..bleh gak tahan dengan tangan..Tapi tetap bahaya gak..
saya pun turut penat. mengah rasanya baca sampai habis..alhamdulillah, semua ok2 jer..
Alahai Jiey, akak kagum betul semangat Jiey.. kuat dan tabah betul.. berulang alik demi Ian..
moga segala usaha Jiey akan diberkati dan Ian akan jadi anak yang berjaya suatu hari nanti..
Jiey, susahkan drive bila berdua je dengan anak.Saya selalu bawa Aisy 5 minit je dia duduk dalam carseat, pastu dia mengamuk. No choice, saya drive sambil pangku dia. Bahayakan?
Uishh..ayu yang membaca ni pun terasa penatnya.Itulah ujian kita dalam merawat anak ini.Tambah pula bila kita yang kena bawak kereta sendiri.Macam-macam ragam.mana nak layan anak yang mengamuk tambah-tambah lg bila ada pemandu2 lain yang adakalanya tidak berhemah di jalanraya.Mana xstress.Apapun tahniah jiey kerana terus kuat dan bersemangat untuk rayyan.Pasti ada balasan atas segala usaha!
p/s:hug n kiss untuk rayyan.
Post a Comment