Semenjak dari hari sabtu yang lalu, jadual Rayyan Ariff dipenuhi dengan tangisan dan amukan. Semua makanan ditolaknya mentah-mentah. Susu juga tidak dihiraukan lagi dan hanya air putih yang menjadi peneman harinya.. Malam sebelumya, suhunya agak tinggi dan saya sudah membawanya ke klinik.
.
Sabtu, ahad dan isnin.. Tangisan, laungan, rontaan dan amukan yang cukup menyeksa batin. Penat benar melayan kerenahnya dan sesekali, nada suara ini meninggi juga. Habis kami ditendang dan dipukul oleh tangan kecil itu. Tidak terkecuali rambut saya dan bibik yang turut menjadi mangsa tarikan Rayyan Ariff. Puas dipujuk namun tidak berhasil. Dibawa menaiki kereta juga tidak mendatangkan kesan sedangkan kebiasaannya, mulutnya akan bernyanyi ceria tatkala dibawa bersiar..
.
Mungkin kerna kesakitan yang tidak bisa dizahirkan kata-kata. Semalam, kami membawa Rayyan Ariff bertemu dengan pakar kanak-kanak yang biasa merawatnya di PMC, Bangsar. Sudahnya, kami dimaklumkan bahawa terdapat infeksi pada telinganya dan di dalam mulutnya juga penuh bintik merah. Kerna itulah dia menolak makanan, sakit..
.
Apabila sudah 3 hari bertemankan air putih semata, berat Rayyan Ariff kini hanya tinggal 10.8kg daripada 11.5kg. Antibiotik sudah diberikan, harap-harap bertambah baiklah dia.. Pulih dengan sesegera mungkin.
.
Di PMC, saya dan bibik hanya bertemu makanan sewaktu jam menunjukkan jam 11.00pagi. Lapar yang bukan kepalang dibuatnya. Kami makan bergilir-gilir kerna perlu melayan amukan dan tangisan Rayyan Ariff.. Bayangkan, dari Klinik Audiologi di Jalan Tun Razak ke PMC Bangsar lagi dia menangis dan berteriak tanpa henti. Ingatkan sudah berhenti, namun bersambung pula di PMC Bangsar.
.
Penat. Lelah. Semuanya berbaur. Kami menjadi bahan tontonan percuma kerna laungan yang bergema pasti sahaja menarik perhatian sesiapa sahaja yang ada di situ. Puas memujuk namun tidak dipedulikan. Sehinggakan kami didatangi oleh kakitangan PMC yang sanggup meminta Dr.Yong mendahului giliran kami kerna dikhuatiri Rayyan Ariff di dalam kesakitan yang teramat sangat..
.
Saat saya mendukung Rayyan Ariff yang mengamuk itu, sepenuh kekuatan bagaikan keluar kerana dia menolak badannya dari dukungan. Maka saya terpaksa menguatkan pelukan agar dia tidak jatuh. Sudahlah belum makan apa-apa, tenaga memanglah kurang. Bibik pula makan bagaikan bercinta. Selesai dia makan, terus sahaja saya memberikan Rayyan Ariff kepadanya.
.
Laju-laju saya cuba menghabiskan makanan di pinggan. Memang tidak tenteram kerna tangisan Rayyan Ariff memang tidak berkurang. Bayangkan, 2 jam lebih dia menangis dan meraung tanpa henti. Sehingga ada yang memberikan candy kepadanya, itu tidak termasuk yang menasihatkan saya untuk membawanya berjumpa Ustaz kerna khuatir dia sebenarnya 'keteguran'..
.
Saat dan waktu itu, saya bagaikan serik untuk punya anak lagi.. Susah. Menuntut kesabaran yang begitu tinggi.. Penat apabila badan Rayyan Ariff bagaikan begitu fragile. Cepat benar terdedah dengan kesakitan. Perit!
.
Namun saya harus bersyukur kerna kebiasaan waktu, anak ini memang senang dijaga. Penuh dengan senyuman tidak kira di mana. Kali ini, mungkin kerna kesakitan yang mengubah perilakunya. Wallaualam..
.
.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada anak ini Ya Allah.. Cantikkanlah budi bahasanya Ya Allah.. Tingkatkanlah keupayaan minda dan akalnya Ya Allah. Perkembangkanlah fizikalnya Ya Allah!
Aminnnn..
.
P/s - Saya tahu saya berhutang entri Smart Reader. Masih mencari 'mood' untuk menulis.. *Benci*
15 comments:
salam..
Moga Ian terus kuat ye.. Dan Jiey jugak.. :)
Alahai..kesiannya rayyan ariff.Jiey, mungkin tangisan dan raungan itu sebab kesakitan yang amat sangat.Dapat ayu bayangkan keadaan jiey dan ian saat itu.Semoga rayyan cepat sembuh ye sayang.
"Ya Allah peliharalah anak-anak ini dari sebarang kesakitan.Kasihanilah mereka Ya Allah.Permudahkanlah segalanya"
Jiey, sabar banyak-banyak yer.Memang kadang-kadang ayu pun hilang sabar gak sebab kita dah terlalu penat.Tapi sebagai budak, mereka hanya tahu zahirkan kesakitan tu melalui amukan dan tangisan.
Semoga Ryan cepat2 sembuh.. agaknya mmg musim kak sakit nie.. anak kawan saya jugak terkena infection mulut dan tekak.. teruk benar jadinya. kesian budak kecil sakit sbb mereka x bisa mengadu apa yg sebenarnya mereka rasa..
sie ko abe Ian, sakit benar kali sbb tu teriok x brenti tu. tp meme pong jiey, bilo anok ngamuk jerit x kabar ingat..terus raso anok sore pung cukup doh kali. t bilo tgk baby kecik comey2 sgt, raso mace nok tamboh anok pulop.
btw, hang in there darling..harap2 sakit abe Ian kure doh sikit
Ya Allah...cepatlah sembuh anak ini..xsanggup rasanya mendengar tangisan kesakitan nya itu....
get well soon ian... amin..
Sabarlah jiey.skang ni memang tengah musim budak-budak tak sihat.Umar pon berhingus je.
Rayyan,cepatlah sihat.Kesian kat mama kan?nnt boleh gi taman klcc.
tak po jiey, semoga dipermudahkan segala urusan.moga dijauhkan segala penyakit pd rayyan .amin
Sian Rayyan, tak terbayang mcm mana agaknya kesakitan yg dia tanggung. Budak mmg mcm tu kan Jiey, diorang tatau camna nak bgtau kita kat mana or apa sakitnya, abihnya buat perangai & nangis je laa, sian dia. And sian kat Jiey juga, sabar ye Jiey..Jiey seorang ibu yang kuat, u can do it dear. InsyaAllah Rayyan akan cepat sembuh. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan untuk Rayyan Ariff, Amin.
sabar kak jie.
Suya hanya mampu ckp camni..
kak jie terus kuat ok.
sebak and sayu, suya baca entry kali ni. Get well soon rayyan arif^^
sometimes akak rasa macam ...cepatlah hendaknya rayyan besar..tak sabar nak tgk kebolehannya...
moga Rayyan dalm lindungan Allah selamanya & cepat2 sihat yer comel..
meme budok kecik nok royak dio sakit dgn teriok. Hafizah hok nok masuk 4 thn ni pung, dok teriok kalu ado mugo tok keno. Mitok2 Ian cepat sembuh.
jiey
sedihnya mendengar ian jatuh sakit..m/mana dia skrg?
terlalu sibuk dgn tugasan audit smp terleka dr mengikuti blog jiey selama 3 hari,,smg dia x melarat sakitnya..
Emm sy dapat tau blog akak dr kwn sy yg baru jgk ikuti kisah rayyan..belum sy baca entry2 akak dan hanya melihat playlist akak sewaktu lagu afghan berkumandang..Air mata sy telah p un menitis..melihat gambar2 rayyan.Ya Allah mohon terus cekalkan n tabahkanlah hati ibu ini dan semoga penderitaan anak kecil ini menjadi lebih baik..Sy doakan..amin..
amin untuk doa jiey tu... moga rayyan sihat selalu...
Post a Comment