Saturday, January 1, 2011

Sepi..

Keadaan rumah agak sunyi.. Mungkin jiran-jiran berpergian sempena cuti tahun baru.. Hubby ke Nilai kerna ada kenduri kahwin dan saya memilih untuk tinggal di rumah kerna Rayyan Ariff yang masih belum sihat..
.
Rayyan Ariff.. Saat ini, dia sedang lena di kamar putihnya.. Saya letakkan dia di situ setelah puas memeluk dan mendodoikannya.. Ada rasa syahdu dan kasih menyelinap ke setiap pelusuk jiwa sewaktu merenung wajah polos yang baru sahaja terlena itu.. Saya inginkan selamanya dia ada. Saya inginkan selamanya dia di sisi..
.
Dua tiga hari ini, Rayyan Ariff menunjukkan sifat manja yang luar biasa. Tidak ada rengekan atau tangisan mengada-ngada, yang ada hanyalah kemanjaan. Dia lebih memilih untuk berada di ribaan saya daripada meneroka segenap ruang di kediaman kecil kami. Dia memilih untuk berbaring di sebelah saya dari bermain mainan kegemarannya..
.
Rayyan Ariff juga tidak mahu dengan sesiapa kecuali mamanya ini. Hatta ayahnya yang berpakaian cantik sekalipun tidak diendahkannya. Kebiasaannya, tangan kecil itu akan cepat mendepang setiap kali melihat ayah berpakaian cantik sambil mulutnya bising meminta untuk dibawa bersama menaiki kereta.. Namun tidak kebelakangan ini..
.
Dia akan menolak tangan ayahnya yang mahu membawanya berjalan. Rangkulannya erat dengan setiap jemari kecilnya berpaut pada leher saya, bimbang takut di bawa pergi oleh ayah ataupun bibik. Dan apabila saya perlu meninggalkannya seketika untuk bersolat ataupun mandi, dia hanya memberikan pandangan sayu.. Bagaikan tidak mahu langsung berpisah.. 
.
Hanya waktu untuk mandi dan menukar pampers sahaja dia rela diambil bibik. Selebihnya, bersama Mama.. Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba dia berkelakuan begitu.. Sungguh ada kegusaran yang melingkar di hati ini.. Dan setiap kali saya memeluk tubuh kurus tinggi milik Rayyan Ariff itu, pasti ada rasa syahdu yang datang..  Semoga ini hanyalah mainan perasaan.. 
.
Anak mama yang semakin kurus dan tinggi..

Baju dari Sarawak, pemberian Mak Eiy.. Thanks!
Hati hanya mampu terus memohon padaNya, agar waktu untuk kami bersama-sama masih panjang bersisa.. Aminnn!!!

12 comments:

Mama Kembar Tiga said...

InsyaAllah tak ada apa yg perlu dirisaukan Jiey, perangai budak budak memang slalu berubah ubah. Saja je Rayyan nak extra manja tu :-)

@iN mArHaiNi said...

Amin Ya Rabbal 'alamin..moga doa ibu ian termakbul.. =)

Mamanurin said...

mamanurin dpt rasa getaran perasaan jiey, moga Allah terus memberkati dan merahmati Rayyan..mama doakan Rayyan sihat dan kuat mcm selalu yer sayang..

Mama3Q said...

Salam Jiey....Sekian lama mengikuti kisah Rayyan Arif, kali ini tergerak utk meninggalkan komen...Sabar..perkataan keramat yg selalu dan selamanya jiey akan pegang..moga Allah memberinya kesihatan yang berterusan baik, dan moga DIA memberi kalian rahmat di atas setiap ujian..

Min said...

aminn Ya Allah! Kau kabulkanlah permintaan ibu ini...

Mrs. Simplicity said...

ian nak dapat adik kot jiey. think in a positive way pulak :)

Lynn Abd Latib said...

jiey;

mungkin mainan perasaan..tp anak sulung pernah buat kerenah yg sama..bila lynn rasa diri mcm mgdg..mungkinlah kot!!

Anonymous said...

kak maybe rayyan nk dapat adik kot~
anak sedara i mcm 2 lah perangainya walhal lebih rapat ngan papa dia..tp time 2 nk berkepit ngn ibunya..org ckp bdk2 blh rase ade baby dlm perut ma dia.n pegi check mmg berisi pun 4 weeks gitu la..pepeun smoga selamat semuanya...amin..

ieda said...

jiey...kata org tua2 kalau anak manja lebih2 ni tandanya dia nak dapat adik...hehehe.
makbulkanlah kata2ku ini ya Allah..

wanie md zain said...

aar la jiey..ian nak dpt adik kot...

linda said...

insyaAllah Jiey tekde pe2...ian nk mnaja lebih ngan mama dia...xpun ian nk dpt adik kan..hehe :)
comey sgt pic ian tidur...sntiasa doakan yg terbaik untuk jiey sekeluarga....

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh..ramainya yang mendoakan ian akan dapat adik.hihihi..ye kot jiey?janganlah risau-risau yeh.Insyaallah, xde apa-apa tuh.Maybe ian tau time cuti-cuti camni jelah dia dapat extra manja dari mama dia.tu yang xnak berenggang ngan mama tuh.

p/s: xpernah lupa utk mendoakan ian dalam setiap solat moga ian sentiasa sihat selalu.