.
Mungkin ramai juga yang sudah tahu melalui FB tentang kisah Rayyan Ariff yang jatuh terlentang semalam. Dia sedang berdiri sambil berpegang pada meja tulisnya, dan cuba untuk melangkah ke arah saya yang berdiri hanyalah dua langkah di hadapannya. Cuai saya di situ apabila gagal untuk memikirkan bahawa dia mungkin jatuh ke belakang, dan itulah yang terjadi..
.
Jatuh dia bukan sedikit. Dengan ketinggiannya, terus sahaja dia terlentang dan kepalanya terhantuk pada lantai. Kebiasaannya, Rayyan Ariff tidak mudah menangis apabila terkena sesuatu seperti jari tersepit atau kepala terhantuk.. Tapi kali ini, dia menangis sekuat hati sambil tangannya tidak henti-henti memegang kepalanya. Setelah tangisannya reda, dia hanya melentokkan kepalanya ke bahu saya sambil matanya terpejam-pejam tanda menahan sakit.
.
Sedih, terkilan, segalanya berbaur.. Terus sahaja saya berikan dia air penawar yang dibekalkan abah dan air zamzam yang diberi oleh Kak Nie. Alhamdulillah, dia baik-baik sahaja sepanjang malam sehinggalah keesokan paginya.
.
Paginya, kami ke sekolah Rayyan Ariff yang mana ianya merupakan hari pertama dia di sekolah. Saya hanya menunggu di luar pintu dan apabila secara tidak sengaja pintu terbuka dan Rayyan Ariff terlihat saya, pantas dia bangun dari kerusinya, berpaut pada meja dan cuba untuk melangkah ke arah saya. Sekali lagi, dia terjatuh!
.
Subhanallah, tangisannya bukan kepalang. Lantas saya dibenarkan masuk dan menunggu di sisinya sepanjang sesi berlangsung. *InsyaAllah, saya akan bercerita tentang sekolah Rayyan Ariff di entri lain*..
.
Menghampiri jam 11.00am, saya membawa Rayyan Ariff pulang dan meninggalkan dia di rumah bersama bibik sebelum bergerak ke pejabat. Lebih kurang jam 2.00pm, saya menerima panggilan dari bibik mengatakan Rayyan Ariff tidak sihat. Sudah 3 kali dia muntah dan tatkala itu, dia sudah tenggelam di dalam lena yang dalam..
.
Saya memecut pulang. Di rumah, apabila saya mengangkat tubuh kecil itu, tiada tindakbalas darinya. Berkali-kali saya cuba mengejutkan dia namun gagal. Sumpah waktu itu saya takut. Hati tidak henti-henti memohon kepada tuhan agar pinjaman ini masih terus menjadi milik saya selama yang mungkin.
.
Namun setibanya kami di Bahagian Kecemasan PMC, Rayyan Ariff tersedar dan kembali dengan senyumannya. Kami diberi pilihan sama ada mahu tinggal di wad untuk pemerhatian atau pulang ke rumah. Terus sahaja saya memilih untuk pulang apabila melihat Rayyan Ariff sudah tertawa dan kembali ceria. Satu lagi episod yang menakutkan.
.
Saya tidak tahu kenapa kisah ini berulang. Sama ada kesan dari terjatuh, atau mungkin sawannya datang menjenguk. Rasa runsing menjalar ke segenap ruang hati.. Cuma satu yang mampu saya pinta, agar dipermudahkan segala urusan kami.. Aminnn..
.
Pantai Medical Centre, Bangsar @ 10 January 2011 |
"Ya Allah, dengan izinMu, sudah jauh kami melangkah.. Dan aku memohon padaMu Ya Tuhan, agar rahmatMu mencurah di setiap langkah perjalanan yang masih bersisa.. Aminnn"
14 comments:
Jgn risau Jiey, semoga Rayyan terus melangkah dan kuat... InsyaAllah
Amin.makbulkanlah doa seorang ibu ini Ya Allah.
Jiey..sangat sebak baca entry kali nih. Ayu dapat rasa ketakutan jiey pada saat itu sebagaimana ayu takut semasa aisya xsihat yang lepas.Yer, doa kita sama 'agar dipinjamkan selama yang mungkin'.
Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga rayyan ariff kembali sihat seperti sedia kala.
ian, terus kuat ye sayang.
Ya ALLAH...kesiannyer kat Rayyan...Semoga ALLAH permudahkan segala urusan mama Rayyan dan semoga Rayyan kembali sihat seperti selalu....Anti sentiasa mendoakan kesejahteraan Rayyan
kak jiey...hrp2 ian okay2 ajer...bgslah ian dh belajar menapak..sy tumpang bangga:-)
Ian sayang..semoga tiada apa2 mudharat menimpa Ian kesan daripada jatuh itu...Saya yang hanya membaca pun sangat fobia melihatkan kesakitannya...Lindungilah Ian Ya Allah..
Aminnnn.
Seriau je baca n3 ni Jiey. Harap semuanya ok2.
Jiey, moga moga tak ada apa apa lah. Moga Rayyan terus sihat & ceria, Amin.
ian memang dah nak jalan la jiey :D
ingat lagi sepupu ica. dulu masa nak start jalan, ade la dalam 2 bulan dia asyik terlentang macam ian. macam tak pandai balance badan. Alhamdulillah ok je. cuma jiey kena monitor ian la sebab ian special. yeay! for ian! semoga dapat berjalan dan berlari lepas ni.
ore doa abe Ian baik2 jah, xdop gapo2..rungsing ore baco..tp klu ikut kato ore tuo2, kalu buleh sakit tu nok pandai something. harap2 lepas ni abe Ian leh jale molek , insya Allah
sangat comel ian. semoga langkah lebih stabil. go ian go
Ya Allah Jiey...takutnya akak...tak dapat bayangkan kalau akak ada di tempat jiey...hopefully ian baik-baik sajer...
seriaunya jiey...eeeeemesti sakit sangat tu jiey, klutak suredia tak menangis..mama doakan Rayyan kuat untuk terus melangkah..terus berlari mengejar impian dia..impian insan2 yg menyanyangi dia. Amin Amin Amin
Jiey,
sedih.
dapat mbayangkan.
Ya Allah.kami masih ingin bersama pinjaman ini,.
taktau nak kata apa,hanya doa mampu dpanjatkan padanya.
Ya Allah beri kesehatan pd Ian..beri kekuatan pd mama & ayahnya..
beri kami umur,agar kami terus bsama bdoa untuk mereka..
kak jiey, jgn biarkan ian sakit kembali... semoga Allah sentiasa melindungi ian sehingga akhir hayatnyer... kuatlah kak jiey.. tabahlah demi ian..
Post a Comment