Thursday, January 20, 2011

"Bila nak tambah anak lagi?"; "Bila nak bagi adik untuk Rayyan?"

Rasanya, mana-mana 'rakan seangkatan' yang masih punya seorang anak, pastinya sering disogok oleh soalan di atas.. Tidak terkecuali juga saya, terutamanya daripada therapists dan cikgu-cikgu Rayyan Ariff kerna menurut mereka, anak-anak seperti Rayyan Ariff perlukan 'persaingan' untuk lebih menonjol..
.
Saya akui hakikat itu. Namun bukankah rezeki semuanya di tangan tuhan? Sebetulnya, kami tidak mengamalkan perancangan keluarga. Dan tidak juga 'berusaha'' untuk mendapatkan anak seperti waktu Rayyan Ariff dahulu.. 
.
Dulu, dengan penuh semangat, saya sering membuat perkiraan waktu subur dan memastikan kami 'bersama' dalam tempoh waktu itu. Pedih juga telinga apabila usia perkahwinan memasuki 3 ke 4 bulan, orang-orang di sekeliling sudah sibuk bertanya, "Bila nak dapat baby ni?".. "Dah ada isi ke belum?" Itu baharu sahaja 3-4 bulan, kalau 3-4 tahun, agaknya makin bernanahlah telinga saya. Sudahlah saya ini sedikit emo orangnya.. :P
.
Memasuki bulan ke-7 perkahwinan, saya disahkan hamil 5 minggu lebih.. Tak terkata rasanya kegembiraan yang ada di dalam hati.. Menggeletar tangan ini sewaktu melihat ada dua garisan pada alat UPT.
.
Namun sekarang, semua itu sudah tidak ada. No more ovulation calendar. No stress at all. Sebabnya? Kami perlu berfikir dari segi kualitatif dan bukannya kuantitatif semata. Rayyan Ariff menuntut perhatian yang bukan sedikit. 
.
Contohnya, prosedur pemeriksaan mata semalam, seharian kami berkurung di hospital bertemankan bibik. Kalau ada adik, pasti sahaja bibik terpaksa ditinggalkan di rumah untuk menjaga adik dan yang lelahnya, sayalah!
.
Banyak lagi situasi lain yang membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk menambah bilangan anak. Sudahnya, saya menjadi 'penat' dan memilih untuk meletakkan sahaja segalanya pada Allah SWT..
.
Namun semalam, tatkala tiba sahaja di rumah dari pejabat, saya mendapatkan Rayyan Ariff yang terbaring lesu. Dia hanya mampu mengangkat tangan dan melambai untuk seketika sahaja, tanda menyambut kepulangan saya. Panas sekali tubuh kecil itu. Demam rupanya dia. Setelah diberikan ubat, barulah dia kembali aktif.
.
Kata doktor, mungkin kesan trauma daripada prosedur pemeriksaan mata tersebut. Moga-moga anak mama cepat sembuh.. 
.
Sewaktu melihat sahaja tubuh kecil yang tidak bermaya itu, rasa takut datang menerpa-nerpa ke benak fikiran ini. "Kalau Ian tak ada, mama takde anak lain.. Kuat yea sayang.." Itulah kata-kata yang saya ungkapkan untuknya. Saat-saat sebegitu, bagaikan rasa mahu terus hamil dan kalau boleh, esoknya juga mahu melahirkan..
.
Tidak pernah terlintas mahu mencari pengganti Rayyan Ariff, namun saya sangat takut sekiranya 'kekuatan' saya itu dibawa pergi, saya akan tinggal jiwa yang kosong. Saya akan hilang punca.
.
Kalau kami punya anak perempuan, pasti dia secomel ini! =P
En.Hubby pula seringnya mengatakan dia mahu anak lelaki lagi.. Untuk menjadi teman kepada Rayyan Ariff, katanya.. Namun hasil perbincangan, kami redha untuk meletakkan segalanya di tangan yang maha kuasa. Allah knows best! =)
.
No pressure, no deadline. Untuk saat ini, we're enjoying our child.. Dan setelah segalanya 'teratur', barulah kami 'berusaha'.. OK? Jawapan yang terang, bukan?
=P

9 comments:

MaMaNuRiN said...

betul jiey, dulu bila belum kawin, disogok dgn "bila nak kawin" and bila dah kawin pulak " tak pregnant lagi?" bila dah pregnant pula, "bila nak tambah lagi" huhuuh kalau mamanurin ada lagi la kan dua tiga extra soalan..kalau mama ni magician, uhhh senang je nak puaskan hati semua orang..

insyallah, rayyan anak yang kuat, rahmat allah senantiasa bersama dia. good luck jiey -:)

Sofya said...

Semoga Rayyan Ariff beroleh kesihatan yang makin memberangsangkan setiap hari..

Seperti awak, saya pun selalu kena tuju soalan seumpama awak. Tapi kadang2 rasa tak ready lagi coz kita nak qualiti pada kuantiti.. juga banyak yang perlu dipertimbangkan. Namun, kalau ada rezeki Tuhan izinkan, kami terima seadanya..

ummisofea... said...

Insya Allah...sebaik2 perancang adalah dariNya kan...tawakkal je lah jiey...

transformed housewife said...

betul tu Jiey. wat gapo nok tamboh tapi tokleh nok bg perhatian sebaiknyo. Knur pun ni anok bongsu loni nokk masuk 4 thn doh. patutnyo tamboh la lg tapi banyok perkaro lg jugok tok selesai. tengok rezeki masing2 dan kemampuan dr segi fizikal & mental la dle hal ni.

AIN NAZRI said...

Allah tahu yang terbaik buat akak n family... ye laa dia yg memberi rezeki tuh. Allah akan kurniakan bila dia rasa masanya dah sampai.. so no pressure and no stress..

semoga Ian terua kuat dan membesar sempurna..

m@y said...

Soalan stended dr org2 yg dh xde modal nk bercakap tp xreti diam ;p Bila dh ada tanya bila nak tambah, bila dh selang sthn cam saya ni dh tanya plak "La..ada lg,xplanning ke?" agak2 nak tumbuk x?huhuhu..

afni+hafiz=dani said...

hensem la rayyan =)

MQ said...

Kami tunggu 5 tahun utk dpt anak, mmg lebih dari bernanah telinga dgr org ckp mcm2, padahal kita yg nak bela, bukan dorang n now we are happy with just one child, mmg tak nak tambah lagi dah :)

Our friend dpt anak with Patau syndrome, sekarang dah masuk sekolah pon, mmg amazing sebab semua ingat anak dia tak kan panjang umur. Sy ingat lagi masa anak tu setahun lebih, si ibu ckp syukur n bertuahnya la kalau anak dia dpt berjalan, n bila 4 tahun lebih dia mmg boleh berjalan. Kawan tu pon dah dpt 2 org lagi anak yg sihat sempurna. Anak kedua gap 5-6 tahun jugak dari abg nya yg istimewa tu. I truly believe yg Tuhan akan tentukan apa yg terbaik utk kita, just be strong ok :)

Unknown said...

Mamanurin.. u r right!