.
Rayyan Ariff.. Kadang-kadang apabila melihat kebelakang waktu, saya rasakan keputusan melahirkan anak ini bagaikan bermain dengan api.. Satu jasad yang terbentuk dalam keadaan yang cukup unik yakni tanpa hampir tiada sel otak.. Tidakkah itu satu keajaiban untuk dia terus bernafas dan membangun? Hampir mustahil bukan?
.
Tatkala saya dan suami meneruskan keputusan yang dibuat, kami sebenarnya tidak tahu kehidupan bagaimana yang menanti kami di kemudian hari..
.
Kesal? Tidak.. Ini jalanan takdir kami. Susah? Tidak juga.. Segalanya terletak di tangan kita. Pilihan di tangan kita.. Kalau kita memilih untuk 'berusaha', perlukan semangat dan ketabahan.. Tetapi kalau kita memilih untuk tidak ambil peduli, senang sahajalah.. Biarkan sahaja dia dengan bibik. Biarkan sahaja dia di sekolah. Senang bukan? =)
.
Setiap air mata yang menitis sememangnya dirasakan cukup berbaloi apabila menyaksikan satu-persatu perkembangan Rayyan Ariff.. Terkini, Rayyan Ariff semakin 'bijak' dalam menonjolkan perasaannya. Sudah ada rasa malu.. Sudah ada rasa takut terhadap orang-orang yang dikenali..
.
Sebagai contoh sewaktu di hospital tempoh hari, apabila jururawat masuk sahaja ke bilik kami, Rayyan Ariff akan berhenti bermain. Badannya akan dikeraskan dan dia tidak akan sama sekali berpaling kepada jururawat itu.. Yang bergerak hanya anak matanya, setia mengikut pergerakan jururawat tersebut.. Segala perlakuan jururawat itu juga hanya dibiarkan sahaja. Comel sekali..
.
Sama juga sewaktu nenek dan atuk Rawangnya berkunjung ke rumah kami tempoh hari. Entah di mana silapnya, Rayyan Ariff memang agak 'kurang mesra' dengan atuk dan nenek Rawang berbanding atuk dan nenek Kota Bharu. Makanya, apabila nenek Rawang meriba tubuh kecilnya, terus sahaja badannya kaku tidak bergerak. Hanya ekor mata sahaja yang meliar mencari ruang untuk melepaskan diri daripada neneknya.. Sebaik ternampak mamanya, terus sahaja dia melambaikan tangan minta diambil..
.
Tatkala bertemu dengan orang yang baru dikenali juga sama. Kalau di suruh bersalam, dia hanya tersenyum malu.. Disuruh memberi lambaian selamat tinggal juga begitu. Hanya senyum tanpa sedikit pun suara yang kedengaran.. Malu benar dia.
.
Pada kanak-kanak lain, mungkin ini adalah perkara biasa.. Namun untuk Rayyan Ariff, saya rasakan sifat ini wajar ditandakan sebagai satu lagi 'development' buat dirinya.. Dilahirkan tanpa septum pellucidum pada otaknya, dia dikatakan mungkin tidak akan mempunyai personaliti yang tersendiri. Namun bukankah apa yang ditunjukkan olehnya sekarang adalah satu personaliti yang ada pada anak tipikal yang lain? Sekali lagi, Rayyan Ariff melangkaui jangkaan yang diletakkan padanya.. =)
.
Tiada siapa yang menyangka anak kecil ini bisa 'berjalan' sejauh ini.. =)
.
Keunikan yang ada pada Rayyan Ariff membuatkan saya terfikir, mungkin saya seharusnya lebih terbuka untuk bercerita tentang dia. Bercerita tentang apa, kenapa dan bagaimana.. Bercerita tentang diagnosis, prognosis dan desease yang jarang berlaku ini.
.
Kondisi ini kalau dilihatkan tidaklah begitu jarang berbanding kondisi-kondisi lain, yakni berlaku sekali di dalam 5000 hingga 10000 kelahiran. Namun yang menjadikan ianya unik adalah kerana fetus yang didiagnoskan dengan kondisi ini biasanya berakhir dengan keguguran. Dari sekiranya mereka selamat dilahirkan, peratusan yang berjaya melepasi 6 bulan pertama kehidupan hanyalah 3 peratus sahaja..
.
Dan Rayyan Ariff adalah salah seorang yang berada di dalam golongan 3 peratus itu. Hebat bukan percaturan tuhan? =)
15 comments:
hebatnya kuasa Allah...
dan
hebat juga semangat Rayyan!
Allah Maha Kuasa..Ian miracle baby la..bila la dpt jumpa Ian ni? ;p
Alhamduluillah...
Satu kelebihan..keistimewaan y Rayyan miliki y tidak ade pada anak y lain...
memang ian anak yang hebat kak.. x de saper sangka.. hanya Allah jerk yang tahu hikmah di sebaliknya.
rayyan ariff mmg satu keajaiban kak.. jglah keajaiban itu semungkin boleh.. semoga umurnya panjang dan sentiasa dilindungi.. sihat ke die kak?
jiey..rayyan sememangnya anak yang kuat,berhati waja..terus berjuang meneruskan kehidupan walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapinya yang telahpun dijanjikan untuknya JUGA DEMI UNTUK MAMA yang terlalu amat menyayanginya.
Semoga jiey dan rayyan terus kuat dan kuat serta dipermudahkan segalanya.
ermm jiey.. tiap kali kalau membaca entry jiey dan ada gambar rayyan seperti itu...pastu cepat je elly teringatkan arwah Muhammad Azam Zuhairy.. cam ni la dia masa lahir dalam usia baru 26minggu.. tapi tu lah..Allah sayangkan dia kan..2 hari je bermanja2 dengan kami..ermmm
sayu tgk pic rayyan ketika kecil, tapi rawat wajahnya penuh dengan kekuatan dan semangat juang. Insyallah dia akan senantiasa dibawah rahmat Ilahi. Go rayyan teruskan buat mama mu tersenyum dan bangga dgn mu dear.
Rayyan memang a miracle! Kalau di tgk gambar kat n3 ni, mmg cam tak percaya je tu Rayyan. Skarang ni Rayyan very d encem & bijak. Muah muahhh utk Rayyan :-)
Rayyan is a MIRACLE... ;-)
Allah sudah mengaturkan segala2nya dgn cantik. Kita je yg tak tahu.
mudah2an y terbaik utk rayyan. semua kan ada hikmahnya
jiey, saya kagum dengan jiey dalam membimbing rayyan sampai ketahap ini..terselit perasaan cemburu..
subhanallah! masyaAllah! tiada lagi ayat atau perkataan yang layak untuk semua ini...
subhanallah..
setiap kali bila membaca cerita tentang rayyan.. air mata mengalir dengan deras..
pasti ada tempat istimewa untuk ibu bapa rayyan kurniaan Allah..
Post a Comment