Saturday, January 8, 2011

Celebrate the hard work of being a mother to special needs children..

*Mama Put, entri ini untuk kamu!*
"You're really brave when you decided to give birth to your son.. Being a mother is hard enough, let alone being a mother to a special child.."
.
"I cant deny that it requires hard work, but it's really worthy.. For every tears and happiness that he brought into our life.. He really showed us the true meaning of unconditional love.." Saya menjawab dan terus menyambung,
.
"Rayyan, give mama a kiss.." Serentak itu, satu ciuman yang lembut singgah di pipi saya..
.
"See, this is what I meant. Going back home to such a sweet smile and kiss after a long tiring day, it surely is worthy!"
.
Dan kali ini, wanita itu pula tersenyum..
.
Menjadi ibu kepada seorang anak istimewa sememangnya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bagaikan roller coaster ride, segalanya turun naik dengan gelombang yang bukan sedikit. 
.
Menjadi ibu kepada anak istimewa, bermaksud kita harus kuat menerima kekalahan. Namun tidak sesekali kita harus mengalah.
.
Menjadi ibu kepada anak istimewa, bermaksud kita harus kuat tatkala menerima makluman dari doktor bahawa anak kita masih perlu banyak 'pertolongan' dan stimulasi. Namun kita seharusnya menyambut ini sebagai cabaran..
.
Menjadi ibu kepada anak istimewa, bermaksud kita harus redha dengan 'pandangan' masyarakat di setiap langkah yang kita ambil. Namun tidak seharusnya kita merasa malu untuk keluar menikmati kehidupan hanya kerana anak kita tidak sempurna.
.
Menjadi ibu kepada anak istimewa, bermaksud kita perlu kuat dari setiap sudut dan setia memberi bantuan. Namun tidak seharusnya kita merasa penat sedangkan apa yang kita berikan masih jauh dari 'mencukupi'.
.
Secara purata, biarlah saya simpulkan bahawa menjadi ibu kepada anak istimewa adalah tugas yang tidak dianugerahkan kepada semua orang kerana kehidupan ibu itu sendiri adalah cukup istimewa..
.
Namun ianya tidak bermaksud bahawa kami perlu 'bekerja' sepanjang masa. True enough, being a mother is a full time job. Tapi perlu diingat, bahawa kami juga manusia.. Dan sebagai manusia, kami juga dambakan 'me time'.. Perlu masa untuk diri sendiri. Perlu ruang untuk bernafas sendiri..
.
Dan setiap orang punya caranya yang tersendiri. Seabagai contoh; Kak Reenaz, a very superb mother of the little amazing Ridhwan, memilih 'gals day out' sebagai satu hari untuk dia melepaskan 'rasa' dan berehat seketika. Dan saya sendiri, kerana kecintaan saya pada penulisan, memilih blogging sebagai medan untuk melepas rasa.
.
Makanya Put, biarlah orang itu tahu bahawa kita juga perlu waktu untuk 'berehat' dan ibarat bateri, kita juga perlu dicas kembali.. Biarlah orang ingin berkata apa.. Dan andai mengejar FT bisa mengekalkan minda dan jiwamu. pergilah.. Kerna sejauh manapun kamu melangkah, kamu masih seorang ibu kepada Megat Idris dan Puteri Sophia. Masih tetap isteri kepada Encik Bubu, right sis??
.
Kami..

9 comments:

Unknown said...

Yeahhh...thats right jiey...akak suka....Nice pic kat bawah tu...kalaulah kak blh turut serta....

Qaseh Suhaida said...

semoga terus tabah menjadi ibu yg solehah

Lynn Abd Latib said...

jiey

become mummy means no time for ourself..tp mencurik sedikit masa utk diri sendiri sgt perlu..samalah kita blogging is a kind of therapy ..sgt suke tgk gambar itu :)

transformed housewife said...

kudos to all of u the selected mums. Semoga sentiasa tabah menghadapi ujian Allah.

ICAZIESYIRA said...

ye la jiey.
semua ini benar belaka
sebenarnya yang menyakitkan telinga itu hanyalah lalat. biarkan mereka. atau tepuk saje lalat itu dengan pemukul lalat. :D

saya juga nak masuk dalam gambar di bawah. melaka again please?

zura_habibhaariz said...

takde tekan like ke kt sini hehe...kak put, biar ape org nk kt..yg pntg kak putlah org yg mendodoikan idris,dukung idris,bawak idris ke terapi n segala2nya utk idris...kuatkan semangat...

Bicara hati ibu aisya said...

Betul tuh..saya sokong 200% jiey.
Sukanya tengok pic tuh.Tergambar keikhlasan dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi.Moga kita semua terus kuat dan kuat.kamu semua adalah sebahagian dari sumber semangat kekuatan saya!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jieyyyy!!!

Baru terbaca entry ni sebab weekend lepas busy sengoti. mak touching, noks! Thank you, bak kita selalu rasa, hanya kita sahaja memahami rasa ini. Mereka mungkin rasa sama, tapi sebenarnya tidak.

Terima kasih Jiey - you make my day!

Mama Kembar Tiga said...

Anak istimewa dikurniakan kepada ibu bapa yang istimewa sahaja. Tak semua orang mampu lakukannya. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa & kasih sayang korang dalam membesarkan anak anak.