.
Saya membawa Rayyan Ariff bertemujanji dengan Dr. Sofiah di SDMC semalam. Bayangkan, kami tiba jam 2pm dan giliran kami hanya tiba jam 430pm. Penat menunggu dibuatnya! Segalanya selesai jam 530pm dan sudahnya, memang meredah kesesakan lalulintaslah jawabnya. Tidak mengapalah, untuk seorang anak..
.
Cerita pertama
Sebetulnya temujanji kami dibuat agak last minute kerana bibik tiba-tiba sahaja memaklumkan kepada saya bahawa ubat sawan Rayyan Ariff sudah kehabisan. Melompatlah saya! Hendak dimarah, umur sudah tua.. Membebel sahajalah di dalam hati..
.
Saya cukup takut dengan hakikat ketinggalan mengambil ubat kerna diri ini benar-benar fobia menyaksikan tubuh kecil Rayyan Ariff dilanda kesakitan. Makanya, terus sahaja saya menelefon klinik Dr. Sofiah dan apabila maklum bahawa ada tempat untuk Rayyan Ariff, terus sahaja saya menelefon bibik untuk menyiapkan Rayyan Ariff usai waktu persekolahan semalam.
.
Sewaktu saya tiba, bibik sedang bersiap-siap manakala Rayyan Ariff pula sudah kemas berpakaian. Saya ternampak sesuatu di atas meja.. Terus sahaja saya bertanya kepada bibik kerna pemandangan itu begitu pelik untuk berada di meja makan!
.
"Apa tu??? Sapa punya??"
"Oh iya. Ini pampers untuk orang dewasa. Tadi semasa di sekolah, Ian buang air besar.. Saya pula hanya bawa satu pampers sahaja. Makanya, udah tidak ada lagi.. Jadi, sewaktu mahu pulang, cikgunya pakaikan sahaja pampers dewasa ini. Takut terkencing di bas.."
Waktu itu, tawa saya sudah berderai kuat..
"Habis tu, buat apa pampers tu dok atas meja?"
"Oh, saya letak di situ sebentar.. Sayang mahu buang Kak.. Belum kena kencing ni.. Ian belum kencing lagi.."
.
Ok, motif?? Sayang nak buang, tapi sape yang nak pakai??
Diapers orang dewasa OK!! Hahahha.. Mati-mati saya ingatkan bibik sudah dilanda heavy period makanya dia membeli diapers orang dewasa, dan bukannya pad aka tuala wanita! Lawak bangang di situ wahai bibik!
.
Cerita kedua
Hubby : Dik, abg kat umah ni. Balik antar kete. Maid takde dik. Ntah mana dia pergi.. Dia bawak Rayyan naik kete ngan 2 orang lagi!! *suara cuak*
Wifey : Sape yang cakap? Abang tanya sape??
Hubby : Ni hah, abang tanya security ni. Dia bagitau. Mana maid awak bawak lari anak ni?? *suara serius giler*
Kalau ikut zalim hati, mahu sahaja saya pura-pura tidak tahu. Namun kerna kasihan, saya menjawab bersahaja..
Wifey : Hahhaha.. Ada ni ngan adik.. Bawak gi jumpa Dr. Sofiah. Baru sampai spital ni. Kan semalam dah bagitau ubat habis. Tadi call, last minute diorang kata still ada kosong, leh datang, kelam kabutlah datang.. Lupa nak bagitau abang..
.
Sudahnya, kami sama-sama ketawa.
Lawak bengong oleh security guard di situ. Padahal dia nampak saya yang mendukung Rayyan Ariff ke kereta dan diikuti bibik dari belakang, celah mananya dia boleh bagitau hubby bahawa Ian di bawa pergi menaiki kereta oleh tiga orang perempuan?
.
Cerita Ketiga
Ibu : Doktor, ada orang kat skolah anak saya tanya, nape Rayyan takleh jalan lagi? Balancing tak bagus, ada cedera kat bahagian serebelum otak ke?
Doktor : Eh eh awak ni.. Macam mana plak awak boleh tanya camtu? Kan dah memang otak dia kosong. Ada sikit-sikit je kat belakang tu.. Takkan awak takleh jawab. Ni pun dah kira OK sangat sangat dah Rayyan ni, dapat tara ni.. Cuba tengok dalam paper semalam.. Kesian sangat..
Ibu : A'ah kan doktor.. Lupa plak otak anak saya kosong.. Memang la cedera!! hahahaaha.. *gelak malu*
Doktor : Hah tau pun. Kalau dah kosong tu, toksah kata serebelum, serebrum dan yang lain-lain pun takde. Injured la tuh.. Hahhahah.. *gelak jahat*.. Sape yang tanya, physiotherapist ke?
Ibu : Bukan. Principal dia..
Doktor : Nasib baik.. *Sambung gelak*
.
Soalan bodoh seorang ibu yang sememangnya sudah maklum bahawa nama desease itu sendiri sudah cukup untuk menghuraikan tahap kecederaan otak Rayyan Ariff. Lawak bodoh di situ. Malu jadinya dengan Dr.Sofiah.. Entahlah, mungkin kerana semalam adalah hari yang 'blur' buat kami..
.
Budak yang bosan sebab lama menunggu.. Terpaksa pujuk bagi tengok fish..
5 comments:
kak jie.. Gambateh..
Suya suka baca dan terus membaca kekuatan kak jie.. Kadang2 kak jie suya jadikan contoh, andai ada halangan.. Sebab pada suya, kalau suya susah sekali.. RAmai lagi yang lebih susah.. Suya menangis sekali, ramai lagi yang nangis hari2.. keep blogging kak Jie^^
cerito keduo tu lucu sekali hahaha
jiey;
cerita 1-sgt lwk..agaknya bibik mau guna utk dirinya..
cerita 3-sedikit tersentuh hati ini ..smg ada sinar ..i/allah :)
hi jiey..lama tak kasik komen sini..tapi citer2 hari ni mmg best..paling tak tahan no 1 tuh!
Salam Jie, first time baca pasal Rayyan terus jatuh cinta..izinkan saya terus ikut blog ini...Doa saya semoga keluarga ini diberikan kekuatan. Saya ada 2 anak perempuan yg sedang membesar, kadang2 tensen sgt kerana penat dan kelakuan mereka yg nak tarik perhatian kami ibubapa tapi bila baca blog ni..mmg insaf sgt. Good luck Jie!
Post a Comment