Bibik sampai rumah hari ahad 27.2.2011, malam.. Sampai2 jer, hulur tangan kat Ian, terus budak tu sambut sambil buat muka teruja.. Bibik bangga tak hengat. Iyelah, sebulan tinggal budak tu tak lupa dia. Mama? Ok, serious makcik geram!! Kot ye pun Ian, sabar2 la sket.. Tak pepasal mokcik tuh bangga, dah la Mama tengah bengang ngan dia!
.
Esok dan hari-hari seterusnya? Sama juga asyik nak melekat ngan bibik sampai mama nyampah. Serius mak jeles!! Penat mak ngandung ke hulu ke hilir, ngan bibik jugak kamu nak?? Tu tak masuk lagi kuar duit ribu-riban nak bayar bil spital lepas c-zer kan kamu! Ok fine, mungkin kamu tengah kemaruk..
.
Masuk jumaat, kemaruk bibik dah mulai surut.. *Mak sengih sampai telinga*..
.
Pagi sabtu, demam, selsema, n batuk Mama still tak OK lagi, makin teruk.. Ian pun sama, tapi Ian getting better.. Pagi, gagahkan diri bawak Ian gi speech therapy.. Seb baik ayah ada, bibik pun ada so senanglah keje..
.
Terus informed Sarjit, "We're just coming for speech la Sarjit.. Rayyan is recovering from flu and fever, I dont think he's fit to do any exercise. Some more, last week, right after he finished his physio session, he got seizures attack and it lasted for more than one hour.. No wonder he looked so different during the session kan?
.
Lepas speech therapy, singgah kedai mamak for breakfast.. Pastu balik rumah, penuh dengan aktiviti tidur.. Tidur, tidur & tidur..
.
Saya memang laloklah, ubat selsema n batuk 3 kali sehari, tahap mengantuk tak hengat dunia.. Tapi yang tak tahannya, tuan kecik pun sama.. Walhal dia dah tak ambik ubat selsema or ubat batuk, just finishing off his antibiotic..
.
Kul 1.30pm tido, kul 4.30pm bangun.. Tu pun sebab mama dia yang kejut, kalo tak, sure terlajak masuk asar.. Dah tu, kul 730pm dah ngantuk balik.. Kalo tak tidurkan, memang keje ngamuk jer la.. Merengek tak habis.. So, 745pm dah tidur.. Kul 3.00am bangun, main-main kejap.. Kul 5.00am tidur balik sampai pukul 7.00am.. Pastu kul 9.00am tido balik tuan kecik ni.. Sampai kul 12.00pm..
.
Kul 1.00pm dok merengek-rengek. Jenuh la ayah dia bawak meronda Vroom Vroom Vroom.. Masa dalam kete diam la.. Bila masuk umah, merengek balik.. Ish, takkan ngantuk lagi kot?? Kul 2pm, tidokan and dia leh tido smpi pukul 4.30pm.. Pastu malam kul 8.00pm dah tido sampai la esok pagi kul 6.00pm, bangun terus gi sekolah..
.
"Anak awak tu, kalau merengek mesti nak tidur.." Oh kalau merengek anak kita, kalo bab comel, anak dia la pulak..
.
Cuba bayang, weekend yang penuh dengan aktiviti tidur .. Seb baik la mama pun demam.. So sama2 la kami berjemaah.. Maraton tidur.. Ni kalo zaman kolej dulu, mau kena baca yassin ngan kengkawan neh.. Aly, ko ingat tak betapa masa remaja kita terbuang dengan tido??? =P
.
Selain daripada masa yang dia tidur tu, masa lain semua nak merap dengan saya. Mandi nak dengan mama.. Makan nak dengan mama.. Pakai baju nak dengan mama.. Main nak dengan mama.. Bibik masuk dekat memang dia jerit-jerit marah.. Bibik datang dari arah kiri, dia pusing arah kanan.. Langsung tanak pandang muka bibik.. Udahla Mama tengah demam, layankan jugak dah nama pun anak.. Agaknya dia tahu kot mama jelous ngan bibik before this, terus dia 'ajar' mama cukup2..
.
Ok Ian, memang terang dan nyata, kamu anak manja mama.. :P
.
OK, bye kengkawan.. Nak join Ian tido.. Aikkk.. Tidur lagi?? Ye la, sok nak bangun pagi.. Mama keje, Ian sekolah.. =)
3 comments:
hahahah.. tu memori weh! gila bole tido sampai pukul 2 petang. siap tak pegi kelas. time tu mmg kena baca yasin la. tido no 1.! hahahahahahah...
fuh, nasib kemaruk ian dgn bibik sekejapan je. aku baca pun bebulu. apa lg ko mengadap.
cutenya Ian..cerdik...untung Jie dapat rasa punya anak...:)
moga jiey kembali sembuh..wow memang best kalu dapat tidur, tambah tambahkalau ada "geng" tidur hehehe, betul la tu boleh buat marathon hehehe. Hoping rayyan terus kuat dan sihat.
Post a Comment